CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2651|Reply: 12

[Tempatan] Kebun sayur dalam balai bomba

[Copy link]
Post time 2-6-2018 09:50 AM | Show all posts |Read mode
MARANG – Berkat berbudi pada tanah yang luasnya hanya sekangkang kera, sepasukan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai kini tersenyum puas apabila mampu menjana pendapatan.


Suraiti (kanan) meluangkan masa bersama pegawainya memetik bendi di kebun sayur dalam perkarangan balai bomba.

Malah pendapatan sampingan menerusi jualan hasil kebun sayur yang dijual di Pasar Wakaf Tapai itu turut dikongsi dengan pelatih 'istimewa' di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Wakaf Tapai.

Bahagian tepi bangunan balai bomba itu kini kelihatan menghijau dengan pelbagai jenis sayur antaranya kacang bendi hijau dan merah, kacang panjang, kangkung serta pokok pisang, nangka dan serai.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Suraiti Ariffin berkata, sebelum ini beliau menyarankan anggotanya agar menyahut cabaran menjadikan aktiviti pertanian sebagai mengisi masa lapang.

Menurutnya, projek itu kemudiannya dimulakan pada awal April lalu dan kini telah membuahkan hasil sehingga mampu menjana pendapatan untuk kegunaan kebajikan dan rekreasi anggota balai bomba itu.

"Tiga pasukan yang menyahut cabaran ini telah berjaya melaksanakan projek ini dengan menanam kangkung, cili hijau, bendi hijau dan merah, kacang panjang, nangka, mempelam dan pisang serta tanaman serai.

"Hasil dari pokok serai yang ditanam sebanyak hampir 60 pokok dan sayuran lain dijual di Pasar Wakaf Tapai membawa pulangan tunai kepada pasukan itu sendiri dan dikumpulkan dalam tabung pasukan.

"Dalam masa sama, hasil tanaman ini juga turut dikongsikan dengan anak anak (pelatih) 'istimewa' di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Wakaf Tapai," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Meskipun hanya berkebun secara kecil-kecilan, pulangan dikutip anggota bomba terbabit menerusi hasil menjual sayur juga agak lumayan dan mampu mengumpul wang jualan sebanyak lebih RM1,000.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 09:59 AM | Show all posts
Wah bagusnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah..smbil bam bomba standby on duty....baek lah berkebun ye tak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 02:59 PM | Show all posts
Awww...Sweetnya abam2 bomba. Kalau bukan siram air ke bangunan terbakar, pastinya siram air ke atas pokok2 sayuran yang kelayuan dek panas matahari...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Best kan boleh menanam makanan ni. Rajin abang2 bomba ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada jugak cite bkn politik.goodluck abam bomba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2018 07:17 PM | Show all posts
sehat2 tanamannya. syabas habang bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 05:28 AM | Show all posts
Off-topic. Aii cukup tak berkenan dgn uniform bomba sekarang. Dah mcm kueh kek lapis warna warni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2018 05:49 AM | Show all posts
aktiviti  sihat
duit pun salur ke tempat sepatutnya
idaklah nanti nak buat majlis kahwin anak pun guna bajet negara...ehhhh
family day boleh la meriah-merriah

jangan nanti ada netizen busuk ati claim bomba lambat sampai ke lokasi kejadian sebab bercucuk tanam

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 3-6-2018 05:28 AM
Off-topic. Aii cukup tak berkenan dgn uniform bomba sekarang. Dah mcm kueh kek lapis warna warni!

Ni adalah versi fruit cake..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 07:11 AM | Show all posts
shernazz replied at 2-6-2018 03:07 PM
Ni adalah versi fruit cake..


hahahaha ya tepat fruit cake!

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajinnya abang2 bomba. Dah tambah kesibukan tugas pula. Mungkin sebahagian aktiviti riadah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2018 07:38 AM | Show all posts
Ini baru Malaysia Baru, tak pemalas kan. Hebat abang bomba sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.279135 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list