CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4786|Reply: 58

[Tempatan] Raja Perlis murka

  [Copy link]
Post time 24-5-2018 02:48 PM | Show all posts |Read mode
ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis, hari ini.

Baginda nyata kecewa kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu.

"Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

"Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir.. sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

"Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang.. ini berdasarkan laporan yang saya terima," titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, di sini, pagi tadi.

Raja Perlis bertitah, sehingga malam tadi baginda masih memikirkan siapa bakal menjadi Menteri Besar susulan terdapat dua nama yang di fikiran baginda.

"Seorang (calon) yang menjadi Menteri Besar sebelum ini kerana saya (beta) mahu pembangunan yang ada dan dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan saya tidak mahu ia terhenti.

"Seorang lagi calon pula mempunyai hubung kait dengan Pengerusi Perhubungan UMNO (Perlis).. apabila saya berjumpa semua wakil rakyat BN, mereka ini lebih patuh (kepada kepimpinan UMNO) yang di negeri daripada (kepimpinan) yang di pusat.

"Ia seperti ada grip (pegangan) lain.. saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim... saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi 'puppet' (boneka)," titah baginda.

Raja Perlis bertitah, baginda tidak mahu individu yang dilantik Menteri Besar kemudian dikawal pihak lain.

"Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah Menteri Besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet... tidak boleh keluar rahsia langsung.

"Tetapi kalaulah adik jadi Menteri Besar tentu dia akan beritahu kepada abang. .. Saya tidak mahu.. saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar.

"Kalau Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak patutnya dia bertanding di DUN tetapi dia bertanding di Parlimen.. ini yang jadi masalah... saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar," titah baginda.

Baginda bertitah, pada mulanya baginda hanya menaruh syak wasangka, namun apa yang berlaku hari ini 100 peratus benar.

"Sembilan wakil rakyat BN tidak hadir kerana dikawal seseorang... tarik semua ke Kuala Lumpur dan tidak hadir majlis ini.

"Ini yang saya bimbang dari awal dan hari ini syak wasangka saya betul.. ini hanya perkara kecil, kalau dibiarkan... lebih daripada ini boleh berlaku.

"Silap pilih Menteri Besar, cuma satu kumpulan sahaja yang memperoleh faedah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 02:52 PM | Show all posts
patut buang daerah je mereka ni Tuanku. memang jenis nak jaga tembolok sendiri je. saya sokong Tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah raja Perlis boleh fikir mcm ni

Bukan mcm org negeri P tu. 1 sen x boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni tadi iols.dengor dlm.buletin 1.30
Ya lor..cm.x hormat plak..
Lain la.kalau mati ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg shahidan blh bg kat diorg smpi degil sgt sanggup menderhaka ni? BN pusat pon dah kecundang. X leh nk bg apa2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:58 PM | Show all posts
apa alasan dia org gi kolumpo tu? berbondong2 rombongan pegi kolumpo mcm tak de hari lain. serius la .. buang negeri je dia org tu. tak reti hormat sultan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2018 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni derhaka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MB baru mohon bubar dun saja...pada muka yg 9 ekor tu, kena buat pilihanraya semula, kemungkinan besar melingkup abih semua...tak sempat nak dpt gaji dan elaun adun dah kena pencen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon buang daerah saja mana2 yang berkenaan tu..kuang ajo
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon tendang ajor semua tue..jenis nak jadik periuk nasik sendiri..choii
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus nya raja perlis
kontroversi pon kurang tak macam negeri P itu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 24-5-2018 02:52 PM
patut buang daerah je mereka ni Tuanku. memang jenis nak jaga tembolok sendiri je. saya sokong Tuank ...

Ape nak buat dengan negeri kemetot gile glamer ni?  Bukan susah nak jage hal ehwal rakyat pon.  Tak habes2 Ameno yang buad puake..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:23 PM | Show all posts
kalau negeri parti PH... konfem cai2 akan kuar beramai2 ckp derhaka dan tidak menghormati institusi raja... ataupon claim usaha pH utk menghapuskan raja2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:33 PM | Show all posts
Amboi dah tak reti hormat menghormati ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:43 PM | Show all posts
ujung ujung BN yang buat hal dengan raja raja kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 03:44 PM | Show all posts
dah kalah pun masih nk bongkak....cash la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 03:46 PM | Show all posts
Hidup Tuanku, elok sangat cakap je apa yg ada dalam hati tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:48 PM | Show all posts
bubar je buat pilihanraya baru, padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:49 PM | Show all posts
shamsadis replied at 24-5-2018 03:48 PM
bubar je buat pilihanraya baru, padan muka

bodo gak kau ni


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilake umno penderhaka..

Hukum sula je..
Bayangkan kalau PH terutama DAP yg bagi sultan murka..harus melompat monyet2 belaan umno..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.359256 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list