CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6587|Reply: 20

IZAM E.Y.E menyesal masuk Gema Gegar Vaganzahh 1 ~ menjatuhkan imej heols katany

  [Copy link]
Post time 24-5-2018 03:57 PM | Show all posts |Read mode






Rupa rupanya Izam EYE ni hanya melengkapkan kuota jahhhh sbg peserta GGV musim 1, last year....
habis jatuh imej heols katanyehhhhh, heols sakit hati sesangattttt masa minggu penyingkiran tu......nyanyi lagu afghan...bukan level heols kottttt...huhuuu...tak kena jiwa yg acah acah rock lettewwww


apa komen chuols?????


petikan mStar :

[size=0.875em]VOKALIS kumpulan EYE iaitu Ezam menyifatkan penyertaannya menerusi program Gema Gegar Vaganza musim pertama (GGV) tahun lalu adalah sebagai kesilapan besar.
[size=0.875em]Ezam atau Mohd Izam Arshad, 50, berkata, keputusannya menyertai program itu sekadar untuk mencukupkan korum dan ia telah menjatuhkan imejnya sebagai penyanyi.
[size=0.875em]"Sejak awal lagi saya hairan juga mengapa tiada uji bakat dilakukan dan saya diserap masuk terus dalam program itu rupa-rupanya saya hanya pelengkap.
[size=0.875em]"Minggu kedua persembahan hati saya sudah tawar dengan GGV dan tidak kisah sekiranya tersingkir kerana jelas komen diberikan juga tidak adil dan cuba menjatuhkan imej saya.
"Pada minggu ketiga pertandingan memang hati saya sakit sangat dan langsung tiada hati untuk menyanyi dan lega apabila tersingkir," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Ezam berkata, GGV tidak memberikan impak terhadap kariernya selepas dia tersingkir selain kehidupannya berjalan seperti biasa seperti mana sebelum menyertai program itu.
Sebaliknya kata Ezam, kariernya mula memberikan impak sejak bulan lalu apabila video persembahannya di Kuantan, Pahang menjadi tular sehingga mendapat tiga juta tontonan di laman sosial.
"GGV tidak beri impak kuat kepada karier saya malah ia menjatuhkan imej saya dan nama saya hanya kembali tular selepas video persembahan saya tular di laman sosial.
"Memang tidak sangka video tersebut mendapat tontonan 3 juta dan ia petanda baik untuk karier saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ezam berkata, dia bersama EYE sedang dalam proses menghasilkan lagu terbaharu yang mengetengahkan konsep ketuhanan.
Selain itu, mereka juga akan mengadakan konsert reunion selepas ia mendapat permintaan tinggi peminat.



hmETRO :



GGV tak membantu pun' - Izam E.Y.E
PENYANYI kumpulan E.Y.E, Izam, 49, akui penyertaannya pada Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama pada 2017 menjatuhkan dan bukan membantu menaikkan semula namanya kembali ke dalam industri.
"Penyertaan saya di dalam GGV itu ibarat mencukupkan 'korum' sahaja dan saya memang sangat kecewa pada waktu itu.
"Bagaimanapun, nama saya dan E.Y.E betul-betul naik semula selepas membuat persembahan di Kuantan pada bulan lalu," katanya.

Vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati ini mendakwa E.Y.E mula disebut peminat selepas klip rakaman persembahan mereka di sana, tular dan ditonton dipercayai lebih tiga juta kali di laman sosial.
Katanya, dari situlah baru kelihatan impak yang benar-benar membuka mata peminat bahawa mereka tidak pernah berpecah.
"Sebelum penyertaan saya di dalam GGV, E.Y.E sudah ada tawaran persembahan sama ada secara solo atau berkumpulan seperti biasa.
"Kami masih bersama cuma mungkin pemain basis sahaja yang bertukar mengikut peredaran masa," kata Izam.
Izam ditemui pada sidang media acara membeli belah Havoc Raya 2018 di Kuala Lumpur, turut mendedahkan E.Y.E mendapat tawaran mengadakan mini konsert 'reunion' yang bakal diadakan pada 18 Ogos depan.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai konsert ‘reunion’ itu belum dapat didedahkan lagi kerana mereka belum menandatangani sebarang kontrak berkaitan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 04:09 PM | Show all posts
aik..skarang baru bersuara?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:11 PM | Show all posts
alah nyah..kau buat kerana duit....ingat kami tak tahu ke nyah? lagu kau yang best pun dua tiga bijik je nyah...dasar mak hayam...btw bagi mak rancangan ggv tu pun dah jadi tahpapetah... boleh pulak main tetukar lirik..apa kau ingat tu lagu mak bapak kau nyah? makin mengarut..terus mak tak layan dah takesah mak hayam mana menang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul pun, entah ape motip wujud GGV ni.....sekadar menyanyi lagu2 terkini dalam bentuk ketuhanan? So , lepas tu jadi ape???
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:40 PM | Show all posts
who are yuss?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku plg nyampah heliza terkinja2 nyanyi rap bagai.baju bkn main tutup litup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2018 06:37 PM | Show all posts
lagu seketul dua best kemudian senduu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 07:04 PM | Show all posts
Tak percaya dengan rezeki Allah ker... Takder la memberi impak negatif sangat, berbanding GV macam Shima & Nora..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke lagu janggawari dia buat saleem nyanyi..
Betul la tak de bagi kesan..aku pun dh lupe dia ade masuk ggv sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:32 AM | Show all posts
cicicumel replied at 24-5-2018 05:20 PM
Aku plg nyampah heliza terkinja2 nyanyi rap bagai.baju bkn main tutup litup.

i ingat i sorang je.. bila i suarakan apa i rasa, orang cakap i jeles.... huhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau suhai tahu mesti bengang
dia nak masuk tak lepas2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:14 AM | Show all posts
Ni pertama kali dengar artis menyesal masuk program pertandingan nyanyian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:59 AM | Show all posts
mana video 3mil view tu? i cari x jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:27 AM | Show all posts
minguk replied at 25-5-2018 08:32 AM
i ingat i sorang je.. bila i suarakan apa i rasa, orang cakap i jeles.... huhhhh

Iouls sedari zaman AF dah x berkenan dengan si Heliza ni tapi sama jugak cam chuols, i dikecam as jeles. koser
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:36 AM | Show all posts
azimodin replied at 25-5-2018 10:27 AM
Iouls sedari zaman AF dah x berkenan dengan si Heliza ni tapi sama jugak cam chuols, i dikecam as  ...

dari zaman AF ke kaka tu poyo sebegitu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:51 AM | Show all posts
azimodin replied at 25-5-2018 10:27 AM
Iouls sedari zaman AF dah x berkenan dengan si Heliza ni tapi sama jugak cam chuols, i dikecam as  ...

kannnnnnnn... i pun sama... asal selfie je buat2 kiut, ambil gambar dari atas, tayang biji mata besar (zaman2 af beliyaw)
lepastu nyanyi lagu selawat, terjoget2.. haishhh semak i tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 11:29 AM | Show all posts
tak tgk dan tak minat tapi nak komen juga
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:31 PM | Show all posts
sapeka replied at 25-5-2018 10:36 AM
dari zaman AF ke kaka tu poyo sebegitu?

tanda2 nak poyo tu dah ada la dengan posing2 muncung itik dengan circle lense onversized acah2 comel.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 09:02 AM | Show all posts
sesape ade link video yg konon viewers 3mil tu tepek sini yee...jenuh carik xjumpeeee lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
nakcukupkan kuota? eh hello awat baru cakap skrg? hangpa tau dak, gara2 hang , ss tak dapat nak buat banglo?? choi la hangne..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.087769 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list