CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1931|Reply: 1

Macam Ni Cara Nak Kurangkan Sakit Kepala Ketika Anda Berpuasa

[Copy link]
Post time 31-5-2018 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Salah satu masalah yang selalu kita hadapi semasa berpuasa ialah rasa pening kepala terutamanya di waktu petang. Hal ini terjadi kerana tubuh badan kita masih lagi hendak menyesuaikan diri dengan pola makanan yang baru. Jangan sampai sakit kepala ini mengganggu ibadah puasa dan aktiviti sehairan anda.


Terdapat juga faktor lain penyebab sakit kepala ketika berpuasa antaranya tertekan, kurangnya waktu tidur dan istirahat serta cuaca juga memainkan peranan untuk menyebabkan anda mengalami sakit kepala.


Foto: podrobnosti.ua



Berikut beberapa tip yang boleh anda lakukan supaya tidak merasakan sakit kepala semasa berpuasa.


Mengelakkan sakit kepala semasa puasa

1. Hentikan tabiat minum kafein semasa puasa sewaktu sahur atau malam hari


Mungkin ada antara kita merupakan peminum kopi atau minuman berkafein tegar. Pengambilan kafein di dalam bulan Ramadan boleh menyebabkan pening kepala. Ada baiknya anda menghentikan ataupun mengurangkan pengambilan kafein semasa berpuasa. Ia juga baik untuk kesihatan anda.


Foto: zuriat.my



2. Kawal kandungan gula dalam darah


Hipoglikemia ialah keadaan dimana kandungan gula dalam darah rendah. Ia juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Untuk mengelakkan sakit kepala, pastikan kandungan gula dalam darah anda stabil.


Bagi menstabilkan kandungan gula dalam darah, ambil makanan bergula secukupnya dan jangan pula makan secara berlebihan. Terapkan pola pemakanan yang betul dan sihat ketika anda berpuasa.


3. Rehat secukupnya


Kurang tidur atau rehat adalah salah satu penyebab anda berasa sakit kepala semasa puasa. Untuk mengatasinya, anda perlu cukupkan waktu rehat atau tidur anda. Berusaha untuk tidur lebih awal ketika malam hari atau tidur sekejap pada wakti siang dalam 20-30 minit. Jangan tidur siang terlalu lama kerana itu juga akan menyebabkan pening.


4. Jumpa doktor


Sekiranya anda mempunyai penyakit gangguan lain, segera maklumkan kepada doktor. Kerana bukan sahaja sakit kepala tetapi yang ada rasakan itu adalah simptom bagi penyakit lain yang anda alami. Bagi anda yang ada penyakit tertentu, sebelum menjalani puasa sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dengan doktor anda.


Itulah tadi antara tips bagi mengelakkan sakit kepala semasa anda berpuasa. Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sebaiknya agar ibadah puasa anda berjalan dengan baik dan sempurna. Insyallah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2018 08:17 AM | Show all posts
da 3 hari sakit kepala..
punca nya 2 malam yg lepas x bleh tido
tp mlm kelmarin n mlm td da boleh tido semula tp sakit kepala sampai ari ni x hilang pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.733530 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list