CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7511|Reply: 135

[Tempatan] BN buat taik tambah hutang, kini PH nekad kurangkan hutang negara RM200 bilion

  [Copy link]
Post time 27-5-2018 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Hutang bakal kurang RM200b
27 Mei 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 26 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sesi temu bual bersama stesen radio Amerika Syarikat (AS), Voice of America mendedahkan bahawa beliau mempunyai kaedah tersendiri untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion daripada RM1 trilion yang direkodkan pada waktu ini.


Perdana Menteri berkata, kaedah itu sedang dibincangkan de­ngan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Malah beliau memberitahu, hutang berkenaan merupakan hasil kerajaan terdahulu yang telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari negara lain, dari pada bank asing dan sumber-sumber tempatan.

“Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan, tentu saja, adalah untuk memastikan bahawa kita mampu membayar pinjaman itu dan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam,” katanya se­perti dipetik dalam portal Malaysiakini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan PH kini menghadapi isu hutang besar kerana mewarisi sistem kewangan yang didakwa telah ‘dimusnahkan’ oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Nah, semasa 22 tahun saya menjadi Perdana Menteri dahulu, adalah agak mudah. ​​Saya mewarisi sistem yang sudah ada. Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkenalkan idea-idea baharu supaya kita dapat mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

“Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewa­ngannya telah musnah,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan baharu telah memperkenalkan sistem baharu atau sistem autoritarian setelah sistem kerajaan yang wujud selama ini didapati telah diabaikan dan tidak digunakan.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir juga menolak tanggapan bahawa beliau memikirkan semula untuk menghapuskan Akta Antibe­rita Tidak Benar 2018 iaitu janji utama PH menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Katanya, beberapa kawalan perlu dikekalkan terhadap media untuk mengelakkan berlaku ke­tegangan kaum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck tun dan Pakatan harapan.
Kami mahukan penyelesaian dan lunaskan janji-janji dalam manifesto.
Rakyat tak nak dgr retorik.tak perlu byk sgt cerita.
Kami bosan.
Itu semua tu tak membantu meringankan kos kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
minyak bila nak turun  , gaji dan pencen bila nak naik,  bantuan duit ibu tungal  bila nak bagi. masa berjanji dulu tk sebut  pun ada syarat .sekarang nak kenen plk negara byk hutang dah tak mampu nak  tunaikan manifesto.ingat ya, penipu itu tanda munafik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tak habis lagi ke divert isu hutang utk tutup janji2
yg perlu ditepati

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
yg dok kalut tuntut manifesto mmg yg pangkah beend kebanyakannya...kami yg pangkah PH ja yg paham situasi negara dan betapa korupnya pemerintah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:05 AM | Show all posts
Dlm berita radio smlm  dah cakap ada rundingan antara Petronas dgn kerajaan dlm mencari mekanisme utk melaksanakan subsidi petrol....hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 27-5-2018 11:05 AM
Dlm berita radio smlm  dah cakap ada rundingan antara Petronas dgn kerajaan dlm mencari mekanisme ut ...

Kesiannya staff2 petronas....bonus bakal kene sedut lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun ni dia punya approach austerity measures. Which mean pembangunan akan stuck at certain times. Tak bagus sebenarnya sebab dia bukan macam Kita punya pengurusan kewangan, bila buat macam ni... Ekonomi akan menguncup certain times.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobby at 27-5-2018 11:14 AM

Alasan nak jual Petronas le tewwww.

Kenal sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jual petronas agak2 kroni siapa yg dapat?   Tanya jerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 27-5-2018 11:05 AM
Dlm berita radio smlm  dah cakap ada rundingan antara Petronas dgn kerajaan dlm mencari mekanisme ut ...

Cara mahathir generate duit ialah jual aset2 kerajaan. Dulu dia jual Telekom, swastakan semua.  Skrg ramai dah terbau ura2 nak jual petronas di Bursa.  Cuma nak tanya kroni siapa akan dapat kali ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
denai replied at 27-5-2018 10:44 AM
tak habis lagi ke divert isu hutang utk tutup janji2
yg perlu ditepati

Tabur janji manifesto bulan bintang. Bila dah gelabah terus bawak keluar propaganda HUTANG 1 TRILION. ulang kat TV hari2. Supaya rakyat tak tuntut janji. Itu cerita sebenar, akai mahathir dari dulu sampai skrg tak berubah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:41 AM | Show all posts
tobby replied at 27-5-2018 11:21 AM
Tabur janji manifesto bulan bintang. Bila dah gelabah terus bawak keluar propaganda HUTANG 1 TRILI ...

Tabur janji bulan bintang nih aku rasa mastermind dia adalah DSAI...dia kan populis,hahahaha

BTW aku support PH bkn sbb manifesto pun, tp aku bengkek gak tgk macai PH dok butthurt dlm socmed bila kena troll dgn pembangkang pasal kena tunaikan janji manifesto....bleh plak macai PH kata yg undi dorg bkn pengundi BN.....manifesto tu janji utk seluruh warga malaysia, so hadap lah korg yg pilih nk jadi macai, hari2 lah butthurt kena troll, kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 27-5-2018 11:12 AM
Alasan nak jual Petronas le tewwww.

Kenal sangat

Agak dah.  Jual petronas senang2 boleh generate 200 bil.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Spt yg dijangka.. Akta fake news tidak akan dibatal spt yg mrk janji utk sekat kebebasan suara.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir juga menolak tanggapan bahawa beliau memikirkan semula untuk menghapuskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 iaitu janji utama PH menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Katanya, beberapa kawalan perlu dikekalkan terhadap media
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 12:09 PM | Show all posts
kakigebang replied at 27-5-2018 11:02 AM
yg dok kalut tuntut manifesto mmg yg pangkah beend kebanyakannya...kami yg pangkah PH ja yg paham si ...

T ler..aku yg pangkah ph pu tak baca manifesto..dlm otak asalkan BN tak menang n pihak ph dpt selamatkan negara..yg bising tue jenis dedak yg tak puas hati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 12:12 PM | Show all posts
kakigebang replied at 27-5-2018 11:02 AM
yg dok kalut tuntut manifesto mmg yg pangkah beend kebanyakannya...kami yg pangkah PH ja yg paham si ...

X kisah alasan kita pangkah PH bro, janji manifesto adalah janji kpd seluruh rakyat Malaysia x kira yg undi dan yg x undi PH....so hadap jer lah......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 27-5-2018 10:41 AM
minyak bila nak turun  , gaji dan pencen bila nak naik,  bantuan duit ibu tungal  bila nak bagi. mas ...

Kami yg undi ph tak tengok pun manifesto...kami nak najib berundur...yg undi bn terimalah ya kekalahan...kami tak kisah pun manifesto tu apahal pulak pengundi bn pulak yg sibuk..ph menang yeay yeay...bn kalah yo yo
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 12:39 PM | Show all posts
Edited by syedabdul257 at 27-5-2018 12:41 PM

Hutang kami akan FELDA dan FGV bagimana? perkara Najib tu, Tn Mahatir kan bantu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 12:44 PM | Show all posts
https://janggutbahaman.com/najib ... on-expose/#more-162

Ini macam mana? Especially after FELDA Chairman resigned.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.095713 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list