CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 15

Isu Tabung Harapan Malaysia, Pemimpin Kaya Perlu Mulakan Dulu Sebagai Motivasi K

[Copy link]
Post time 31-5-2018 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Demi menyelesaikan hutang negara yang terlalu banyak yang ditinggalkan oleh pimpinan negara yang dahulu, pelbagai cadangan dan tindakan yang diambil oleh Parti Pakatan Harapan. Terbaru, Menteri Kewangan telah mengeluarkan siaran media mengenai penubuhan Tabung Harapan Malaysia.





Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan penubuhan tabung tersebut malah ada juga yang mempertikaikannya. Pelbagai respon dan pendapat peribadi telah dinaikkan di status media sosial bagi membantu menambah baik langkah yang dibuat oleh kerajaan.



Bagi Ustaz Kamilin, dia bersetuju dengan penubuhan Tabung Harapan Malaysia kerana rakyat dapat menyumbang jumlah mengikut kemampuan mereka untuk membantu ekonomi Malaysia. Dalam pada masa yang sama, dia berpandapat perkara tersebut perlu dimulakan oleh para pemimpin yang kaya raya untuk menunjukkan komitmen mereka kepada Negara dan sekaligus menjadi motivasi kepada rakyat.   





Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ustaz Kamilin. Walaupun gaji menteri ditolak 10%, ia adalah paksaan dan bukannya sumbangan ikhlas para pemimpin kepada negara.







Netizen juga bersetuju sumbangan ini dimulakan oleh golongan pemimpin negara yang rata-ratanya mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Selepas itu, barulah memohon sumbangan atau bantuan rakyat untuk menyelesaikan hutang negara.











Bagaimanapun, tidak ada salahnya jika rakyat tetap ingin menyumbang wang ringgit kepada Tabung Harapan Malaysia, ia tetap langkah yang baik bagi membuktikan kecintaan kepada Negara. Perkara sebegini pernah dilakukan oleh negara Korea Selatan semasa berlakunya masalah ekonomi.





Jika kalian ingin menyumbang, teruskan niat baik kalian. Semoga sumbangan ikhlas yang disalurkan itu sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara kita dan mendapat ganjaran daripada Allah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2018 11:52 AM | Show all posts
betul, pemimpin2 yg bergaji besar la patut korban lebih sikit tuk derma TH. baru la rakyat follow.. cadang masuk derma setiap jumaat kejar pahala lebih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 12:48 PM | Show all posts
saya tak derma pun sebab nak raya ni banyak pakai duit. tp sy ok je kalau ada yang berduit nk menderma.ramai jugak yg menderma. baguslah, hopefully digunakan dengan sebaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu. jangan la jadi mcm bn, duit rakyat didahulukan perut kroni diutamakan, rakyat kena ganyang pemimpin makin kenyang
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 03:26 PM | Show all posts
najib apa lagi hulur hulur ler sen ko yang mengunung tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tadi aku radomly la bergurau dgn sorg public cina ni..dia cakap nak melancong..aku tanya nak melancong ke migrate skali?since msia ni tgh byk hutang..that chinese guy bagitahu “haiyaa..i dont want la to leave msia.!mahathir already become our PM..if still najib mayb i consider to live abroad..ambik singapore saja paling dekat..” dia siap tnya aku x derma ka?aku pulak yg blur2..dia cakap dia dah derma only rm400 to save the country..habis berborak aku buka fb rupanya tgh viral rakyat d srh derma utk tlg negara..ketinggalan sangat aku dgn isu semasa.ok sekian cerita aku utk hari ini.semua based kn true story yachh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2018 06:51 PM | Show all posts
Dah namanya ikhlas, so tak perlu lar ada mentor tu mendorong org ramai tuk menyumbang. Disamping itu harta rakyat dan negara yg dicuri pemimpin2 terdahulu haruslah dirampas kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jiji85 replied at 31-5-2018 05:20 PM
tadi aku radomly la bergurau dgn sorg public cina ni..dia cakap nak melancong..aku tanya nak melanco ...


Tengok la MOF sapa. Tu sebab Cina pun takda masalah sapot kaw2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 08:52 AM | Show all posts
oligraphy familia patut mulakan dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 09:56 AM | Show all posts
tabung harapan ni kan, memang sbnrnye permintaan rakyat? kerajaan pun tak penah paksa, tp rakyat je yg sukarela

aku speku fb mamat ni suma malay je sbb kt fb aku ramai non-malay share n viralkan satu surat nk hantar sumbangan kt kerajaan ni

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 10:42 AM | Show all posts
yup ramai jer yg dah start menderma....terharu dgn kemurahan rakyat malaysia...
yg paling ramai menderma non malays arr...aku sok sek dgn kwn2 non malays diaorg sekali derma
boleh tahan byk weii...tersipu2 aku...
maybe ada jugak dikalangan kita yg byk menderma cuma yerlaah derma diam2 tu kan lebih afdal...
x mustahil jutawan2 kita ada menderma cuma x heboh n viral jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 10:58 AM | Show all posts
Tabung Harapan Malaysia sudah mencecah RM7juta setelah 24jam dilancarkan. Sepuluh sen adalah daripada sumbangan hamba Allah ni. Syukurlah nak , asalkan ikhlas dan jangan lupa sebelum tu, pastikan dah menyumbang kepada ibubapa dan saudara kandung sendiri yang di dalam kesusahan. 👍
credit : Oh Media



tak kisahlahhh...janji ikhlas....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 31-5-2018 07:20 PM
Tengok la MOF sapa. Tu sebab Cina pun takda masalah sapot kaw2.

Kann,ini yg sebenarnya, sbb bangsa diorg yg pegang mof tu..nasib u yg tulis gini..kalau melayu yg tulis sure dicop racist,anti cina dsb..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 31-5-2018 07:20 PM
Tengok la MOF sapa. Tu sebab Cina pun takda masalah sapot kaw2.

mayb salah 1 sbb nya juga kot..tp waktu b4 ge byk nak mampus ummah jinjang ready nak pecut lari luar negara kalau bn still menang.skrg semangat patriotisme ummah cina tgh mencanak2 naik..siap tnya aku punya cadangan apa perlu gov buat dgn beg rossy byk2 tu.aku cakap buat mcm muzium marcos family nanti kalau nak tgk caj la entry fee.dia cakap aku bijak.sedangkan x tahu aku cedok idea budak forum ni juga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 12:28 PM | Show all posts
dari mana tau orka x derma?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 04:01 PM | Show all posts
yg banyak derma ni pun company2 besar. igt marhaen2 mcm kita ni kalau derma mau ke dapat sampai 30juta sekarang ni. l
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.077445 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list