Sekali pandang kelihatan macam gerai-gerai biasa tapi selepas tengok menu sememangnya ia luar biasa. Mendapat gelaran "the best smoked beef in Kajang", gelaran tersebut memang wajar dan setimpal.
Foto: Facebook Rizal Hakimm
Menawarkan pelbagai jenis daging lembu salai yang berkualiti dan terdiri daripada baka terbaik seperti Wagyu dan Grassfed yang bebas antibiotik. Selain itu terdapat juga kambing yang diperap dengan bahan istimewa dan rahsia.
Restoran ini juga bakal menyajikan ayam panggang dalam menu mereka sedikit masa lagi. Antara hidangan yang wajib cuba ialah short rib yang manis dan lembut rasanya!
Foto: Facebook Rizal Hakimm
Memang tak rugi makan di sini, lebih-lebih lagi cara penyediaannya menggunakan dapur kayu. Sungguh unik dan rugi jika tak datang dan cuba sendiri.
Alamat:
Restoran Cilantro
Jalan Kelisa 1, Kg. Sungai Tangkas
43000 Kajang
Waktu operasi: Rabu sehingga Ahad, 8 - 11malam.
Untuk tempahan sila hubungi +60109203239.
FB : KarnivorMalaya
Sesuai berbuka puasa di sini bersama teman mahupun keluarga. Jom beramai-ramai! -CARI |