CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4723|Reply: 40

[Tempatan] Justo dedah kaitan Jho Low dengan 1MDB, PetroSaudi

  [Copy link]
Post time 25-5-2018 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-5-2018 02:44 AM

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/25/pendedahan-justo-1mdb/

Justo dedah kaitan Jho Low dengan 1MDB, PetroSaudi

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 8:50 AM



EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR: Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sentiasa menekankan dia tidak memainkan sebarang peranan dalam 1MDB atau PetroSaudi International, dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Namun pemberi maklumat warga Switzerland, Xavier Andre Justo berkata dia bertemu Jho Low bukan sekali tetapi dua kali untuk berbincang perkara antara 1MDB dan PetroSaudi International.

Ini adalah pendedahan pertama Justo berhubung kaitan antara Jho Low, 1MDB dan PetroSaudi.

Sudah dibuktikan daripada perbelanjaan awal AS$1 bilion (RM3.9 bilion) yang dipindahkan ke PetroSaudi, sejumlah AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun milik sebuah syarikat dikenali sebagai Good Star, syarikat dikendalikan Jho Low sebagaimana dimaklumkan dalam kertas siasatan.

Justo dalam satu temubual eksklusif bersama The Star di sebuah hotel di sini berkata:"Saya bertemu dengannya dua kali. Saya beritahu pihak berkuasa Switzerland mengenai perkara ini."

Malah Justo berkata dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila menyedari sejumlah besar wang dikendalikan dan PetroSaudi mendapat komisen tinggi.

"(Pegawai tertinggi PetroSaudi) Tarek Obaid dan Patrick Mahony mempunyai akses kepada angka sebenar tetapi saya tahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

"Terdapat komisen dalam perniagaan minyak. Itulah caranya dan tidak perlu menjadi naif. Perniagaan minyak bermakna rasuah.

"Ia adalah sesuatu (pelik) untuk mengambil 1% atau 5% tetapi ia sesuatu yang pelik untuk mengambil lebih 80% daripada jumlah itu dalam bentuk komisen. Saya tahu ada sesuatu tidak kena, tetapi saya tidak menjangkakan kerja gila ini," kata Justo.

Justo berkata dia terkejut bagaimana skandal itu boleh menjadi semakin panas.

Dari PetroSaudi, sekandal itu merebak ke syarikat lain di Timur Tengah.


Justo hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB.

"Ia sukar dipercayai bagaimana tamak, betapa gila individu-individu tersebut. Mereka benar-benar berpendapat apa sahaja yang ada di dalam bank pusat Malaysia adalah milik mereka.

"Jadi kita perlu satu bilion. Kita perlu lagi tiga bilion. Mari keluarkan bon terhadap beberapa cagaran palsu. Kita perlukan lebih banyak lagi. Mari lakukannya. Mereka benar-benar fikir wang Malaysia adalah wang mereka sendiri," katanya.

Justo berkata dia memegang fail dari PetroSaudi yang diberikan kepadanya kerana dia mahu menuntut wang yang sepatutnya dibayar syarikat tersebut kepadanya.

Fail-fail berkenaan kemudian didedahkan sehingga mencetuskan siasatan terhadap skandal rasuah terbesar di dunia.

Justo berkata dia menyerahkan fail itu kepada pemilik The Edge Communications Tong Kooi Ong menerusi Clare Rewcastle Brown selepas yakin terhadap keikhlasan dan motivasi mereka untuk mendedahkan skandal 1MDB.

"Mereka jelaskan kepada saya bagaimana mesin rasuah 1MDB ini berfungsi.

"Pada awalnya sudah tentu saya kata saya mahukan wang. Saya boleh menjual fail tersebut untuk mendapatkan banyak wang. Saya hanya menuntut wang 'hutang' PetroSaudi terhadap saya.

"Saya hanya mahu kesemua mereka, bermula dari yang pertama sehingga individu terakhir dihukum kerana kesalahan jenayah mereka.

"Ia bukan sahaja mengenai wang yang mereka curi. Ya, ia amat teruk kerana wang itu sepatutnya pergi ke pendidikan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak bukannya beg mewah, bot, jet dan pelacur. Ini adalah jenayah kewangan.

"Mereka juga melakukan lebih teruk lagi daripada itu. Mereka membunuh sesama manusia. Mereka melakukan ugutan. Mereka hantar saya ke penjara. Mereka mengugut isteri saya dengan penangkapan.

Justo dipenjarakan selama tiga tahun di Thailand.

"Mereka ugut isteri saya bahawa anak lelaki saya akan berada di rumah anak yatim di Thailand. Mereka perlu bayar untuk semua itu," katanya.

Justo berkata hanya seperkara yang dia tahu mengenai pentadbiran Najib adalah berkomplot dalam menghantarnya ke penjara di Thailand selama tiga tahun.

"Encik Patrick Mahony, atas kebenaran atau arahan orang-orang kerajaan anda, dan kerjasama dengan kerajaan anda, pergi berjumpa saya di dalam penjara.

"Saya tidak pernah disabitkan dengan apa-apa (kesalahan). Saya seorang pegawai bank dan agak berjaya. Saya tidak perlukan ini tetapi ia berlaku, jadi jika orang fikir saya lelaki jahat, biarlah.

"Jika orang fikir saya adalah wira, saya bukan seorang wira. Wira sebenar adalah rakyat Malaysia," katanya.

Hari ini, Justo berkata dia berada di tempat yang lebih baik tetapi pengalaman itu telah mengubah kehidupannya.

"Semuanya baik-baik sahaja. Percayalah, saya sudah biasa menjalani taraf kehidupan yang tinggi. Sekarang saya tidak ambil peduli lagi. Saya hanya mahu bersama rakan-rakan dan keluarga.

"Sebelum ini saya hanya minum wain Perancis. Sekarang saya tidak peduli jika anda beri saya wain paling teruk di muka bumi ini.

"Saya mahu berada dekat dengan orang yang saya sayang. Saya berusia 52 tahun. Saya ada kehidupan yang menarik. Saya tidak kisah mengenai perkara berkaitan kebendaan lagi," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 11:04 AM | Show all posts
aku mcm dah agak dari dulu, ni kerja2 gila org2 berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 11:15 AM | Show all posts
menakutkan and pening nk paham flow keje jahat ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:53 PM | Show all posts
I hope ada documentary yg cover scandal 1mdb ni... sure interesting nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat nak cerita pasal facts, figures economy

Macai KERAjaan rajin bukak cerita gosip pasal rosmah, skandal najib etc

Nampak tak akal macam mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2018 01:59 PM | Show all posts
1MDB  punya money laundering dia sangat  "engineering"
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:16 PM | Show all posts
kemaruk replied at 25-5-2018 01:55 PM
Rakyat nak cerita pasal facts, figures economy

Macai KERAjaan rajin bukak cerita gosip pasal rosm ...

abis tu kau ingat kes berkaitan 1MDB nie cerita dongeng. tak per, kita tunggu hingga selesai kes 1MDB nie, samada fakta atau auta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai macai umno pemakan dedak , ada kaitan ekonomi kita dgn RASUAH 1mdb. Ko tak rase ke?
Berbillion2 yg rakyat msia , termasuk kamu , dah byr semata2 utk tampung hutang najib n the gang , ko tak risau ke? Oh lupa. Macai umngok adalah THE GANG.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:16 PM | Show all posts
zulka replied at 25-5-2018 11:04 AM
aku mcm dah agak dari dulu, ni kerja2 gila org2 berkuasa

boleh explain secara bahasa mudah tak bagaiman ia berlaku dari awal hingga alhir..

aku masih x paham lagi.. mcm x caya ada org sanggut buat camni terutama ayat dia kata "kita perlukan 1 biliion lagi. 3 billion" wow mcm senangnya idup..
sblm aku trpkir jgk mcm ni tp xkan plak sesenang itu kan..huhu..


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah umno kalah...kalau tak hadaplah kita kenaikan tol, minyak dan bahan api...

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:37 PM | Show all posts
mamat ni takde orang jolok 3 juta ke??

takde orang ugut nak bunuh ke??

tak ada orang kacau famili dia ke cam bekas pegawai siasat sprm shukri tu claim

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 25-5-2018 03:35 PM
Syukurlah umno kalah...kalau tak hadaplah kita kenaikan tol, minyak dan bahan api...

Rakyat tanggung. ...pm dan menteri hanya memerhati dan simpan duit juta2 dalam rumah. ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:43 PM | Show all posts
b_n_c replied at 25-5-2018 03:16 PM
boleh explain secara bahasa mudah tak bagaiman ia berlaku dari awal hingga alhir..

aku masih x  ...

dia jadi senang bila yg plan & tukang approve duit tu org yg sama.

Faham x mcm mn dia bole jadi sesenang itu?


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:49 PM | Show all posts
kemaruk replied at 25-5-2018 01:55 PM
Rakyat nak cerita pasal facts, figures economy

Macai KERAjaan rajin bukak cerita gosip pasal rosm ...

Fact nye: Government kena bayar RM38 Billion hutang 1mdb.





Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:51 PM | Show all posts
farahzatul05 replied at 25-5-2018 03:49 PM
Fact nye: Government kena bayar RM38 Billion hutang 1mdb.

aset 1MDB lebih dari tu
takde masalah pon nak bayar hutang tu

belajar lagi ye tentang kecairan

M0, M1, M2, M3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 03:54 PM | Show all posts
kemaruk replied at 25-5-2018 03:51 PM
aset 1MDB lebih dari tu
takde masalah pon nak bayar hutang tu

cakap pasal aset ni..

Cuba cite aset 1mdb ni ape je selain tanah TRX & Air Hitam tu.


Bole cite x? Coz 2 BOD 1MDB sahkan 9.8 Billion unit? asset? is a scam.


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
laparlah replied at 25-5-2018 03:37 PM
mamat ni takde orang jolok 3 juta ke??

takde orang ugut nak bunuh ke??

Ada la tulis dekat artikel tu. Wife dia pun ada kena ugut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:56 PM | Show all posts
darkchoc replied at 25-5-2018 03:54 PM
Ada la tulis dekat artikel tu. Wife dia pun ada kena ugut.

berapa juta kena offer rasuah plakkk??


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:57 PM | Show all posts
farahzatul05 replied at 25-5-2018 03:54 PM
cakap pasal aset ni..

Cuba cite aset 1mdb ni ape je selain tanah TRX & Air Hitam tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.226319 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list