|
|
Selebriti selalu menjadi mangsa bahan kecaman oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan apa saja perjalanan hidup mereka terutama sekali penampilan dan gaya hidup.
Media sosial menjadi medium paling penting untuk menghubungkan peminat dan artis kesayangan mereka. Di sini mereka akan dapat mengetahui aktiviti seni yang dilakukan setiap hari.
 Foto: IG Izara Aishah
Bagi Izara Aishah dia mempunyai pandangan berbeza tentang media sosial dengan menutup ruangan komen supaya tiada siapa boleh memberi maklum balas berkenaan hidupnya.
“Saya sudah pun tutup komen di Instagram saya @izaraaishahofficial lebih setahun lalu. Kalau ditanya sampai bila nak tutup, mungkin saya akan tutup selama-lamanya,” katanya.
“Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu apa pandangan netizen mengenai diri saya. Malah saya juga takut dan tak suka baca setiap komen melampau yang diberikan,” akui Izara kepada MH.
 Foto: IG Izara Aishah
 Foto: IG Izara Aishah
Izara merasakan dengan berbuat demikian hidupnya makin tenag dan bertambah bahagia.
“Sejak berbuat demikian, rasanya kehidupan saya lebih tenang dan bahagia daripada membaca komen yang bukan-bukan,” dedahnya pada MH.
Jika ada yang ingin memberi teguran, dia lebih suka mereka berdepan dengan dirinya bukan berselindung dengan akaun palsu di media sosial.
 Foto: IG Izara Aishah
“Kalau ada benda mahu ditanya, lebih baik tanya secara berdepan. Jangan berselindung di sebalik akaun palsu atau berani hanya di media sosial sahaja.
“Rasanya itu lebih baik,” kata Izara.
Cara Izara lebih baik sebenarnya. Bukan mudah untuk menjadi seorang artis. Apa sahaja yang dilakukan akan menjadi perhatian dan buah mulut orang. - CARI |
|