CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16704|Reply: 267

[Tempatan] Akhirnya Agong Perkenan Pelantikan Tommy Sebagai Peguam Negara Baharu

[Copy link]
Post time 5-6-2018 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 5-6-2018 10:34 PM

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Kuala Lumpur, 20 Mac, 2010 - Tommy ThomasGambar Zulkarnain Mohd
Tommy Thomas
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia," ujarnya.

Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

"Seri Paduka menitahkan bahawa baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam," katanya.

Baru-baru ini, Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong. - Bernama


DAULAT TUANKU..
Tahniah..
Terima keputusan dengan penuh hati terbuka...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 08:07 AM | Show all posts
I'm so depressed over this news..I think I just have to let go..to let go everything, my stance, my belief..and observe how things are working at per current and future.

So much in despair....

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
See, Agong perkenankan jugak. So sape yg tak berpuas hati sebelum ni boleh bergembira.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:13 AM | Show all posts
apa kaitan 20 Mac 2010 ..xfaham
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Daulat tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya pembangang aje yg dok menggelupur pasal agama dan bangsa..benda dh seal ikat mati dlm perlembagaan kot..tara baca ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2018 08:21 AM | Show all posts
moga sumuanya dalam keadaan yang baik & terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:22 AM | Show all posts
TM = 2    Sultan = 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2018 08:23 AM | Show all posts
selagi kita ada YDPA, usah risau pasal agama Islam dan Melayu...
kita masyarakat majmuk..
boleh ketepikan dah sentimen perkauman..

walaupun tau thomas ni sblm ni pernah buat keputusan kontrovesi..tak bermakna dia akan terus mengulangi kesilapan dia..dia pun sblm ni peguam yang cari makan dengan kes2 tertentu..
dan sekarang, dia mendapat mandat terbesar dari Kerajaan dan dibawah naungan YDPA.mesti dia akan buat terbaik lagi baik dari sebelum2 ni..
yang penting...dakwa penyangak duit secepat2 mungkin..
tangkap habis semua jerung2 besar yg bebas selama ni..
jangan kasi muka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Abisla itu bijan kena cukup2 nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 08:24 AM | Show all posts
aku pun cuba berfikir secara positif walopun pada awalnya menentang pelantikan thomas tapi apakan daya...
Tuanku dah membuat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:26 AM | Show all posts
dah takda lagi mulayu yg layak..pakaton sudah menang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:26 AM | Show all posts
Edited by Siti_Mustaqim at 5-6-2018 08:31 AM

Hmmm..rasa sebak ....mcm rasa betrayed dengan current leaders as well as previous leaders..malays in particular. Rasa macam dah tak nak dah ambil tahu...
segala tindak tanduk pemimpin merobek robek hati sebilangan rakyat..

sungguh sungguh menangis ni..aku yang tak pernah amik tahu hal politik kecuali kes Anwar..berapa kali air mata ni tumpah. Terima kasih pemimpin ku..terima kasih...terima kasih atas wayang dunia yang kau semua dah buat.

Tindakan kamu semua sgt terkesan di hati rakyat marhaen. Siapalah kami...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia ni pun kebanyakkan peguam2 yg hebat pun mmg byk dtg dr kalangan org india kan ke iols terlepas pandang ade loyer melayu muslim yg tak kurang tandingnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:30 AM | Show all posts
Ingat lagi tak Augustine Paul sebagai hakim kes liwat Anwar. Dia bukan melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:32 AM | Show all posts
baru la puak2 tu puji YDPA kannnn

kalau x mesti menyalak x hingat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
janji najib tumbang
#sistolongratibjer
#tobbywannabe
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:36 AM | Show all posts
Thomas pernah menjadi peguam untuk kes2 berprofil tinggi.  Ada sesapa boleh senaraikan kes yang dia menang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:36 AM | Show all posts
diperkenan pun mesti ada sebab.. di reject pun mesti ada sebab,...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2018 08:37 AM | Show all posts
haruslah replied at 5-6-2018 12:32 AM
baru la puak2 tu puji YDPA kannnn

kalau x mesti menyalak x hingat

angkut tetap angkut...jubake puak2 tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.990770 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list