CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 1

Satu juta kenderaan dijangka masuk Serambi Mekah

[Copy link]
Post time 12-6-2018 10:19 AM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU - Dianggarkan lebih satu juta kenderaan perantau akan masuk ke Kelantan sempena perayaan Aidilfitri bermula malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, semua kenderaan itu masuk melalui tiga laluan utama iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

“Perantau pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan bersama sanak saudara serta sahabat handai. Justeru harus diingatkan kepada pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu.

“Memandangkan aliran trafik dijangka meningkat sebanyak satu juta kenderaan sepanjang musim perayaan ini, maka kebarangkalian kemalangan juga akan bertambah,” katanya pada Majlis Pelancaran Op Selamat 13/2018 di Lebuhraya Pasir Mas-Salor, Bandar Baru Tunjong, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Din Ahmad; Timbalan Setiausaha Kerajaan, Datuk Adnan Hussin; Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datin Dr Selasawati Ghazali dan Pengurus Lamar Gallery, Mohd Izuddin Che Ariffin.

Hasanuddin berkata, pengguna jalan raya perlu berhemah, bersikap positif dan lebih penting mempraktikkan sikap hormat-menghormati di atas jalan raya.

“Semua pengguna tidak sabar untuk tiba di destinasi masing-masing, oleh demikian mereka tidak boleh mementingkan diri sebaliknya perlu bersabar dan bertolak ansur bagi mewujudkannya suasana jalan raya yang selamat.

“Analisis menunjukkan sikap dan kecuaian adalah punca utama kemalangan jalan raya. PDRM dan agensi lain sentiasa menekankan sedaya upaya, namun soal keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab dan bergantung pada pengguna,” katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2018 11:28 AM | Show all posts
beremut mcm ulat taik  dok merantau, serupa warga indon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.761294 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list