CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8228|Reply: 71

[Tempatan] [Edisi Mana Ko Nak Lari] Australia hantar pulang Sirul

[Copy link]
Post time 8-6-2018 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by laksmanabentan at 8-6-2018 11:30 AM


Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan






Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Putrajaya untuk mengekstradisi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar kembali ke Malaysia, lapor Guardian. Kerajaan Malaysia baru-baru ini menghubungi pihak berkuasa Australia memohon agar Sirul dibawa balik ke Malaysia, laporan tersebut memetik sumber di Putrajaya.

Rancangan itu diberi lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya, menurut sumber itu. Pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada rakan sejawatannya di Australia bahawa Sirul akan menerima pengadilan yang saksama apabila kembali.

Malaysiakini sedang cuba mengesahkan berita ini dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC). Dipercayai Sirul, akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan. Sirul telah disabitkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dari Mongolia.
[size=1.25em]

Keputusan untuk kembali ke Malaysia menunjukkan kemungkinan kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula kes Altantuya. Pada tahun 2015, Sirul dan rakannya Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan Altantuya pada tahun 2006.

Kedua-duanya ialah pengawal Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjawat timbalan perdana menteri. Azilah kini sedang menunggu hukuman mati di penjara, tetapi Sirul melarikan diri ke Australia tiga tahun lalu untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.


Kerajaan BN sebelum ini tidak memohon perintah ekstradisi terhadapnya, memetik undang-undang Australia yang tidak mengiktiraf hukuman mati. Tuntutan membuka semula kes Altantuya muncul selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14. Pada 19 Mei lalu, Sirul memberitahu Malaysiakini dia bersedia pulang ke rumah untuk membantu kes itu jika dirinya menerima pengampunan penuh.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia. Beliau juga menyeru diadakan perbicaraan baru "yang jelas telus".




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2018 11:31 AM | Show all posts
Agak2 mamat ni sempat balik ke Malaysia ker?
Belum sempat balik Malaysia, tetiba kena tembak ker... kena bunuh ker...
perhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:48 AM | Show all posts
Baguslah jika berita ini bener. Ianya menunjukkan kepercayaan Australia terhadap Attorney General yang baru (yakni mereka tahu AG baru ini ada integrity punya orang).

Orang yang biasa dengan cara AG's Chamber berkerja semua takajut apabila Razak Baginda punya acquittal dulu tidak di rayu oleh Pendakwaraya dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Jika berita ini bener, semoga kebeneran akan timbul.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:48 AM | Show all posts
akhirnyeeee...yessss
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ha
Crita bersiri tul kisah Jibun
Selagi tak sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya mkn pop corn selori smpai thn dpn ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Razak baginda tu ada lg ke kat malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:59 AM | Show all posts
oiii x sabonya nk tunggu kes ni dibuka semula..

razak baginda, najib razak...siap sedia laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 12:02 PM | Show all posts
semakin menarik nii...
x sabo nak tunggu ending nya apa yg sebenar benar nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2018 12:04 PM | Show all posts
Razik Baginda tu da duduk London kan...
boleh ler pulak dia tenang2 kat sana..

boleh ler dia siap2 packing beg balik mesia lepas raya ni ya Razak Baginda...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:06 PM | Show all posts
taksabar nak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua yg terlibat ada kaitan dgn najib kan
Rupanya dua orang pengawal.peribadi najib eh..
Tuya plak setiausaha sulit kan..
Hai laaa najib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:10 PM | Show all posts
i masih kabur lagi
macam mana sirul ni boleh lari eh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:11 PM | Show all posts
jeng..jenggg....bongkar lagiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:12 PM | Show all posts
dia ada peluang lagi x utk larikan diri sebelum dihantar pulang?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:13 PM | Show all posts
Baru dua minit yang lalu di sidang medianya YAB Tun Mahathir semasa menjawab soalan wartawan mengatakan "Sirul will not come back because he will be hanged if he comes back."

Dan begitu jugaklah fahaman Maideen bahawa Australia tidak akan menghantar pulang Sirul jika dia akan menghadapi hukuman gantung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2018 12:23 PM | Show all posts
Maideen. replied at 8-6-2018 12:13 PM
Baru dua minit yang lalu di sidang medianya YAB Tun Mahathir semasa menjawab soalan wartawan mengata ...

yup because australia will never extradite to country with capital punishment, but berita ni dah berleluasa deen. maybe ada sesapa dah bagi guarantee that he won't be hanged? jgn sirul bunuh diri sudah sebelum di hantar pulang, he is not looking forward to life behind bars
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 12:49 PM | Show all posts
Edited by Arry at 8-6-2018 12:52 PM

yg iolss tau, RB ada diMalaysia masa election hari tu... pastu dua tiga hari lepas election nak cabut balik London... dah naik flight katanya... kene escort turun dari katerbang... itulah cerita yg iolss dengar dari gossip kelas atasan ye... bukan dari makcik bawang dan pakcik bawang
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 01:02 PM | Show all posts
Nanti kjaan PH nak abolish hukuman mati. Maybe ramai yg dijatuhkan hukuman gantung selamat dr hukuman ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 01:04 PM | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 8-6-2018 12:23 PM
yup because australia will never extradite to country with capital punishment, but berita ni dah b ...

Did someone tell - or rather gave a guarantee to - Australia  that the King will pardon him and he will therefore, not be hanged? (Btw, did you know that the correct past tense for hang is hung tapi lawyers tak tahu tu? Prrrrrrrrrrpffftght )

Ntahlah Shin......kita tunggu dan lihat.

Some facts yang Shin mungkin nak tahu juga ialah Wong Kian Kheong adalah classmate isteri Razak Baginda di Universiti. Wong telah graduate dengan 1st Class Honours dan memang seorang  brilliant lawyer. Yang Arif  Dato Wong Kian Kheong sekarang adalah seorang hakim di Mahkamah Tenggi.

Semasa isteri Razak, Mazlinda (pernah menjadi majistret) meminta Wong Kian Kheong mewakili Razak, Wong adalah seorang rakan kongsi di firma tetuan Lee & Hishamuddin. "Hishamuddin" di situ adalah Hishamuddin bekas mentri pertahanan kita. Pendapatan Wong di firma Lee & Hishamuddin sangat sangat lah lumayan tetapi beliau telah keluar dari firma itu (disyaki diatas sebab rakan kongsi lain tidak mahu dia terlibat dalam kes political) untuk menolong Mazlinda.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.411624 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list