CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8980|Reply: 86

[Tempatan] Jakel penuh sesak, jualan lelong baju Melayu, sampin

  [Copy link]
Post time 27-5-2018 01:26 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR –  Menjelang Aidilfitri ini, gedung tekstil terkenal, Jakel cukup sinonim sebagai pusat sehenti buat seisi keluarga untuk mencari kelengkapan pakaian menjelang hari raya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, konsep membeli belah di bawah satu bumbung yang dipraktikkan bertujuan memudah dan memberi keselesaan buat pelanggan setianya.
Jelas beliau, Jakel menawarkan kepelbagaian rekaan fesyen terkini buat lelaki, wanita dan kanak-kanak pada harga berpatutan di samping hadiah percuma selain jualan lelong.




“Bagi pakaian raya wanita, lebih 200 rekaan disediakan yang menampilkan duta antaranya Scha Al Yahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha dengan lima pilihan warna serta saiz kerana kami belajar dari tahun sebelumnya untuk menyediakan lebih banyak saiz pilihan kepada pelanggan.

“Bagi baju Melayu lelaki, pelanggan boleh memilih koleksi Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Awal Ashaari dan sebagainya, selain diberi percuma samping kain benang kerana ia lebih selesa digayakan sepanjang hari.

“Mereka yang meminati kurta boleh menggayakan koleksi jenama Hairul Azreen,” katanya pada perasmian kempen Jakel Barulah Raya bersama Duta Raya Jakel, di Wisma Jakel baru-baru ini.

Jakel turut menyediakan koleksi baju Melayu kanak-kanak Upin Ipin seawal usia setahun hingga 12 tahun dengan tawaran samping serta butang Upin Ipin percuma.

Kanak-kanak yang menjadi duta koleksi pakaian raya pula ialah Yusuf Iskandar dan Lara Alana dengan pelbagai rekaan menarik dan comel.

Mohamed Faroz berkata, Jakel mementingkan elemen fabrik berkualiti, warna bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas serta rapi bagi menyerlahkan personaliti dan mengikut trend terkini.


Duta pakaian Jakel, Nabil Ahmad dan Aaron Aziz membuat potongan harga keatas baju dan sampin koleksinya sebagai duta pada sembang santai ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2018.

“Koleksi raya Jakel kali ini menerapkan ciri kekeluargaan dengan rekaan dan warna sedondon yang ceria bagi mewujudkan suasana riang.

“Bagi memudahkan transaksi pembayaran, Jakel bekerjasama dengan Boost iaitu aplikasi dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat bayaran secara dalam talian, selain boleh memperoleh mata ganjaran,” katanya.

Maklumat lanjut kempen boleh diperoleh dengan melayari media sosial Instagram @jakeltextile dan Facebook GedungTekstilJakel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Di penat ke bsesak dik di bln puasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem pakai baju raya taun2 lepas je
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 02:35 AM | Show all posts
kuih raya pun xpayah beli orang datang raya masak frozen lagi jimat. dulu kalau beli kuih raya biasa2 je. bila raya rumah orang kaya kuih dia mak aih gemuk2 sungguh coklat pula bersepah sepah dalam mangkuk besar.

dulu masa kecil teringat pergi rumah pakcik  raya dia berlagak sombong. dah tua kubur kirim salam dia dah berubah. maafkan je setiap orang pasti ada titik perubahan. daripada tak bertegur sapa ramah mesra dah bertegur sapa. alasan dia mimpi arwah nenek banyak kali lepas balik haji
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 02:44 AM | Show all posts
berita ni kalau keluaq zaman minah kepit pasti jadi sumber macai
"Bukti ekonomi negara stabil, rakyat mampu membeli-belah baju raya"
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Darien_Fawkes replied at 27-5-2018 02:44 AM
berita ni kalau keluaq zaman minah kepit pasti jadi sumber macai
"Bukti ekonomi negara stabil, raky ...

sudah terang lg bersuluh..lagi mau twist..sesungguhnya nafsu mensopping rakyat mesia membuak buak walau pun negara dikatakan nak bankrap.. its so obvious yooooo..macai PAS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2018 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi budak lelaki yang tgh membesar...tiap tahun baju jadi senteng. ..tang kaki dan tangan. ..memang kena beli baru. ..orang dewasa tak membesar dah. ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju melayu aaron aziz 150rm dgn sampin.. ade sesiapa dpt murah lg x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti_Mustaqim replied at 27-5-2018 05:04 AM
sudah terang lg bersuluh..lagi mau twist..sesungguhnya nafsu mensopping rakyat mesia membuak buak  ...

Apa yg aku twist? Hang baru keluaq gua? Zaman bn even menteri buat komen bodoh, masuk kfc nampak ramai orang aje terus heboh ekonomi elok ramai rakyat masih mampu beli kfc dan mcd. Bn dan parti kencing pis memang in denial bau hancing. Patut rakyat hukum dalam pru kali ni. Bodoh tu simpan untuk 7 keturunan korang ya. Macai hancing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-5-2018 05:09 AM
Bagi budak lelaki yang tgh membesar...tiap tahun baju jadi senteng. ..tang kaki dan tangan. ..memang ...

Betul sangat tu kak @noor2 tak boleh tak beli, cepat nau senteng
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Konahhh replied at 27-5-2018 05:59 AM
Betul sangat tu kak @noor2 tak boleh tak beli, cepat nau senteng

Anak2 cepat membesar terutama bawah 20 tahun. ...anak kaka yang umur 14 tahun ni..dah 168. ..tahun lepas taklah tinggi ni. ..abah dia awal2 kata tak.payah beli baju Melayu sebab tahun lepas ada. ...bila pakai test dah senteng pun sekarang...kena beli la nampaknya. ..cari yang murah ja biasanya. ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesak2 pon ada aircond takde la teruk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:07 AM | Show all posts
tensic~ replied at 27-5-2018 05:09 AM
Baju melayu aaron aziz 150rm dgn sampin.. ade sesiapa dpt murah lg x

okla tu siap sampin....klu sampin jenis cokia lauya.... xde beza je pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti_Mustaqim replied at 27-5-2018 05:04 AM
sudah terang lg bersuluh..lagi mau twist..sesungguhnya nafsu mensopping rakyat mesia membuak buak  ...

Betul @Siti_Mustaqim ekonomi tenat ka, ekonomi gawat ka...nafsu membeli rakyat Malaysia still membara
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-5-2018 06:02 AM
Anak2 cepat membesar terutama bawah 20 tahun. ...anak kaka yang umur 14 tahun ni..dah 168. ..tahun ...

Uish tinggi-tinggi anak kaka Kat Parkson pun ada kaka, kualiti pun elok sepasang RM100, okayla untuk budak-budak cepat membesar ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Konahhh replied at 27-5-2018 06:10 AM
Uish tinggi-tinggi anak kaka  Kat Parkson pun ada kaka, kualiti pun elok sepasang RM100, okayla  ...

Tq info konah. ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 27-5-2018 06:13 AM
Tq info konah. ....

Welcome kak @noor2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-5-2018 02:35 AM
kuih raya pun xpayah beli orang datang raya masak frozen lagi jimat. dulu kalau beli kuih raya biasa ...

Nice idea sis. Mmg jimat byk beli frozen kuih instead of kuih raya. Kuih pun sebalang kecik dah berapa dah. TQ for the idea.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Darien_Fawkes replied at 27-5-2018 05:57 AM
Apa yg aku twist? Hang baru keluaq gua? Zaman bn even menteri buat komen bodoh, masuk kfc nampak r ...

ekonomi elok la...guan eng dah cakap. . dohhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Darien_Fawkes replied at 27-5-2018 05:57 AM
Apa yg aku twist? Hang baru keluaq gua? Zaman bn even menteri buat komen bodoh, masuk kfc nampak r ...


ko tau..aku ni best student upsr, srp, spm, hadiah buku uni srmua aku rembat, dapat tiga biasiswa utk habiskan tertiary..ko ingat org bodoh je sokong PH. agak agak la ko nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.083706 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list