View: 3032|Reply: 0
|
Makan Ayam Goreng Bersos Kari, Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya. Ratah Pun Sedap
[Copy link]
|
|
Resipi kali ini sesuai untuk peminat ayam goreng.
Namun kami pasti kadangkala peminat ayam goreng pun mahu makan ayam yang berkuah atau sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
Foto:Rasa
Oleh itu kami tampilkan resipi kali ini iaitu ayam goreng bersos kari yang enak dan mudah disediakan!
Bahan-bahan:
Bahan ayam
200gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji telur ayam
1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Kari:
1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar yogurt
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun ketumbar | hiris halus
Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
2 sudu makan minyak masak
Cara-cara:
Foto: Rasa
1: Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
2: Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
3: Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
4: Seterusnya masukkan yogurt untuk memberikan rasa pedas masam.
5: Perasakan dengan serbuk pati ayam garam dan gula secukupnya
6: Sebelum angkat masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.
Siap! Mudah sahaja kan?
Tunggu apa lagi? Jom masuk dapur! -CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|