CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seek1u

[Copy link]
Post time 29-8-2006 03:08 PM | Show all posts
:dia: Malaysian Artists unite!  

:dia: Salah Satu Artist dari Malaysia! -comic-neko

:dia: Salah Satu Artist dari Malaysia! -animenifesto

:kunyah: Artist komik Malaysia -gndagnor

:kunyah: Golongan Artist Malaysia yang Pro

Memang banyakla orang Malaysia kat sini... dan semua berbakat :ting:

Yang aku tau pun segelintir jer

Have Fun :love:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 11:43 PM | Show all posts
Thanks Iaye...

lawa2 karya seni dlm tu...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:44 PM | Show all posts
mcm2 ada......
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by Iaye at 29-8-2006 00:31
:nyorok: *takut*

Oleh disebabkan board ni bertemakan ARTS ,

Iaye nak bagi satu website yang penuh ngan golongan artist (macam-macam ada)

Website ni kita boleh uploadkan hasil seni kita

...


Been there few times..
Aku suka sbb depa mmg very supportive to one another
my fav is  Sue Anna Joe,
rasanya kat situ dia pakai nick lain kot
tak sure



Reply

Use magic Report

myB This user has been deleted
Post time 12-9-2006 06:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 09:51 AM | Show all posts
Abadikan budaya Melayu
Oleh: ZAWIYAH BABA

MENERIMA buku sebagai hadiah sememangnya menyeronokkan jika membaca menjadi kegemaran penerima. Lebih-lebih lagi jika buku yang dihadiahkan atau diberi sebagai cenderamata sesuai dengan minat dan cita rasa penerima. Buku yang dihadiahkan oleh pengarangnya sendiri mempunyai keistimewaannya oleh kerana penerima dapat tumpang gembira kejayaan penulis menerbitkan karyanya.

Sebagai penerima hadiah buku Rupa dan Gaya: Busana Melayu, saya bukan sahaja gembira dan berasa beruntung, tetapi amat bangga dan kagum dengan kualiti buku yang berjaya dihasilkan Azah Aziz. Sesiapa saja yang melihat dan membaca buku ini akan sedar bahawa karya seperti ini hanya dapat dihasilkan dengan usaha dan keringat yang terdorong oleh cinta dan komitmen mendalam terhadap tugasnya.

Bentuk fizikal dan kulit buku mewah yang dihias gambar persalinan gemilang Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Melayu yang masyhur memberi gambaran hidangan tulisan dan hiasan gambar warna-warni mempesonakan dalam kandungannya. Merah tua merupakan warna pilihan kulit buku dan pelbagai jenis warna merah mendominasi gambar tekstil dan pakaian Melayu yang menghias buku ini. Pembaca akan mengetahui sebabnya apabila membaca bab Warna Mengerna di mana dijelaskan bahawa merah memang menjadi warna kesukaan orang Melayu semenjak dahulu kala.

Terdapat 30 jenis warna merah atau kemerahan yang disebut dalam hikayat, pantun, gurindam dan syair Melayu. Namun warna yang paling agung dalam budaya Melayu ialah warna putih dan kuning seperti mana dinyatakan dalam karya agung sejarah Melayu.

Dibandingkan dengan buku-buku mengenai tekstil, batik atau busana Melayu terdahulu, buku yang mengandungi 376 muka surat ini adalah yang paling lengkap. Ini tidaklah menghairankan kerana minat dan kepakaran penulisnya dalam bidang ini memang diakui.

Beliau turut terlibat sebagai penyumbang atau penasihat projek buku berkaitan pakaian dan tekstil Melayu, di samping pertunjukan atau pameran busana Melayu semenjak beberapa dekad yang lalu. Malah Azah bukan sahaja seorang yang pakar tetapi juga pengumpul dan pemelihara busana tradisional Melayu.

Sebahagian daripada gambar hiasan adalah koleksi beliau sendiri. Penghayatan mendalam yang diilhamkan oleh ibunya sendiri, Allahyarham Azizah Jaafar berputik sejak beliau masih gadis dan telah sebati dengan jiwanya. Nama Azah Aziz kini sinonim dengan budaya dan busana Melayu.

Keistimewaan buku ini bukan sahaja dari segi gambar hiasan yang mewah dan menarik, akan tetapi teksnya juga turut mempesonakan di samping memuatkan pelbagai fakta dan penerangan yang informatif. Bahasa buku ini dimurnikan lagi dengan petikan ungkapan yang bersesuaian dan indah dari sumber teks Melayu lama. Petikan yang tepat berjaya mengilustrasikan keindahan busana Melayu pada zaman dahulu kala. Ia juga membuktikan kewujudan dan pemakaian busana indah di kalangan masyarakat Melayu sejak berkurun lalu.

Selain ibunya sendiri, minat dalam sastera Melayu telah diasah dan didorong pula oleh Pak Za抌a, Pendeta Melayu, semasa Azah bertugas sebagai setiausahanya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura. Masyarakat Melayu amat beruntung kerana Azah memilih kerjaya sebagai wartawan di samping meminati budaya dan sastera Melayu. Keunggulan buku ini terhasil dari latar belakang dan pengalaman Azah yang luar biasa lagi unik ini.

Buku ini mengandungi 12 bab dan merangkumi bidang perkara busana Melayu secara komprehensif. Pelbagai jenis tekstil atau kain indah yang menjadi pakaian Melayu dihuraikan dalam bab Kain Ini Kain Nan Indah, termasuk kain Kimkha, Dewangga, Cindai, Limar, Pua Kumba, Pelangi, Batik, Tenunan, Bugis, Punca Potong dan Songket serta himpunan kain berhias.

Bab ini mempunyai banyak gambar hiasan yang paling indah. Kain sarung, pakaian Melayu lelaki dan perempuan serta kanak-kanak diabadikan dalam bab khas Abadinya Kain Sarung. Menurut penulis, orang Melayulah bangsa yang utama berbudaya kain sarung sehinggakan kebanyakan kamus mendefinisikan kain sarung sebagai pakaian orang Melayu.

Bagi melengkapkan busana Melayu, buku ini turut membentangkan hiasan dan alatan atau aksesori yang dibuat dan dipakai dalam dunia Melayu dalam bab Hiasan dan Alatan.

Hiasan khusus bagi rambut panjang pula diceritakan dalam bab Mayang Mengurai. Dalam estetika budaya Melayu rambut yang cantik ialah rambut yang panjang, lebat dan berkilat serta berwarna hitam seperti arang atau hitam pekat seperti 慸akwat tumpah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2007 07:58 AM | Show all posts

Rujukan Internet

1.1        Laman Grafik Power        

http://www.grafikpower.com

1.2        Laman Planet Photoshop
       
http://www.planetphotoshop.com/

1.3        Laman Digital web magezine
       
http://www.digital-web.com

1.4        Laman Communication Arts       

http://www.commarts.com

1.5        Laman Majalah HOW       

http://www.howdesign.com

1.6        Laman Principles of Graphic design       
       
http//wwwmundidesign.com/presentation/index2.html.

1.7        Laman Destop publishing       

http://wwwdestoppub.miningco.com

1.8        Laman Graphic Art Monthly       

http://www.gammag.com/index.html

1.9        Laman Head North Graphic

http://www.headnorth.com/graphic.html

1.10        Laman Pedidikan Seni Visual       

http://www.geocities.com/hasmoli/

1.11        Laman ABC Typography
       
http://www.planet-typography.com

1.12        Drawing Materials and Drawing Technique a Guide and Glossary

http://www.nyu.edu/classes/miller/guide/contets.html

1.13        Visual Tingking:   Sketchbooks from the Archives of American Art:

http://archivesofamericanart.si. ... etchbk/sketchbk.htm

1.13        Coloured Pencil Web Board:

http://venus, beseen. Com/boardroom/t/17045

1.14        Senarai pelukis-pelukis lukisan:

http://www.alltheinternet.com/Top/Arts/VisualArts/Drawing/

1.15        Seattle p-i. com :       

http://seattlep-i.nwsource.com/visualart/

1.16    fineArt forum resourcedirectory :  

http:www.msstate.eduFieartOnlineart-resources
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 08:59 AM | Show all posts
Alperson, Philip. Editor. Journal of Aesthetics and Art Criticism. United Kingdom: Blackwell Publishing Inc. www.temple.edu/jaac

Brown, Ian Findley, editor.  Asian Art news. Hong Kong. ISBN: 0-73361-64610-1.  www.asianartnews.com.

Artnews. USA. ISBN: 0-73361-64607-1.  www.artnewsonline.com

Britton, Stephanie.  Art Link. Australia: Finsbury Printing. ISBN: 00206010677124. www.artlink.com

Alperson, Phillip, editor. Journal of Aesthetics and Art Criticism. UK: Blackwell Publishing Inc. www.temple.edu/jaac

Acret, Susan & Claire Armstrong. Art Asia Pacific. Australia: Fine art Publishing Pty Ltd.  www.artasiapacific.com

Coyne, Patrick, editor. Communication Arts.  California: Coyne & Blanchard, Inc. www.commarts.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 12:13 AM | Show all posts
ni blog member aku. dia suka tulis pasal performing arts

http://daribawahbayu.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 06:17 PM | Show all posts

GAPENA - Gabungan Penulis Nasional

Menyedari perlunya kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penting yang melibatkan  penulis, penulisan dan kesusasteraan, maka persidangan wakil-wakil persatuan penulis yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1970 sebulat suara bersetuju menubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) sebagai penjelmaan cita-cita dan sikap penulisan dengan Perlembagaan yang tertulis.



http://www.ujanailmu.com.my/gapenaorganisasi.cfm
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 01:14 AM | Show all posts

arts from Labuan

nak tengok arts dari labuan.. jom ke

http://ilhamseninusantara.com.my

renungi keindahan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 12:02 PM | Show all posts

Kartun di TV semakin terpesong?

PERNAHKAH anda duduk di depan kaca televisyen selama 30 minit untuk menonton sebuah siri kartun. Tidak kira ia animasi produk luar negeri yang mengekal bahasa asal atau yang diterjemahkan ke bahasa Malaysia?

Mungkin anda akan merasa janggal jika menonton kartun yang sememangnya program yang sinonim dengan alam kanak-kanak yang penuh imaginasi dan fantasi.

Secara keseluruhan para penonton program-program kartun di televisyen adalah kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun yang benar-benar belum mampu berfikir dengan matang.

Jika menonton sebahagian siri kartun di televisyen, anda sebenarnya akan terlibat dalam persoalan yang rumit tanpa disedari. Generasi muda kita bukan sahaja menjadi sebuah produk konsumerisme tetapi juga terdedah dengan gejala sosial.

Contoh yang paling mudah misalnya, kartun-kartun produk Jepun yang dialih bahasa ke bahasa Malaysia menggunakan istilah-istilah yang sama sekali tidak mendidik. Anda tentunya akan sentiasa mendengar kata seperti 憈ak guna
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 07:38 PM | Show all posts

Telefilem dan drama bersiri bukan karya seni?

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_03.htm

BERKEMBANGNYA telefilem dan drama bersiri yang mengisi kaca televisyen di negara ini turut menimbulkan pertanyaan adakah telefilem dan drama bersiri, sebuah karya seni?

Pengarah Pusat Teori, Budaya dan Masyarakat Amerika Syarikat, Mike Featherstone dalam bukunya Consumer Culture & Postmodernism (1991) melontar satu pandangan yang sangat menarik.

Beliau menegaskan apa yang terjadi dalam dunia pascamoden, muncul kekaburan yang besar antara batas-batas seni, kebudayaan, iklan dan kapitalisme yang menjurus kepada eksploitasi kehidupan masyarakat.

Sekali lagi masyarakat adalah objek konsumersime hingga mereka terpaksa menerima apa yang ditawarkan. Aspek kualiti dan nilai adalah perkara kedua.

Pemilik modal telah meletakkan kebudayaan bersama-sama dengan sistem ekonomi, perundangan, institusi-institusi sosial dan media massa.

Di Malaysia, kemunculan syarikat produksi, pengarah, pelakon, naskhah, industri muzik, stesen televisyen dan penonton mengukuhkan lagi perkembangan drama (baik yang bersiri mahupun tidak) di negara ini.

Tema dalam kedua-dua genre itu tidak banyak berbeza. Kisah cinta remaja di pusat-pusat pengajian tinggi (IPT) dan beberapa gejala sosial yang kadang-kadang agak jauh daripada realiti.

Lebih malang lagi ada unsur yang tidak logik terutama dalam drama bersiri. Antaranya seorang lelaki yang boleh terbang dan berjalan menembusi dinding bangunan.

Watak-wataknya? Ia menampilkan watak utama hero yang bodoh-bodoh alang tetapi mempunyai kebolehan yang luar biasa. Begitu juga heroin yang turut mempunyai karakter yang sama.

Oleh itu, jika melihat sejumlah drama televisyen, wajarkah kita menganggap ia merupakan sebuah kerja seni yang boleh dihidangkan kepada masyarakat termasuk generasi muda?

Ia juga belum mengambil kira penyiaran drama yang berunsur seram, hantu dan syaitan yang mempunyai cukup ramai penonton.

Featherstone berkata, televisyen telah menjadi perhatian sejak alat itu dicipta pada penghujung abad ke-19. Memang tidak ada media lain yang menyamainya dalam jumlah teks budaya popular yang dihasilkan.

Televisyen turut menyediakan ruang eksperimen yang besar bagi pengkaji ilmu sosial untuk meneliti persoalan teks dan hubungannya secara langsung dengan penonton serta kebudayaan.

Banyak hal yang harus difahami dari program-program televisyen termasuk aspek sosio-politik serta hubungan dengan pola budaya yang ditawarkan kepada penonton.

Malah, masyarakat turut dipersembahkan dengan karya plagiat daripada drama-drama Barat atau Amerika Latin yang kadang-kadang agak melucukan serta tidak sesuai.

Anda pernah terfikir untuk melihat lima pendekar yang diadaptasi daripada Hang Tuah lima bersaudara berketurunan India dan Cina? Mereka bersilat dengan seni mempertahankan diri Melayu. Bukan silamban atau kung fu.

Kita tidak pernah tahu apa alasan ada watak bukan Melayu dalam lima pendekar tersebut. Sedangkan teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah jelas menunjukkan kesemua lima pendekar Melaka itu berketurunan Melayu.

Mungkin alasan pengarahnya ialah masyarakat majmuk di negara ini. Tidak salah sesebuah karya sastera ditulis hasil daripada interpretasi teks sejarah ke dalam wacana sastera.

Penulis Faisal Tehrani misalnya menginterpretasi fakta kejatuhan Melaka di tangan Portugis dalam novel 1515 dari perspektif yang sangat kontras. Bukan Melaka yang dijajah sebaliknya Portugal ditawan Melaka diketuai pahlawan Melayu bernama Nyemah Mulia.

Namun, persoalan-persoalan seperti lima pendekar tersebut kadang-kadang melucukan dan mewajarkan kita bertanya adakah drama televisyen kita mengutamakan seni atau sebaliknya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 07:41 PM | Show all posts

Sasterawan Negara bukan sekadar penulis

Oleh Azman Ismail


A. Samad Said.
--------------------------------------------------------------------------------

PERKEMBANGAN semasa dalam semua aspek yang melanda negara ini terpaksa meletakkan para pengarang bukan sekadar penulis atau deklamator semata-mata. Ia lebih jauh daripada itu.

Antaranya sebagai individu yang bertanggungjawab memperjuangkan maruah bahasa Melayu, mempertahankan kesusasteraan dan memperbaiki kepincangan-kepincangan sosial melalui ketajaman pena.

Tanggungjawab tersebut menjadi lebih besar kepada seseorang penulis yang bergelar Sasterawan Negara. Mereka tidak sekadar memperkayakan khazanah sastera tetapi memperkukuhkan hegemoni bahasa Melayu itu sendiri.

Apalah erti gelaran Sasterawan Negara jika hanya berdiam diri ketika bahasa dan sastera Melayu semakin terpinggir oleh sikap dan pandangan sempit sebahagian masyarakat kita.

揜amai yang menyangka bahawa sasterawan tidak langsung mempunyai sikap atau pendirian terhadap isu seni dan budaya bangsa. Padahal realitinya tidak begitu.

Warisan

揌anya segelintir kecil dan khusus yang tahu bahawa Sasterawan Negara sebenarnya tidak bisu; sekurang-kurangnya saya tidak bisu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 08:33 PM | Show all posts

FKRM 2007 serlahkan seni budaya tempatan

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_02.htm

Oleh ABD. AZIZ ITAR

USAHA Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) menganjurkan Festival Kesenian Rakyat Malaysia (FKRM 2007) yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur (KL) dari 20 hingga 23 November lalu patut diberi pujian serta galakan.

Ini kerana, menerusi FKRM 2007 dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara itu, para peminat seni budaya tempatan termasuklah pelancong asing dapat menikmati pelbagai seni budaya warisan bangsa rakyat di negara ini.

Festival yang telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri KeKKWa, Datuk Wong Kam Hoong pada 20 November lalu di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, KL itu mampu membuka mata ramai para pencinta seni dan budaya dari seluruh dunia.

Sebabnya selama ini, ramai yang mungkin tidak mengetahui tentang wujudnya pelbagai warisan seni dan budaya yang telah mewarnai masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Contohnya, tarian joghee yang popular di Pulau Pinang, kesenian randai (Negeri Sembilan), muzik gabang (Sabah), tarian Saba (Terengganu) dan persembahan makyung (Kelantan) dan kesenian Mek Mulung (Kedah).

Kesemua jenis seni kebudayaan itu masih popular dan terus diwarisi oleh masyarakat Melayu di mana ia biasanya akan dipersembahkan ketika tibanya acara-acara rasmi di setiap negeri masing-masing.

Itu belum termasuk persembahan seni dan budaya masyarakat bukan Melayu seperti kaum India, Cina, Iban, Bidayuh, Murut, Bajau dan suku-suku kaum Orang Asli yang lain.

Masyarakat India di negara ini misalnya, mempunyai pelbagai jenis tarian klasik seperti bharathanatyam, oddissi, kathak, mohini attam, kuchipudi dan dandia ras.

Sementara itu, seni persembahan kaum Cina seperti drama tari Liu San Jie yang popular di kalangan penggemar opera Cina juga dipersembahkan pada FKRM 2007.

Kesemua acara yang berlangsung selama empat hari itu diadakan di beberapa lokasi di sekitar KL seperti di Pusat Pelancongan Malaysia, Panggung Bandaraya, Pasar Budaya dan Berjaya Times Square.

Setiap persembahan yang diadakan secara percuma itu berjaya menarik ribuan pengunjung terutama para pelancong asing yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kepelbagaian seni dan budaya rakyat negara ini.

FKRM 2007 yang bertemakan Seni Tradisi Khazanah Bumi Merdeka itu mempunyai objektifnya yang tersendiri selain merancakkan sektor pelancongan negara.

Antara objektif festival itu ialah menyemarakkan aktiviti kesenian tradisional pelbagai kaum, meningkatkan kefahaman intergrasi, mendedahkan para penggiat seni budaya serta menjadikan KL sebagai Pusat Kegiatan Seni Antarabangsa.

Selain seni persembahan, turut diadakan sepanjang FKRM 2007 ialah Pameran Seni Budaya Tradisional, Bengkel Kesenian Tradisional dan Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 11:59 PM | Show all posts
nak tau info pasal teater masuk sini

http://mekarbudaya.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 11:02 AM | Show all posts
Edit


[ Last edited by  dilaOHdila at 12-10-2008 09:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 07:22 PM | Show all posts
*NOTED

[ Last edited by  dilaOHdila at 20-12-2008 11:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 07:22 PM | Show all posts
:@

[ Last edited by  dilaOHdila at 20-12-2008 11:46 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.221593 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list