|
|
Semasa Anita Sarawak tiba-tiba menghilangkan diri dari dunia seni pada pertengahan 2011, pelbagai spekulasi timbul.
Ada yang mendakwa penyanyi itu masih tinggal di Las Vegas, ada juga yang mengatakan dia membina kediaman baharu dan menetap di Perancis.
 Foto: Berita Harian
Tahun lepas, kecoh Anita Sarawak dikatakan menetap di Singapura selepas seorang peminat mendakwa ada terserempak dengannya di sebuah restoran.
Khabar terbaru, Anita aatu nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib, 66 dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Menurut Berita Harian, seorang artis lama yang rapat dengannya sudah datang menziarahi namun tidak diizinkan membuka mulut.
Dengarnya juga wajah Anita juga jauh berbeza berbanding dahulu.
 Foto: Carian Internet
Setakat ini masih belum ada pengesahan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.
Apa pun jika benar Kak Nita sakit, doakan sahaja yang terbaik untuknya. Semoga diberi kesembuhan seperti sedia kala. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|