CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8452|Reply: 74

[Tempatan] Buat 1,800 biji nekbat sehari sepanjang Ramadan

  [Copy link]
Post time 28-5-2018 01:53 PM | Show all posts |Read mode


Peniaga kuih tradisional Kelantan, Rozita Abdul Manaf memasak kuih Nekbat dari adunan tepung gandum dan telur dibakar menggunakan dapur arang ketika ditemui di Kampung Tujoh. - Foto Nik Abdullah Nik Omar


TUMPAT: Sejak 16 tahun lalu, seorang peniaga dan pembuat nekbat di Kampung Tujoh, di sini, akan menghasilkan purata 1,800 biji kuih tradisional itu setiap hari sepanjang Ramadan.

Rozita Abdul Manaf, 42, berkata sebaik selesai bersahur, beliau akan memulakan proses menghasilkan nekbat di sebuah bangsal di luar rumahnya.


"Proses pembuatan nekbat sangat ringkas dan tidak rumit, sama seperti membuat kuih akok. Cuma, nekbat tidak menggunakan telur yang banyak dan untuk menghasilkan 1,800 biji, hanya 150 butir telur digunakan.

"Selepas bersahur kira-kira jam 5.30 pagi, saya akan mula membuat adunan kuih nekbat sebelum dibakar dalam acuan menggunakan sabut kelapa dan siap dua jam kemudian," katanya.


Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional Kelantan dijadikan pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung gandum dan telur siap dibakar dijual dengan harga RM2 untuk tujuh biji manakala RM20 untuk 100 biji kepada peraih oleh peniaga Rozita Abdul Manaf di Kampung Tujoh. - Foto Nik Abdullah Nik Omar


Katanya, kuih nekbat dibuat menggunakan tiga bahan asas, iaitu tepung gandum, telur dan pewarna oren serta merah, dan hanya perlu dibakar dalam acuan kira-kira dua minit.

Beliau berkata, juadah itu yang dihasilkan dalam bentuk bunga dan belimbing, dijual sama ada sudah disira mahupun mentah serta boleh tahan tiga hari.

Walaupun menghadapi persaingan dari negara jiran, Rozita berkata, masih ramai pembeli dan peraih yang melanggan nekbat dihasilkannya.

Katanya, beliau dibantu anak ketiga, Nor Shahirah Mokhtar, 18, yang membawa kuih nekbat siap dibungkus dalam plastik besar, dengan menaiki motosikal roda tiga untuk dijual di Pasar Geting, di sini.


Kuih Nekbat dari adunan tepung gandum dan telur dibakar menggunakan dapur arang oleh peniaga Rozita Abdul Manaf ketika ditemui di Kampung Tujoh. - Foto Nik Abdullah Nik Omar


"Kuih nekbat yang mentah dijual kepada pembeli pada harga RM2 untuk tujuh biji, manakala peraih pula RM20 bagi 100 biji.

"Purata pendapatan diperoleh hasil jualan kuih nekbat ialah RM100 sehari dan ia sudah memadai untuk menampung perbelanjaan membuat persiapan Aidilfitri," katanya yang turut membuat pelbagai kuih tradisional lain pada hari biasa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 02:11 PM | Show all posts
Adeh. Nampaknya macam kebersihan tempat memasak kurang dititiberatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 02:14 PM | Show all posts
Rupa macam kuih bahulu tapi warna oren nampak sangat tak cantik.
Tempat memasak pun...... nampak tak menyelerakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok im getting nekbat today..sedap nya manis2 meleleh terpancut dlm tekak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Galok buka tred psl mkn je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nekbat klate mmg kaler oren ke? Tganu kaler kuning mcm baulu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Best pergi kelantan. Makanan sedap2 dan pelbagai. Murah plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:02 PM | Show all posts
apa beza nekbat ngan bahulu ni? tak pernah cuba lagi..
tapi akok memang sangat sedap..
cuma tak jumpa lagi kat bazaar kali ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 03:07 PM | Show all posts
famri7 replied at 28-5-2018 06:21 AM
Ok im getting nekbat today..sedap nya manis2 meleleh terpancut dlm tekak.

hokaloh....jange terpacut kelain sudoh

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:07 PM | Show all posts
mcm bahulu je... i suke bahulu..cicah kopi..tu dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:27 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 28-5-2018 03:02 PM
apa beza nekbat ngan bahulu ni? tak pernah cuba lagi..
tapi akok memang sangat sedap..
cuma tak ju ...

nekbat kena masak ngan air gula dulu..letak daun pandan..aisin sikit...
masak smpai kembang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:32 PM | Show all posts
kuih kelantan manis2 dan sedap...
kalau g pasar kat sana ..mmg rambang mata...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:33 PM | Show all posts
korg kalau teringin nak rasa nekbat ni, beli je bahulu pastu cicah dgn sirap
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:47 PM | Show all posts
tak pernah mkn nekbat ni lagi..mcm bahulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
manis leting ler ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 04:00 PM | Show all posts
macam bahulu jer. tapi manis btl sbb kena masak ngan gula dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Akok feveret aku..susahla haii nak jumpak sini..benci
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 28-5-2018 02:27 PM
Galok buka tred psl mkn je ni...

Utk kurangkan stress forumer di CI ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
zawara replied at 28-5-2018 03:49 PM
manis leting ler ni?

Manis leting kalau org2 veteran masak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 04:17 PM | Show all posts
famri7 replied at 28-5-2018 02:21 PM
Ok im getting nekbat today..sedap nya manis2 meleleh terpancut dlm tekak.

mak ngan ayah iols pun suka makan kuih ni.Iols tak boleh hadam sebab manis ya ampun


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.292679 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list