CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1770|Reply: 11

[Tempatan] Perang harga sifar GST, pusat jualan kereta dijangka jadi tumpuan mulai 1 Jun

[Copy link]
Post time 27-5-2018 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Perayaan 'sifar GST'
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@nstp.com.my


Selepas kerajaan mengumumkan penetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun ini, pengeluar kenderaan mula menawarkan harga menarik untuk melariskan produk mereka.

Paling awal menawarkan rebat istimewa ialah UMW Toyota Motor Sdn Bhd apabila mengumumkan harga baru kesan daripada kadar baru GST. Presidennya, K Ravindran berkata, semua faedah pengurangan daripada struktur cukai baru akan diserap dalam harga jualan kenderaan Toyota dan Lexus.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Sdn Bhd pula mengumumkan harga jualan terbaru de­ngan pengurangan antara RM4,000 hingga RM17,000, bergantung pada model.

Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, harga berkenaan bermula 1 Jun dan kekal sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan kerajaan pada masa akan datang.

“Ini adalah masa terbaik untuk orang ramai memiliki kenderaan Volkswagen dengan harga jualan terbaik termasuk promosi Aidilfitri dan kempen lain yang sedang berlangsung,” katanya.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) turut mengambil langkah termasuk menawarkan e-baucar kepada pelanggan yang melakukan servis dan pembelian alat ganti di semua Pusat Servis PERODUA bermula 19 Mei lalu.

Pengarah Urusan PERODUA Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, rebat GST ini sebagai komitmen kepada pelanggan yang sentiasa menyokong PERODUA.

“Kami berharap orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan baru atau melakukan servis di 179 pusat jualan sah PERODUA di seluruh negara,” katanya.

PROTON Holdings Berhad juga menawarkan pelanggannya baucar perkhidmatan yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga sebelum dan selepas GST.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, inisiatif ini memberikan faedah kepada pembeli kereta untuk membayar pada harga kadar sifar GST sebelum SST dilaksanakan.

“Kami menawarkan kepada pelanggan pilihan lebih awal untuk mereka menerima faedah sama ada dalam bentuk baucar perkhidmatan atau rebat tunai yang boleh diguna pakai untuk semua kereta PROTON yang dibeli atau didaftarkan bermula 16 hingga 31 Mei,” katanya.

Tidak terkecuali, Honda Malaysia menawarkan harga menarik sempena sifar GST bgi pembelian model terpilih. Untuk kelegaan, setiap pelanggan yang membeli model baru dari 18 hingga 31 Mei, Honda Malaysia akan menyerap nilai GST enam peratus yang menjadi harga bonus bagi kenderaan baru sebelum Aidilfitri.

Antara model yang ditawarkan ialah Honda City (Petrol), Civic, CR-V dan HR-V manakala Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid dan City Hybrid ditawarkan dengan promosi ‘Welcome Ramadhan Rewards’.

Jualan kenderaan premium juga tidak terkecuali apabila BMW, MINI dan BMW Motorrad menetapkan harga kenderaan pada sifar GST sehingga makluman lanjut diumumkan kerajaan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pihaknya menyahut kenyataan kerajaan dengan positif apabila menawarkan pengurangan harga selain meneruskan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Selain perubahan harga, BMW Group Malaysia mahu memastikan pelanggan terus menikmati pengalaman Pemilikan Premium seperti Waranti Perbatuan Tanpa Had Lima Tahun dan empat tahun oleh MINI serta Program Servis Berjadual Percuma,” ujarnya.

Go Auto Sales Sdn Bhd, selaku pengedar dan pemasang kenderaan Haval di Malaysia, tidak mahu ketinggalan apabila menawarkan penjimatan sehingga RM9,500.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, tawaran bermula 20 Mei sehingga 30 Jun adalah masa terbaik mendapat­kan kenderaan baru dengan pelbagai tawaran menarik.

Pengedar kenderaan Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), juga menawarkan pengurangan harga untuk semua rangkaian model keluarannya sehingga RM33,000.

Selain harga baru sifar GST, SDAC yang menyambut ulang tahun ke-10 juga menyediakan promosi pembelian model Mustang dan kempen ‘Raya Joy & Enjoy’ dengan pelbagai hadiah menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mei 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya range harga kereta import kita mcm di UK. Sana keta honda accord hanya dlm rm80k. Hairan mcmn kat msia ni accord jual sampai 140k. Itu pun tetap ramai yg beli. Rakyat msia mmg byk duit ke camana ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Penurunan harga barangan mewah dan kehendak. Mereka bukan kesah pun barang keperluan naik asalkan dapat memenuhi nafsu untuk bermewah dan bermegah
Sepatutnya barangan mewah dan bukan keperluan ni patut dikenakan cukai tinggi termasukla kereta, GGadjet, kedai makan hipster
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada gst. .kuasa beli meningkat....kawan baik aku ada buka kompeni sendiri tapi terus beku masa najib memerintah sebab katanya gst buat dia x mampu nak order material. ...

Kali ni bila gst sifar. .dia terasa nak jalankan bisnes semula. ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 27-5-2018 08:24 AM
Sepatutnya range harga kereta import kita mcm di UK. Sana keta honda accord hanya dlm rm80k. Hairan  ...

Cukai kerajaan besar dan pengedar ambik untung lebih. Harga di pelabuhan rm28k. Harga jual rm80++k. Rm50k ambik untung tu. Specs kita pon dapat cikai selalunya. Dulu benda ni dibuat sebab nak tolong proton. Sekarang ni sebab kerajaan takde duit kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 27-5-2018 08:28 AM
Ini yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Penurunan harga barangan mewah dan kehendak. Mereka bukan  ...

Kereta ni bukan barang mewah semuanya. Sekurang kurangnya kalau harga kereta murah, rakyat boleh lah tukar kereta dengan safety aspects yang bagus. Takde la orang kampung masih pakai satria dan wira yang airbags takde. Kalau harga mampu milik, bole juga rakyat marhaen beli cash. Tak perlu bayar bunga bulan2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab nak jimat 6-7 ribu...berhutanglah korang berpuluh2 ribu....kalau mmg mampu nak bayar xpe....jgn nnt jd mcm ramai yg bankrupt sbb hutang kereta....., tp apedehal......asalkan jgn kalah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak terfikir nak beli kereta baru zerogst..
cukupla dah beli baju raya anak2 zerogst di aeon semalam.1resit save dekat rm40..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 27-5-2018 08:56 AM
Cukai kerajaan besar dan pengedar ambik untung lebih. Harga di pelabuhan rm28k. Harga jual rm80++k ...

Betul...kualiti kereta i yg beli di uk beza sangat dr yg dibeli di Malaysia...pihak kita kena tengok dan siasat apa yg berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:28 PM | Show all posts
bangkem doakan harga kereta sama macam kat UK sana

kalau harga tak sama, apa beza PH dan BN

pentipu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa rata-rata promosi zero GST sehingga 31/5? Bukan 1/6 dah start zero GST? Sama jelah kan harga 31/5 dgn 1/6 onwards?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:08 AM | Show all posts
byk sgt ke turunnya? kalo harga kereta turun, ade gak bestnya. ni rega kete kat msia dah jd mcm brg mewah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.444149 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list