CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4116|Reply: 27

PTPTN Tak Ada'Pokok Duit' Dik, Pandai Hutang Pandailah Bayar! - Netizen

[Copy link]
Post time 4-6-2018 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Betullah orang kata, 'Melayu mudah lupa'. Ia terbukti sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara di mana janji 100 hari berhubung penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dituntut oleh rakyat yang kebanyakannya terdiri daripada anak Melayu sendiri.








Dan kini, ramai bersorak riang sejak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan semua peminjam yang disenarai hitam dalam proses diputihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Perkara itu bagaimanapun, mencetuskan rasa kurang senang segelintir pihak yang memandang serius soal bayaran balik pinjaman PTPTN.

Baru-baru ini, pengguna Facebook dengan nama Azam Ajan meluahkan meluahkan perasaan marah secara terbuka menerusi video dimuat naiknya berhubung isu ini.






Azam menyifatkan mereka ini sebagai tidak sedar diri memandangkan tidak semua mahasiswa memperoleh keputusan cemerlang, tetapi berlagak bagus tidak mahu membayar hutang.

PTPTN tak ada pokok duit dik

"Cukuplah hutang negara mencanak sekarang ni. Mati pun sekarang kena beli lot tanah kubur. Tiada apa yang percuma zaman kini,"
katanya.







Rata-rata netizen menyokong pandangan Azam dan berharap agar semua peminjam dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan membayar semula pinjaman mereka.

"TPTN tu hutang ya. Pandai pinjam, pandailah bayar,"
komen netizen.








Bagaimanapun, segelintir netizen menyalahkan kerajaan yang kononnya memberikan harapan palsu dalam manifesto mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Namun, tak semua bersetuju dengan kenyataan itu.


Siapa yang berjanji nak mansuhkan PTPTN?







Masyarakat kita malas membaca


Foto: FB Azam Ajan




Ada betulnya juga apa yang disampaikan Azam itu. Ketika memohon, beriya berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Tetapi, bila sudah selesai pengajian buat-buat lupa. Malah, ada yang menuding jari kepada kerajaan kerana memberi 'harapan palsu'.

Adab meminjam wajiblah dipulangkan semula. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 12:28 PM | Show all posts
iols dah tengok bidio ni, scary betul muka kakak.. persis mak lampir..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu. Nak benda free, work for it. Dah hutang, bayar lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 01:59 PM | Show all posts
Mukanya tu buat orang malas nak dengar walaupun ada point yang ok
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:18 PM | Show all posts
yg kat vid tu seram tau x muka sheollss..aku teringat citer antu omputih ape tah tjuk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:18 PM | Show all posts
apsal kalo nk parody kena buat style pompuan sundel... ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2018 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Why kena make up macam tu?
Why kena berlakon jadi perempuan ?
Why perlu gunakan aksi wanita sebagai bahan lawak???
Kenapa nak ejek2 gaya perempuan..exaggerated gaya pompuan segala? Tak boleh ke elok2 je?
Dah xboleh nak dengar yg lain sbb rasa golongan gini selalu menghina wanita..

STOP JADIKAN GAYA PEREMPUAN SEBAGAI BAHAN LAWAK!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
amon_79 replied at 4-6-2018 02:18 PM
apsal kalo nk parody kena buat style pompuan sundel... ?

Itulah pasal..

Nak cakp isu ptptn..apa kaitan gaya pompuan sewel dgn ptptn gtu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 02:43 PM | Show all posts
Ngeri tengok muka pondan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:02 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 4-6-2018 02:31 PM
Why kena make up macam tu?
Why kena berlakon jadi perempuan ?
Why perlu gunakan aksi wanita sebaga ...

sokong... makin menjadi2 pulak golongan yang merendah2kan perempuan ni... nak membebel guna la cara lain...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 03:08 PM | Show all posts
I tak pernah setuju pasal tangguh bayar PTPTN ini.
Free education pun I tak setuju..
Orang Msia ni terutama Melayu terlampau selesa menadah tangan sampai malas berusaha.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:11 PM | Show all posts
ni jantan ka pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 4-6-2018 03:02 PM
sokong... makin menjadi2 pulak golongan yang merendah2kan perempuan ni... nak membebel guna la car ...

Itulah.. selalu jadikan perempuan sebagai bahan lawak.. pompuan ni bahan lawak dorg
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas belajar semua nak free. Jeng betul

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 07:04 PM | Show all posts
iols bayar jua min rm50 -rm200 time belum keje... lps keje bayar lebih. lps msuk ozzie trus bayar ribu2 tiap bulan. my priority hbskan ptptn loan dlm masa 12 bulan. syukur semuanya dah selesai in less than a year lps keje kat ozzie.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik.la korang ni...gov kasi can tangguh byr korang bising memekak,gov tarik balik manifesto tu korang kata gov tipu uturn pulak..eh xphm laa aku...lantak la korang...jnji aku bebas dr ptpn sbb cepat blah dr kolej swasta mncekik darah tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 234126 at 5-6-2018 04:30 AM

Pantang dengan orang yg tak bayar hutang. Bayar je seberapa mampu janji acc tu ‘gerak’ pastu dah keja few years ambik la duit epf tu bayar lump sum. Boleh je lump sum 2-3x pun sampai habis.

Adeeeeeee je alasannye xnak bayar kalau nak travel kemain laju kumpul duit, oh wait, ke hutang juge, hutang cc
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 4-6-2018 03:08 PM
I tak pernah setuju pasal tangguh bayar PTPTN ini.
Free education pun I tak setuju..
Orang Msia ni ...

Kalau bg tuisyen free pon dh malas nakndtg, ini pulak bg education free.alamat kelaut..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:24 AM | Show all posts
da berhutang bayar la oiiii..
hutang ni wajib dibayar tau takk...
x mampu bayar banyak byar la sikit2
lama2 habis jugak


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 5-6-2018 05:36 AM
Kalau bg tuisyen free pon dh malas nakndtg, ini pulak bg education free.alamat kelaut..

Sedih kan...
Mentaliti tak sedar diri.
Bila ditegur, kata kita menghina keluarga & keturunannya pula..

Huhuhu...
Kisah I pernah lalui berhadapan dengan anak keluarga miskin tegar tapi masih tak sedar diri lagi..
Dah bagi kemudahan, duduk hostel pun masih buat hal tak matang sampai kena buang hostel.
Bila di tegur, tak nak ubah ke hidup family?
Dicanangnya I menghina keluarga dia.

Eh... terOFF topic pulak
Sorry TT
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.222563 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list