Tentu sekali waktu bersahur kita mahukan menu yang mudah untuk dibuat dan lebih baik jika ianya sihat kan. Jom ikuti perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammas dari laman facebooknya berkongsi resipi Oat Banana Peanut Butter yang mudah dan sihat untuk anda bersahur.
Hendak membuat minuman ini mudah sahaja. Bahan-bahannya juga mudah dan yang penting ia mampu membantu anda kekal kenyang sepanjang hari kerana ianya mempunyai oat. Oat merupakan makanan yang memberikan kita rasa kenyang dan juga merupakan sumber tenaga yang baik.
Resipi Oat Banana Peanut Butter Biskut (Untuk 2 cawan)
Bahan-bahannya:
Bahan-bahan
2 biji pisang berangan dah masak
500ml susu segar
5 sudu besar oat
1 bungkus kecil biskut dark coklat oat
1 sudu besar peanut butter
1 sudu kecil cia seed
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar).
2. Kisar semua bahan sehingga lumat.
3. Siap untuk dinikmati.
Step - 1
Step - 2
Step - 3
Step - 4
Step - 5
Step - 6
Mudah kan? Selamat mencuba! - CARI
|