CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3605|Reply: 30

[Tempatan] Kejutan Coklat buat polis selepas 'Aduan Coklat' di rumah Najib

  [Copy link]
Post time 26-5-2018 07:18 PM | Show all posts |Read mode


Anggota polis di beberapa balai polis di seluruh negara hari ini menerima kejutan manis daripada sekumpulan rakyat Malaysia yang menyertai kempen atas talian #Chocs4cops yang dimulakan oleh peguam Siti Kasim.

Mereka yang menyertai kempen itu mengambi gambar coklat yang mereka beli beserta pesanan dan penghargaan atas jasa polis dan berkongsi di Facebook rasmi kempen berkenaan.

Kempen berkenaan dijangka diadakan selama sejam daripada pukul 4 petang hingga 5 petang hari ini dan Siti sendiri pada mulanya merancang untuk menyerahkan coklat di balai polis Hartamas, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Siti berkata, anggota polis di balai polis berkenaan tidak dibenarkan menerima coklat atau apa-apa hadiah daripada orang awam.

"Tak apa. Kami kemudian pergi ke balai bomba sebelah dan beri coklat itu kepada anggota bomba," katanya.

Siti melancarkan kempen #Chocforcops awal minggu ini sebagai respons kepada aduan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa polis yang menyerbu kediamannya dalam operasi siasatan berhubung 1MDB mengambil coklat di dalam peti sejuknya.

Kempen berkenaan yang diuar-uarkan di Facebook menggesa orang awam memberikan coklat kepada pegawai polis atas kerja keras mereka dan sempena Ramadan.

"Sempena bulan Ramadan, marilah kita semua memberi coklat kepada anggota polis yang bekerja keras memastikan keselamatan negara kita.

"Sila serahkan coklat kepada balai polis berhampiran pada hari sama yang dinyatakan. Kemudian kongsikan gambar atau video di Facebook," kata keterangan Facebook kempen berkenaan.
Berdasarkan komen daripada peserta kempen itu, kebanyakan balai polis di sekitar Kuala Lumpur enggan menerima hadiah berkenaan.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menghadiahkan coklat sebagai tanda penghargaan kepada polis hari ini.

“Bagaimanapun polis Kuala Lumpur tidak dapat menerimanya kerana ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu (yang mesti dipatuhi),” katanya.

Bagaimanapun, peserta lain di kawasan lain yang dapat dilihat pada gambar dan video Facebook kempen itu dilihat berjaya menyerahkan hadiah coklat anggota polis yang bertugas petang ini.​​​​​​​






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kewl.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 26-5-2018 07:49 PM

Hahahahaha....apa la c najib ni ,   coklat pun nak berkira ke ? .... dah la duit bertimbun-timbun ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sharing is caring..
Polis juga manusia biasa..kekadang lapar x hengat..coklat pon boleh ma...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha....selama ni klau tgok ucapan dia bg peruntukan suma juta2....tp polis mkn cekelat pun nk claim balik....rupanya ex-pm ni kodokut orangnya.....kan dh kena troll dgn marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Go Siti Kasim  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
boriiiiinngggggg...mode nyampah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
untung abang bomba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi kak siti...alasan lettewwww abam polis taknak terima cokelat...yg sebenarnya mmg nak menempel kat abam bomba badan ketak2 khennn?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak menjak menang pru ni semua nak enter frame jd superhero....nyampah. DSN dah turun dah pun...perasannnntannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakakakakka macam menganjing adalah. So polis2 ni mengaku lah diaorang ada ambik coklat di rumah Najib?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakakakakaka.... bestt nya dpt nganjing bijan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:26 PM | Show all posts
coklat apa ye yg ade dalam peti ais rmh najib tu? mesti tak sama dengan coklat marhaen kan. mesti sedap
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebangkitan puak liberal..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:40 PM | Show all posts
koser lah..baik aku sedekah kt anak yatim coklat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Coklat tu dh check halal ke belum....jgn x halal sudah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kita mesti beri ganjaran kpd pencuri?
Saya tidak setuju dgn perbuatan kak siti dan kawan2 ini.
Mereka sepatutnya membantu pihak yg hartanya telah dicuri iaitu najib
Lebih2 lagi najib ialah seorang anak yatim kematian bapa. Adik-beradiknya ramai, ibunya juga sudah tua.
Sampai hati mereka mencuri dan makan harta anak yatim. Tidak cukup dgn coklat, tabung ayam yg diisi duit simpanan anak yatim ini juga telah dicuri. Beg sekolah sumbangan isteri org kampung mereka juga turut dibawa lari. Apa dosa anak yatim ini diperlakukan begitu?
Dan kini, yg paling tidak boleh diterima akal, golongan pencuri itu pula telah disanjung dan diberikan hadiah coklat? Apakejadahnya semua ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis yg amik cokelat ni..xkene tindakan tatatertib ke nnti?ke bos dorg xkisah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya fake news je pasal cokelat tu, Siti..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072099 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list