Sebelum ini, DSV bersama dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak menghadiri sebuah rakaman program raya dalam rancangan PopTV yang bersiaran di ntv7 bagi mempromosikan lagu terbarunya iaitu Lavida Raya.
Ramai netizen terhibur dengan persembahan selebriti undangan lain bersama keluarga DSV terutama Kacak.
Bagaimanapun, netizen bagaikan 'mata-mata' hebat yang cepat menangkap sesuatu yang tidak kena di mata mereka dan dalam hal ini, Cik B menjadi mangsa kerana dikatakan memakai busana ketat selain dikatakan tidak memakai pakaian dalam.
Menurut DSV, Cik B terpaksa mengenakan solekan untuk menjayakan penggambaran selain menerangkan kepada orang ramai bahawa Cik B memakai baju dua lapis, bukan seperti tuduhan orang ramai.
Walaupun ruangan komen dibanjiri kecaman, namun masih ada segelintir netizen tidak putus-putus memberikan kata semangat kepada Cik B.
Malah, dua selebriti terkenal tanah air turut memberikan kata dorongan buat anak kesayangan DSV itu.
Cik B masih kecil
Bagaimanapun, beberapa pihak tidak bersetuju dengan cara DSV yang dilihat agak memaksa anaknya untuk melakukan sesuatu yang tidak digemarinya memandangkan Cik B baru menginjak usia remaja.
Biarlah Cik B menikmati zaman kanak-kanaknya dahulu
"Kesian Cik B. Jangan jadikan anak sebagai bahan lawak orang, Datuk.
"Jangan terlalu didedahkan anak macam tu, kesian dia nampak tertekan," komen netizen.

Foto: IG DSV
Betul juga tu DSV. Cik B baru nak mengenal dunia, biarlah dia mencari identitinya dahulu. Tetapi jangan biar dia terlalu bebas tanpa pemantauan orang dewasa. - CARI