CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26502|Reply: 219

[Jenayah] 'Kami menjerit, Allahuakbar.... '

  [Copy link]
Post time 25-5-2018 07:57 AM | Show all posts |Read mode
"Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.
Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudin
memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Menurut Ain Zulaika Zamuri, 19, berkata, sebelum kejadian, Nur Alya Damia yang juga rakan sekelas dan sebiliknya itu keluar dari asrama kolej pada jam 9 malam dan memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran.

Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.
"Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan.
“Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia).
“Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama," katanya.
Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.
Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.
Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.
Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.
"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Sumber: Harian Metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 08:00 AM | Show all posts
dibunuh teman lelaki?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah..kena bunuh dgn kekasih gelap ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:21 AM | Show all posts
Meninggal dalam bulan Ramadhan.

Takziah lah.

Polis boleh check last call. Cari CCTV ke, DNA ke  anyway bagus kawan kawan dia pergi mencari kalau setengah budak tak kose nak keluar mencari.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:25 AM | Show all posts
kena rompak masa jalan nak keluar tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..
Muda lg , comel budaknya..
Walau sape pun pembunuh die. Smoge dpt balasan setimpal.
Baru habes exm kan bdk2 kv nie, msti fmly pun tunggu kepulangan die.. tup2 dpt berita dah xde. Dibunuh pulak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2018 08:48 AM | Show all posts
Kasihannya. Semoga pembunuh di cekup segera.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:52 AM | Show all posts
simpati kepada mak bapak si mati
hantar anak untuk belajar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 08:53 AM | Show all posts
innalillah. kena Tarik masuk van putih kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:57 AM | Show all posts
salam takziah..mati dibunuh di bulan yg mulia ni.. hrp pembunuh dpt ditangkap dgn segera..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 08:59 AM | Show all posts
kesiannya..
maybe terserempak dgn perompak/peragut ker
da pasti nya bf tu org yg kena soal dulu kan..
bertabah la parents dia..
bulan2 puasa ni..raya nnti da kurang pulak sorang anak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:00 AM | Show all posts
Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:00 AM | Show all posts
Innalilah. Kesian tp dia nk jmpa BF dia kan. BF dia tak ambik ke? tp knp la dating memalam. kan elok keluar pegi solat tarawih ke? kesian family. msti tak boleh terima meninggal dgn keadaan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar jumpa bf 9 malam
Dijumpai mati dijerut 10.30 malam
Bf kata tak berjumpa
Cepatnya pembunuh bertindak
Adakah someone yg dikenali mangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:08 AM | Show all posts
bace dr komen kat fb arwah p jumpa ex-bf
cinta tiga segi mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:17 AM | Show all posts
alahai siannye mesti tak sangka sampai kene bunuh ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kwn2 dia usaha pergi cari
Salam takziah pada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:37 AM | Show all posts
msti ada pasal yg kawan2 dia rasa x sedap hati tu..


huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:07 AM | Show all posts

BBNU (BaBi NaU)

mizruncing replied at 25-5-2018 09:00 AM
Innalilah. Kesian tp dia nk jmpa BF dia kan. BF dia tak ambik ke? tp knp la dating memalam. kan elok ...

Sila ambik iktibar..  Bercinte memang seronok..  Tapi mana yang ikot saranan agama tu lebih selamat dunia akhirat..  Makbapak menangis airmate berdarah di aidilfitri..  Orang tanye mati pasai ape..  Nak jawab pon malu sebab mati keluar mengelenyar dengan pakwe/ex-pakwe.. time orang berkumpol kat masjid buad ibadat di bulan yang molia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 10:56 AM | Show all posts
takziah utk keluarganya. Kalau ex-bf dia yg bunuh, dan buang mayat gitu je mmg tak bijak sungguh lah. hrp2 cpt dapat penyelesaiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.282663 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list