CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5481|Reply: 41

[Jenayah] Bijan kantoi lagi....kontraktor ntah apa2

  [Copy link]
Post time 10-6-2018 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Didakwa lulus projek solar RM1.25b tanpa tender terbuka

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa meluluskan projek tanpa tender terbuka pemasangan bekalan tenaga solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion pada Januari lepas.

Memetik laporan Sarawak Report, projek itu dianugerahkan kepada syarikat sewa kereta di Bintulu dan mendakwa Najib melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan.

“Najib didakwa menandatangani dua surat pada Julai 2016 dan November 2016, bagi membolehkan syarikat itu mendapatkan kontrak kerajaan,” kata laporan itu.

Laporan itu turut mendedahkan, kakitangan Kementerian Pendidikan yang membangkitkan kebimbangan mengenai projek tersebut dipindahkan dan semua laporan polis dibuat mereka diabaikan pihak berkuasa sebelum PRU14 yang lalu.

“Kakitangan Kementerian Pendidikan yang membangkitkan kebimbangan mengenai kawalan kualiti projek berkenaan dipindahkan, laporan kepada polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga diabaikan sehingga pilihan raya lepas,” dakwa laporan itu.

Projek berkenaan sepatutnya disiapkan dalam tempoh 18 bulan berlanjutan sehingga tiga tahun dan sehingga kini tiada kerja-kerja pemasangan dibuat.

www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/didakwa-lulus-projek-solar-rm1-25b-tanpa-tender-terbuka-1.844643
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tugas baru utk pencacai....defend our boss...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 06:36 PM | Show all posts
masa dia jadi defence minister tak ada orang nak korek korek ker?

owh dia orang prefer korek TDM punya salah jer..  
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 07:18 PM | Show all posts
Projek solar kerajaan berbillion-billion tapi tak guna solar panel made in malaysia pun sedangkan malaysia antara pengeluar solar panel. banyak company solar setup kilang kat sini.  betulke? kenapa?
orang dlm industri selalu bercerita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 07:31 PM | Show all posts
Progress payment ikut time-line dan bukan stages of completion juga ka? Prrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 10-6-2018 06:36 PM
masa dia jadi defence minister tak ada orang nak korek korek ker?

owh dia orang prefer korek T ...

Jangan bimbang...Itu sudah diurus bang..
Madey sendiri rasanya yg gitau, ada 3 kementerian yg kena audit habih habisan, atasss sekali mindef....silap2 audit kang sapie bedal pun kena heret sekali, lama pokcik tu duk situ jadi deputi jibun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
najib najib najib owh
buat sesuatu seolah jadi pm sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut pon dgan pendedahan2 sebegini. Tpi nnti cacai akan defend jua jilat jua kahak lendir pemimpin mereka. @mogey @JohnnySins @kemaruk @lkick2113 @tobby @akusukaq @rashiman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Bintulu silap2 berkait dgn YB tiong.. Bintulu rasanya ada satu kilang buat panel solar. Tp takde pun guna panel tu. Yg dia org supply kat Sarawak selalunya dr China dan jugak germany. Byk masuk dekat PRU. Terlepas PRU pun byk. Bukan utk sekolah tp utk projek luar bandar
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 09:08 PM | Show all posts
Kehkehkeh ... pada April 2017, sebanyak RM130,000,000.00 telah dibayar kepada syarikat ini dan sampai sekarang satu hapah pon belum di buat lagi.....

Maideen~Bila Pendekar Bugis buat bisnis....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena cek juga projek yes... tiang2 pencawang kt setiap sekolah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 10:33 PM | Show all posts
bak kata @tobby didakwa, disyakki, mungkin, tu semua tu fitnaaahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 11:40 PM | Show all posts
Jepak Holding Bintulu
selama nih tender sewa bas utk staff MLNG jah, tiba2 dpt tender pasang panel solar rega berbilion2.
tauke bisnes kecil2an jd tycoon sekelip mata. harap melingkup lah kompeni ko lepas nih. sial punya orang. biar mereput sama2 dgn najib dan rosmah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 01:46 AM | Show all posts
EKSKLUSIF |  Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 menganugerahkan kontrak secara terus dengan melantik sebuah syarikat untuk projek hibrid solar di 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Pendedahan ini ditemukan dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini yang juga menunjukkan tender kontrak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.

Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula meneliti projek hibrid solar RM1.25 bilion di Sarawak yang dianugerahkan pada Januari 2017 oleh kementerian pendidikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli politik tempatan.

Syarikat itu terlibat dalam perniagaan sewa kereta dan dimiliki oleh ketua timbalan bahagian yang dikaitkan dengan parti pemerintah di Sarawak.

Malaysiakini difahamkan PMO menerima dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes itu pada 1 Jun lalu. SPRM dan Kementerian Pendidikan kemudiannya memulakan siasatan terhadap perkara itu juga.

Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir turut menyentuh projek hibrid solar ini dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

"Ada sebuah syarikat yang sepatutnya membekalkan tenaga elektrik ke sekolah dan peruntukan lebih daripada satu bilion diberikan kepada syarikat ini. Syarikat ini tidak melakukan apa-apa tetapi mereka telah mengutip wang dari kerajaan.

"Tidak ada apa-apa yang dilakukan di atas tanah, tiada satu perkara yang dibuat, kami akan mengambil tindakan terhadap organisasi seperti ini," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Menteri Pelajaran mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai isu ini.

Kementerian pendidikan telah melantik syarikat dari Sarawak itu pada Januari 2017 untuk membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar dan membekalkan janakuasa elektrik untuk 369 sekolah luar bandar.

Dalam dokumen bertarikh 5 Januari 2017, Najib menulis nota mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk menyediakan surat perjanjian dan pemberian kontrak secara langsung kepada syarikat itu.

Pengecualian prosedur standard

Pada 19 Mac dan 22 April 2017, Najib mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk meluluskan bayaran awal sebanyak RM130 juta atau 9.81 peratus daripada jumlah nilai projek bernilai RM1.25 bilion.

Kemudian pada 19 Julai 2017, bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid juga menulis kepada Najib untuk memohon pengecualian dari prosedur perolehan projek itu.

Melalui setiausaha peribadinya, Najib mengarahkan setiausaha bahagian perolehan Kementerian Kewangan untuk memberikan pengecualian daripada prosedur perolehan standard kepada syarikat itu.

Kemudian pada 30 Mac tahun ini, Jabatan Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan menghantar sepucuk surat kepada syarikat untuk menuntut penjelasan sebab-sebab ketiadaan kerja-kerja yang telah dibuat pada tahun lepas semenjak kontrak itu dianugerahkan pada tahun 2017.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan pengesahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 10-6-2018 10:33 PM
bak kata @tobby didakwa, disyakki, mungkin, tu semua tu fitnaaahhhhhh

Kalau ada penyelewengan heret saja ke mahkamah.  Jgn lupa masa zaman PM ke 4, TUN jadi menteri kewangan dan anak kesayangan Tun dapat projek rundingan terus dari GLC bernilai ratus2 juta.  laporan itu melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 11-6-2018 07:04 AM
Kalau ada penyelewengan heret saja ke mahkamah.  Jgn lupa masa zaman PM ke 4, TUN jadi menteri kew ...

Jadi...dia buat tak kontrak tu? Ada terbengkalai mcm yg di sarawak ni..payment masuk time based atau work done based?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2018 07:15 AM | Show all posts
Carilah kakitangan kementerian pendidikan tu, biar depa buka mulut mcm Syukri setelah lama 'didiamkan'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu masa najib announce bajet tiap tahun i tak percaya langsung..dah tahu ke mana kebykan duit tu pergi
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 08:13 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 11-6-2018 07:08 AM
Jadi...dia buat tak kontrak tu? Ada terbengkalai mcm yg di sarawak ni..payment masuk time based at ...

klu ada bukti penyelewengan segeralah buat pendakwaan. tak perlu menteri buat PC tiap2 hari.  kisah mukhriz dapat direct tender beratus2 juta masa bapak dia jadi PM & Menteri Kewangan itu memang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 08:27 AM | Show all posts
golongan org sokong PH adalah org yg kecewa sbb perkara di bawah;
1. tak ada kerja lepas belajar - cakap kerja tak ada padahal dia yg memilih kerja
2. tak nak bayar hutang PTPTN - sesungguh Allah melaknat org yg tidak membayar hutang
3. kontraktor yg tak dapat projek - padahal memang tak layak, tengok lah lepas PH memerintah mereka dapat projek kah tidak...
4. tak kayo kayo, tapi dah berlagak kayo - padahal usaha tiada, asyik duduk starbuk cerita politik, nak aku tengok lepas PH memerintah mereka ini kaya kah tidak atau sama shj..
5. Nak kerja gaji besar - padahal SPM pun tak pass
6. kecewa nasib tak baik mcm org lain- minta lah dgn Allah, bukan salahkan org lain atau kerajaan, perubahan dari dalam diri sendiri..
7. perniagaan tak menjadi - apa kau fikir nak kaya senang..semua org berkerja keras...org punya senang kau nampak, dia punya susah berusaha engkau mana nampak...
8. tak dapat kahwin sbb duit tak ada - kalau dah tak ada duit, tak ada kerja, buat apa kahwin?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.209585 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list