Kami yakin ramai pembaca di luar sana sukakan makanan Indonesia. Oleh itu kali ini kami ingin kongsikan resipi yang sedap dari tanah seberang iaitu Ayam Goreng Jawa. Cubalah!
Foto: Facebook Rasa
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam | bersihkan dan potong
1 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukupnya
Bahan kisar: Foto: Facebook Rasa
5 tangkai cili kering
1 sudu teh biji ketumbar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
1 batang serai
2.5cm lengkuas
2 sudu teh gula Melaka
Hiasan:
Capsicum pelbagai warna
Foto: Facebook Rasa
Cara-Cara:
1. Di dalam periuk, satukan ayam, santan, air asam jawa, garam, gula Melaka dan bahan kisar. Renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.
2. Asingkan ayam dari kuah. Rehatkan ayam selama 4 jam di dalam peti sejuk.
3. Gaul ayam dengan tepung beras dan goreng sehingga garing.
4. Hidangkan ayam dengan kuah tadi dan tabur hirisan capsicum pelbagai warna. Sedia untuk dinikmati.