CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2019|Reply: 1

Pembukaan Sicilia: Penguasaan Islam Ke Atas Laut Mediterranean (8 Ramadhan 212)

  [Copy link]
Post time 25-5-2018 09:36 PM | Show all posts |Read mode

RAMADHAN DAN PERJUANGAN

PEMBUKAAN SICILIA: PENGUASAAN ISLAM KE ATAS LAUT MEDITERRANEAN

(8 RAMADHAN 212)

LAUT Mediterranean adalah kawasan strategik ekonomi, politik dan ketenteraan bagi tiga benua – Eropah, Afrika dam Asia. Sejak abad ketiga Masehi, laut ini dikuasai oleh Kerajaan Byzantine, tetapi mereka mula tergugat apabila Muawiyah bin Abi Sufian dapat menakluk Pulau Cyprus, Rhodes dan Crete pada tahun 649M, iaitu zaman Khalifah Othman bin Affan. Sedangkan kekuatan tentera Byzantine telah terjejas sejak Alexandria (Iskandariah) jatuh ke tangan Islam pada tahun 21H (642M), dan seluruh angkatan laut Rom terpaksa berundur dari Alexandria pada 652M selepas jatuhnya pulau-pulau tersebut.

Pulau Sicily (Sicilia) atau Siqilliyah dalam sebutan Arab adalah sebuah pulau yang berada di tengah Laut Mediterranean antara Kerajaan Byzantine di Itali dengan Daulah Umayyah di Andalusia dan Dinasti Aghlabiyah di Qairuwan. Penguasaan ke atas pulau ini bukan sahaja membolehkan Islam memasuki Eropah melalui semenanjung Itali, tetapi juga akan menghancuran Byzantine Barat yang berpusat di Vatican, sekali gus penguasaan penuh Islam ke atas laut tersebut. Pada saat tersebut, pulau Sicilia dikuasai oleh Gabenor Michael lantikan Byzantine.

Pemberontakan tentera Byzantine dan peluang Islam

Pada abad kesembilan Masehi, telah muncul Dinasti Aghlabiyah (184-296H) di Afrika Utara yang berpusat di Qairuwan, di samping Dinasti Idrisiyah dan Rustumiyah. Kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan Islam yang dikuasai oleh orang Barbar. Mereka berusaha meluaskan wilayah masing-masing dengan menakluki kawasan-kawasan strategik di Utara Afrika dan pinggir Laut Mediterranean, dan Pulau Sicilia merupakan salah satu sasaran utama.

Dalam tahun 825M, Laksamana Byzantine, Euphemis telah memberontak terhadap kaisar kerana satu krisis politik dalaman mereka. Beliau melarikan diri dari Sicilia menuju ke Tunisia dan meminta bantuan pemimpin Dinasti Aghlabiyah, Ziyadatullah I (817-838M). Beliau yang mendapat perlindungan politik, bertindak membantu Aghlabiyah untuk menawan pulau strategik tersebut pada November 827M, iaitu saat di mana berlakunya pemberontakan Siracuse.

Pembukaan Sicilia dan penguasaan Islam ke atas Laut Mediterranean

Menyedari keadaan politik Sicilia sangat tegang dan berkecamuk, terutama apabila berlaku pemberontakan di Siracuse terhadap gabenor Byzantine, Ziyadatullah I telah bertindak menghantar 70 buah armada dengan 10,000 tentera dan 7,000 kuda perang ke pulau tersebut, di mana mereka meninggalkan Qairuwan pada 15 Rabiul Awal 212H. Mereka mendarat di pulau itu tiga hari kemudian dan memulakan pembukaan Sicilia. Ketumbukan tentera Islam ini dipimpin oleh Qadhi-Wazir Asad bin al-Firath yang berusia 70 tahun, dan mereka berjaya menguasai pulau ini secara berperingkat.

Setelah mendarat di Mazzara, mereka berjaya menguasai bandar-bandar di sebelah barat Sicilia seperti Mazzara, Ballatah dan ar-Rafsh, selain menguasai beberapa kubu seperti Qal’ah al-Ballut, Qal’ah ad-Dubb dan Qal’ah at-Tawawis. Tentera Islam berjaya menguasai Mazzara dan Ballatah pada 8 Ramadhan 212H. Tetapi ketika umat Islam cuba menguasai Castrogiovanni, mereka ditimpa sejenis wabak yang menyebabkan Panglima Asad bin Furath meninggal dunia pada 213H. Namun begitu, tentera Islam terus bergerak mengalahkan Teodotus, Panglima Byzantine pada Jamadil Akhir 215H.

Kejayaan ini telah membolehkan umat Islam turut menguasai bandar-bandar utamanya seperti Palermo pada 832M, Messina (843M), Castrogiovanni (859M) dan akhirnya Siracuse turut jatuh pada 874M, iaitu zaman pemerintahan Ibrahim II (874-902M). Dua bandar di semenanjung Itali, Bari dan Toranto turut jatuh ke tangan Islam pada 846-849M, yang memaksa Paus Yohanes VIII merancang untuk membayar jizyah kepada Islam. Pada tahun 896M, Byzantine telah bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya Sicilia kepads Aghlabiyah, tetapi pada 909M, Aghlabiyah telah jatuh ke tangan Daulah Fatimiyah, yang menyebabkan Sicilia turut menjadi milik Fatimiyah.

MOHD FADLI GHANI
Pusat Penyelidikan PAS
8 Ramadhan 1439 / 24 Mei 2018


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sicily cukup sesuai dijajah bangsa lain seperti arab zaman dahulu atau Jerman selamanya. Baru la mafia tak berani angkat muka. Pribumi sicily pula akan hidup lebih makmur dan tenteram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052345 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list