KUALA LUMPUR, 7 Jun ― Datuk Seri Najib Razak menyifatkan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu tindakan “balas dendam”. Dalam kenyataan di Facebook hari ini, bekas perdana menteri berkata “siasatan terhadap saya sebenarnya bersifat dendam politik.” Selain itu, beliau juga akan membuka pejabat untuk menjalankan urusan peribadi dan memudahkan orang ramai bertemunya. Dua kali memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diminta. Najib turut mengumumkan bertanding pemilihan parti dengan mempertahankan jawatan ketua bahagian Umno Pekan. “Kita kena bangkit dan masa untuk bersedih telah berlalu. Kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan Umno, agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno. “Oleh itu, ahli Umno hendaklah kuatkan semangat, perkukuhkan ketahanan diri untuk terus menyuburkan dan memulihkan Umno,” katanya. Mahu menyambut Aidilfitri di Pekan, Pahang, beliau menyifatkan waktu ini sebagai masa yang bernilai untuk bersama keluarga terutama anak-anak dan cucu kerana terlalu sibuk dengan urusan negara selama ini.
Adakah Tok Jibby nih masih in-denial atau dia memang berpura-pura tak bersalah sehingga disabitkan bersalah ????? |