CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6720|Reply: 55

Perlu ke?

[Copy link]
Post time 7-6-2018 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by iboyrex at 7-6-2018 09:53 PM

Hai semua.
hari ni aku nak kongsi cerita sikit. dalam minggu lepas, aku dgn kawan aku (C) kena maki dengan 2 ekor kawan kiteorang (A& B)
punca dia dari si A ni (dia perempuan),
tah setan apa merasuk dia bulan2 pose ni pun aku tak tau lah.
sebab kawan aku yg C ni ada tanya
pasal something personal la hal perempuan. (aku lelaki okay hehehe)
dah meroyan si A ni, dia ajak pulak B (lelaki) maki C.

C cari aku explain everything dari a-z,
aku pun pergi whatsapp A & B tu dalam group tanya apa sal semua.
dah si B tu cakap yg C tu buruk2 kan dia sebab A  tu cakap macam tu.
padahal, C tu tak penah cakap apa pun pasal si B tu.
sebab kiteorg kalau baik buruk org tu better simpan diam2.
nak dipendekkan cerita, si B tu backup si A tu kaw2,
B maki kiteorg. kiteorg yg B dah berkawan 7 tahun!
B boleh blah dgn kawan yg B baru kenal 2 tahun! apa benda tu???!!!
yg heret B dalam masalah ni, si A tu! ikotkan B tu apa hal menyibokkk maki2 kiteorg pulak??!!

aku benggang lah ada jugak spesis macam gini hidup kat muka bumi ni.
kalau lah si A tu tau yg si B yg kononnya baik dgn A
sampai declare BFF tok nenek bagai tu mengutuk, mencaci & cakap belakang A,
baru padan muka si A tu! tapi C ni jenis yg biar kan lah apa lah.
perlu ke aku cakap kat si A tu perangai sebenar B
si jantan sotong tu??!!

sorry kalau pjg sgt cerita ni hahahaahhaa! kalau tak paham mintak maaf lah taip dalam keadaan benggang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang2 wechat la ni. Mmg x phm apa yg ko nk smpikan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 7-6-2018 06:33 PM
Gang2 wechat la ni. Mmg x phm apa yg ko nk smpikan?

Tak paham tak apa wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
biar je. dah sampai masa cari kehidupan sundirik. sampai masa kalau perlu dia teringat ko dia carilah dek oiii.

teruk nau ke laki tu, kalau ko cakap pun sekarang ni dia tak xcaya nye.. bff till jannoh khen tu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ce bagi nama A B C ke boleh tak tt? pening nak paham jantan betina ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 7-6-2018 11:52 AM
Ce bagi nama A B C ke boleh tak tt? pening nak paham jantan betina ni

Baru I nk suggest soh kasi nickname kat watak2 dlm story tt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 7-6-2018 07:52 PM
Ce bagi nama A B C ke boleh tak tt? pening nak paham jantan betina ni

Ye tak ye jgak hahahahaha... Aku tak terpikir.. nanti aku tukar
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dik, ni saya nak kongsikan cerita saya.

saya ada beratus kawan, di mana2 saya pergi saya ada kawan.dekat highway pon saya dapat kawan.tapi dalam beratus tu, hanya lima orang yang bergelar sahabat atau kawan baik saya.yang saya kenal semenjak kecil, yang saya kenal mereka semenjak remaja.ada yang berbelas tahun, ada yang berpuluh tahun.dan hubungan kami masih erat hingga kini.

di antara lima orang itu, dua darinya telah meninggal dunia.jadi tinggal lah tiga.dan ketiga2 ni dah berumah tangga, maka saya habiskan masa sendiri2.cuma terkadang tu keluarlah bersama2 mereka jika ada kesempatan, atau lepak dengan teman sekerja.di antara lima orang kawan baik saya tu, sorang dari mereka saya anggap macam darah daging saya.susah bersama, senang bersama.jangan ada berani cuit di antara kami, mesti salah seorang akan merentan.namanya....

Arshad atau Acad panggilan manjanya.Acad adalah salah seorang yang telah meninggal dunia yang saya nyatakan tadi.

nak dijadikan cerita kawan baik saya, Kutak namanya makin hari makin lain.saya dan Acad memang akrab dengan Kutak.memang lepak sama.banyak habiskan masa bersama2.dia dah jarang nak lepak dengan kami.kalau ajak pon ada je alasannya.perangai dia memang boleh bacalah.suatu hari tu saya call Kutak, "Kutak jom lepak doraisamy, minum".malam tu Kutak tunjukkan perangai sebenar dan bagi saya, dia bukan Kutak saya...

"macam ni la E____.aku sebenarnya malas nak lepak dengan kau, dengan Acad korang takde hasil.lepas ni kau nak cari aku ke, kau nak putus kawan ke terpulang".talian diputus.saya rasa macam dunia ni berhenti berputar walaupon saya bukan angkasawan.hati saya sedih bila mengenangkan sahabat baik tu, keluarkan ayat2 yang buatkan saya kaku seketika."dah kenapa Kutak?".saya bermonolog.

saya kenal Kutak lebih lama dari saya kenal Acad..saya kenal Kutak dari saya kecil.rumahnya berhampiran rumah arwah nenek saya di kampung baru.saya kenal arwah Acad ketika saya berusia 13 tahun, di sebuah flat di kuala lumpur.pada masa yang sama Acad memang kenal dengan Kutak sebelum ni.tapi kenapa Kutak sanggup berkata begitu??

malam tu saya pekena sup daging dekat area doraisamy dengan Acad.wah Acad betul2 hangin dengan Kutak, lepas saya ceritakan pada dia.kami tak tau apa puncanya sehinggakan Kutak bertukar watak cepat sebegitu.Kutak dah jadi harek.maka tidak bertemu Kutak.tidaklah lagi ketawa bersama.bergurau senda.

selang beberapa minggu, ada budak roger kami, rupa2nya Kutak kawan dengan tokan Sentul.selalu lepak kat flat columbia dan flat sri terengganu.Kutak dah jadi tokan Nospan aka Dextromethorphan aka Dextro iaitu dadah untuk mengubati batuk kering akut.kalau lebih dos, boleh tahan dinding.memang kami berdua maki hamun Kutak sepenuh hati.Kami maki Kutak bersungguh2 sehinggakan kami rasa, kami mempunyai ijazah dalam bidang maki2an.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pada malam itu arwah Acad ajak saya untuk ambush si Kutak.kami nampak kereta Kutak parking di bahu jalan berhampiran hotel Vistana bulatan pahang.dekat je dengan kediaman kami.Dia makan dengan seorang lelaki berambut panjang, dipercayai tokan tersebut di restoran cina Hokkaido(tak tau ada lagi ke tidak lama tak ke sana) bersebelahan hotel itu.

saya dan Acad tunggu kat area kereta Kutak.tak lama lepas tu, dia berjalan dengan lelaki tu sambil beriwak peyek depan kami.ketawa secara berleluasa gitu.riang ria rejoice hati Kutak.Acad mainkan peranannya.masih segar diingatan dialog Acad pembuka bicara.

"hei babi, kau cakap apa?nak putus kawankan?sebab aku dengan E___ xde hasilkan?last2 kau kawan dengan si sial ni."Acad betul2 langsi dengan Kutak.

"korang memang takde hasil pon, dah memang betul".Kutak merentan.

tidak semena2 arwah berlari menderu ke arah Kutak.ditapaknya muka Kutak.Kutak tersembam atas tar.selelas GEDEBAK, GEDEBUK, BUK, POW, TANG TANG, DUSYUM beberapa minit, keputusan memihak kepada Acad.arwah tidak lah besar, tetapi tinggi juga di samping mempunyai badan baka negro.liat kulitnya tidak mudah rebah dah berhati kering.muka Kutak suku pecah.orang sekeliling hanya memandang begitu juga driver2 teksi di situ.

"berapa lama kau kenal malaun ni?"Kutak senyap sambil menahan kesakitan.

"aku tanya berapa lama kau kenal malaun ni?"sambil bitch slap dihadiahkan ke muka Kutak.

"6 bulannnn",jawab Kutak.

yang menghairankan saya, kutu berambut panjang tu langsung tak berbunyi atau mahu menolong.mukanya biasa saja.kata KAWAN kan.saya pula?saya hanya bersandar pada EK9 saya sambil menghisap rokok.saya tak tahan sebarang kelakuan Acad ketika itu.saya ada sebab saya sendiri.tiba2, arwah Acad terus menurunkan zip jeans, lantas dia kencing ke muka dan badan Kutak.

"babi, apa ni.sial Acad!", Kutak menjerit.

"sekarang kau tengok, kawan baru kau macam budak bebal, berbunyi pon tidak nak tolong kau, tu kau kata kawan?".

Acad zipkan semula jeansnya, pergi ke arah saya, ya saya yang asyik tenung pada kutu tu, lalu kami pon beredar.

masa berlalu dengan pantas, Acad sekeluarga dipindahkan di flat desa rejang setapak, asbab flat yang kami tinggal hendak diroboh.saya membawa diri dan menyewa di tempat lain.parents pula beli sebuah rumah di area selangor.tetapi saya masih akrab dengan Acad cuma langsung tidak dengar khabar berita dari Kutak.

Hari itu .............. tiba2............



Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
take 5.minum air haussss.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 7-6-2018 10:10 PM
take 5.minum air haussss.

Tulis novel ke bang? Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
saya dapat panggilan dari Kutak.saya angkat panggilan tu sebab saya nak tahu apa yang terjadi pada Kutak selama dia dan kami membawa haluan masing2.

Kutak minta maaf pada saya, tetapi dia langsung tak bertanyakan khabar Acad.Kutak tersepit, dia pohon bantuan dari saya.dia tidak berkawan dengan tokan Nospan tu lagi.Kutak perlukan wang sebanyak RM1k atas sebab2 tertentu(maaf tidak boleh dinyatakan).saya ketika itu agak sengkek, dan pendapatan saya tidaklah seelok sekarang, dengan expenses saya, EK9 second hand buat hal buat saya berfikir untuk menolong.lagipon baki bank saya hanya 300 ratus ringgit ketika itu, sementara tunggu cukup bulan.saya minta no akaun Kutak(maybank).

saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan Acad.ketika berjumpa saya ceritakan pada Acad.Acad hanya diam, tak berkutik menghembus asap rokoknya di kedai mamak.lama dia berdiam....satu ketika dia mula bersuara.

"sabtu kau kutip aku, kita pergi maybank, aku bawak buku keluar duit masukkan kat akaun Kutak."tu jam bank buka ya hari sabtu, cuma tutup pada minggu pertama dan keempat.

"E____ kau janji jangan bagitau Kutak aku ada bagi duit."saya hanya menganggukkan kepala.

dipendekkan cerita walaupun tak berapa pendek.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 7-6-2018 09:09 PM
Baru I nk suggest soh kasi nickname kat watak2 dlm story tt..

Baru senang nak paham cite kann
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 7-6-2018 09:09 PM
Baru I nk suggest soh kasi nickname kat watak2 dlm story tt..

Baru senang nak paham cite kann
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 7-6-2018 02:30 PM
Baru senang nak paham cite kann


Baru paham cite tt sbb tt dah tukar ikut saranan u..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
So B ni lelaki sotong yg mulut puaka ke? Bagi i, u & C buat bodoh je lah.. sbb i percaya in the end org yg perangai busuk ni sooner or later terbongkar jugak perangai asal.. kalo u dok cite kat A psal B, nmpak u pulak jadi fire stone..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 7-6-2018 02:28 PM
saya dapat panggilan dari Kutak.saya angkat panggilan tu sebab saya nak tahu apa yang terjadi pada K ...

Boring nye cite u..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 8-6-2018 12:11 AM

pada 8 hb April 2008, Acad bertemu penciptanya.hari yang agak memilukan.hari yang buat saya termenung beberapa minggu.saya hadir sebagai sahabat kepadanya.saya cium Acad buat kali terakhir.saya baca yassin tak putus sebelahnya.saya ulang2 bacaan.sampai helaian yassin basah dengan air mata saya.

saya minta diri pada ibu Acad untuk keluar seketika untuk ambil angin.saya nampak kelibat Kutak di corridor rumah Acad.

"Kutak, datang kau ya, lama tak nampak, kau takut kitorang minta hutang ke?".saya sinis.

"eh tak aku jengah jap, aku tak boleh lama ni E___ aku keje."Kutak malu2 alang menjawab.saya terus panas mendengar ayat2 Kutak tu.

saya terus tarik Kutak menuju ke tangga/staircase.saya kena berterus terang dengan Kutak.kena berterus terang....

sampai je di tangga, saya terus menghadiahkan penumbuk secara percuma di bibir Kutak.pecah bibirnya.rebah dia di tembok tangga.

"kau tau tak Kutak, duit yang kau mintak tu aku cuma bagi seratus je.lagi 9 ratus Acad yang bagi!!!"saya menjerit.

Kutak tersentak.saya melihat mata Kutak dah berair.kami senyap seketika.yang hanya kedengaran bunyi angin sahaja.Kutak teresak2 menangis dan saya hanya memandang ke dinding tangga.hmm....

selesai solat zohor.arwah Acad dikebumikan di taman bunga raya setapak.Kutak terus called bos dia untuk minta emergency leave.kami berdua turun ke liang lahad kebumikan jenazah sahabat yang tercinta.jenazah abang saya.abang saya dunia akhirat....saya dan Kutak minta baju arwah dekat mak Acad.kami simpan baju tu sampai hari ni.baju yang Acad suka pakai, hari dia meninggal ada pada saya.kadang2 saya terlalu rindu pada Acad.saya menangis seorang diri.saya pakai baju Acad.saya cium baju Acad.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iboyrex replied at 7-6-2018 09:43 PM
Ye tak ye jgak hahahahaha... Aku tak terpikir.. nanti aku tukar

Much better

Pada pendapat iols, tt tak payah lah bgtau kat A perangai B cemana.. nanti A ingat tt nak buruk2kan B pulak. Biar je A sendiri yang find out or tahu pangai B dari orang lain.. gituhh

I tot jejanz ni takde cakap2 blakang tapi since tt mention B is jantan sotong so it all makes sense now
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi di sini dik.apa yang saya kongsikan tadi.saya harap adik dapat ambil ikhtibar dalam cerita YANG BORING ni.biarkan kawan tu dengan apa yang dia kehendaki.doakan dia baik2 saja.jangan sebab yang sedikit, semua kebaikan dia selama ni  awak ketepikan.beralah lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.075344 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list