CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3393|Reply: 5

Kerja Asyik Nak Meniru Je, Proton Malas Nak Mampus - Amran

[Copy link]
Post time 13-6-2018 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Sebaik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan cadangan memulakan projek kereta nasional baharu, pelbagai respon disuarakan rakyat termasuk figura politik.








Masing-masing dengan pendapat sendiri sama ada positif mahupun negatif. Hingga kini, rata-rata cenderung memandang negatif cadangan berkenaan.


Sehubungan itu, laman Facebook Amran Fans menyuarakan harapannya terhadap kereta nasional baharu yang bakal dikeluarkan agar tidak akan mengamalkan konsep 'copy and paste' seperti sebelum ini.






"Ramai yang kata, 'alah, buat kereta nasional pun bukannya rakyat bangga. Beli Wira dia ubah suai jadi Evo, beli Inspira dia ubah suai jadi Lancer'.

"Bang, dah Proton keluarkan kereta yang boleh diubah suai, memanglah ramai yang akan ubah suai. Inilah kesilapan Proton, malas nak mampus. Kerja tahu nak copy paste je.

"Kesimpulannya, jika mahu rakyat berbangga dengan kereta nasional ni senang je. Berhenti keluarkan kereta copy paste. Buat body sendiri, tapi dalam masa sama reka bentuk nak kena kemas, enjen nak kena mantap," katanya.


Rata-rata bersetuju dengan pendapat Amran dan meminta Tun M agar menumpukan kepada penambahbaikan pengangkutan awam.




Tak payah membazirlah Tun








Bagaimanapun, ramai juga yang masih menyokong produk keluaran Proton selain menyifatkan pembeli lebih memilih jenama berbanding rupa.

"Tengok Nissan Almera, hodoh pun orang beli juga sebab jenama 'Nissan'," komen netizen.








Sementara itu, segelintir netizen membandingkan kenderaan keluaran Perodua dan Proton dari segi harga pasaran dan penggunaan minyak petrol.








Dalam pada itu, beberapa pengguna menyelar tindakan segelintir netizen yang gemar bersungut di laman sosial.

"Cuba pergi kelas industri automotif, mesti kau menyesal buat posting macam ni," komen netizen.




Foto: FB Amran Fans




Setiap keputusan yang kita ambil ada akibat baik dan buruknya. Nak puaskan hati semua orang memang susah. Bagaimana pula dengan anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2018 11:37 AM | Show all posts
nak buat R&D memerlukan kos yang besar, sbb tu malaysia just amik je design luar, tu la len kali kaji dan banyaK memnbaca jgn tahu hembur je,
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Start dari Gen 2, sume adalah design sendiri..
Engine Campro pun buatan malaysia sepenuhnya.

Persona, Preve, Suprima semua ni proton generasi baru yg dh boleh berdiri atas kaki sendirik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 06:15 PM | Show all posts
kesian budak2 amran ni lol.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure: Start dari Gen 2, sume adalah design sendiri..Engine Campro pun buatan malaysia sepenuhnya.Persona, Preve, Suprima semua ni proton generasi baru yg dh ...


Tak jugak. Gen2 copy wheelbase direct dari wira aeroback. Cuma tambah lotus handling, lincah sikit la. Tapi first model still lembab. Power high end takde. Low end pun xde. Tekan minyak kereta xnk pergi mcm kita nak, macam kereta2 lain.

Nak canggih sangat drive by cable, tapi ade lag. Nak hebat sangat pakai ecu siemens bdo tapi ecu keras kepala tak bole nak ajar self learning kekdahnya. Xnak pakai rocker arm, nak pakai shim konong lagi bgus tapi rpm xleh cecah 8 pun. Starting 110hp on paper, on dyno sekitar 90hp sajork. Bygkn 1.6 tapi xcecah pun 150hp. Bile upgred enjin, kos modified lagi mahal dari main enjin jepun.

Belum masuk bab ketahanan, crashshaft asik patah. Hose oil turbo asik bocor. Suis aircond menggila.

Kalu tak sebab kereta nasional, mgkin kereta import tak mahal
Nak tolong survival punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Campro mentekedarah minyak. Rnd malaysia ni lemah. Duit takde kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.188159 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list