Ramai wanita yang impikan teman lelaki atau suami yang memahami diri mereka dalam pelbagai perkara. Ia adalah salah satu kunci kebahagian mereka. Manakala seorang lelaki akan dianggap romantik, penyayang, dan bertoleransi sekiranya mampu melakukan perkara yang disukai oleh golongan wanita.
Seorang pengguna twitter bernama Adilamzln menaikkan status tentang seorang lelaki yang dilihat begitu asyik mencari jenama foundation terbaik melalui enjin carian google.
Dia yang kebetulan berada di premis yang sama tertarik dengan perbuatan lelaki tersebut dan berharap teman wanitanya menghargai usaha tersebut.
Setelah gambar lelaki itu tular di twitter, tunang kepada lelaki tersebut memberi respon pada status twitter wanita ini. Rupanya mereka akan berkahwin tidak lama lagi.
Bagaimana pun, ramai netizen yang mendambakan ciri-ciri seperti lelaki tersebut yang dilihat begitu gentlemen. Apa tidaknya, bukankah bahagia mempunyai pasangan yang tidak terlalu ego dan tidak segan untuk membeli barang-barang keperluan wanita.
Sebenarnya ramai lelaki yang sangat peka dengan barang-barang keperluan wanita dan membantu mereka membuat pilihan. Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mempunyai pasangan yang langsung tidak layan dan tidak pandai untuk membeli barang-barang wanita. Maka terimalah seadanya. Kan?
Netizen ini pula merasakan hal ini biasa-biasa sahaja dan tidak mencabar bagi seorang lelaki. Dia mencadangkan agar masuk ke Sephora seorang diri. Mahunya terpinga-pinga dan pening memilih produk yang ada di situ.
Bonuslah jika wanita mendapat pasangan yang gentlemen dan sangat memahami. Apa-apa pun, bagi orang lelaki, mereka tidak kisah untuk melakukan atau menunaikan permintaan pasangannya jika diminta. Setuju tak? - CARI
|