Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
135792
View
127
Reply
seek1u This user has been deleted
Post time 10-6-2004 02:07 AM | Show all posts |Read mode
(merged:nicknickeyboy, Iaye)

aku cadangkan buat satu sticky pasal website2 seni di m'sia..cth cam lukisan ke ,

arca ke, seni tari ke..budaya ke..bla bla..hehe..baru la kira board ni promote

culture kat m'sia ni

kalau boleh FOKUSKAN pada LOCAL saja..

[ Last edited by  fleurzsa at 15-3-2007 09:03 PM ]
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
 Author| Post time 10-6-2004 04:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
 Author| Post time 10-6-2004 04:56 AM | Show all posts
lupa lak..ni aku ada jumpa salah satu website pasal potret yg banyak hasil karyanya


http://www.norhashimah.com/publicentrance.html
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2004 06:16 AM | Show all posts
Link utk semua pusat kraf di Malaysia.


http://www.kraftangan.gov.my/





ps... waaaa sedihnyer... banyak link pasal seni n budaya kat komputer lagi satu... tapi page utk website tak boleh bukak.... ym boleh lak... masuk virus kot...

[ Last edited by fleurzsa on 20-6-2004 at 01:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 07:47 AM | Show all posts


http://www.kakiseni.com/






http://www.artcorridor.com/index.asp

[ Last edited by fleurzsa on 15-5-2005 at 11:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2004 03:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2004 06:48 AM | Show all posts
KOLEKSI LIRIK LAGU MELAYU, IMNOGMAN

http://liriklagu.com/liriklagu/LirikLagu.html
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2004 06:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2004 04:33 PM | Show all posts
{E-Art ASEAN Online}


http://free.freespeech.org/eartasean/index.html


Malaysia Tourism Centre
http://www.mtc.gov.my/ENG/CALENDAR/Event.asp



http://www.badanwarisan.org.my/

[ Last edited by fleurzsa on 9-10-2004 at 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2004 04:44 PM | Show all posts

Info Seni & Budaya

Rimbun Seni - Bermanfaat kepada penggiat

Utusan Malaysia

Sudah sewajarnya bagi para penggiat dan peminat seni mendalami ilmu seni secara teori dan praktikal terutama untuk mengukuhkan lagi pemahaman dan kecintaan mereka terhadap seni budaya negara.

Pada masa kegiatan penganjuran seperti kursus jangka pendek mendapat sambutan di kalangan para penggiat dan jabatan kerajaan, proses dan kegiatan seperti ini perlu dilihat sebagai saling melengkapi dalam usaha menggalakkan kegiatan kesenian dan kebudayaan di negara ini.

Lantaran itu kursus jangka pendek Rimbun Seni anjuran Kelab Teater Kota Kuala Lumpur (KTKL) baru-baru ini perlu digalakkan pada masa akan datang.

Kursus seperti ini penting dalam memberi kefahaman dan penghayatan yang lebih baik dalam bidang kesenian dan pengurusannya disebabkan tidak semua penggiat dapat mengikuti kursus jangka panjang seperti di Akademi Seni Kebangsaan atau di institusi-institusi pengajian tinggi awam.

Salah seorang penceramah kursus, Rosminah Tahir berkata, kursus jangka pendek yang diadakan setiap hujung minggu seperti Rimbun Seni amat berfaedah, khususnya kepada para remaja.

Menurut beliau, kursus tersebut bukan saja berfaedah kepada perkembangan dan pembangunan seni, tetapi menyediakan ruang kepada para remaja menghabiskan masa dengan cara lebih berfaedah.

Sementara itu Leftenan Komander Ramlah Mohammad. Noor, 40, memberitahu, beliau dan beberapa anggota bawahannya dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mengikuti kursus Rimbun Seni untuk menambah ilmu dan pengalaman.

Jelasnya, kursus yang diikuti amat bermanfaat sesuai dengan peranan beliau dalam Badan Kesenian TLDM dan bercadang untuk menghantar anggotanya untuk mengikuti kursus seumpama itu pada masa akan datang.

Menurut Shanmugan a/l Sathiyanandan, 19, walaupun kursus yang diberikan hanya peringkat asas, ia merupakan permulaan yang baik dan berkesan bagi orang baru sepertinya.

``Ketika saya mendalami bidang teater, saya berpeluang mengetahui tentang muzik dan banyak perkara dalam seni,'' jelas beliau yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat tahun depan.

Pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Yanti Irwani Haron, 25, berkata, beliau mengikuti kursus Rimbun Seni untuk mendalami bidang muzik dan seni suara yang diminati.

Ujarnya, antara aspek seni suara yang dipelajarinya ialah cara pernafasan dan kawalan vokal, bermain alat muzik dan cara membuat persembahan.

``Sebelum ini saya tidak pandai bermain alat muzik. Sekurang-kurangnya dengan mengikuti kursus ini saya sudah boleh bermain gitar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2004 04:48 PM | Show all posts

Persepsi kejahatan manusia dalam Rashomon

Utusan Malaysia


Faridah Merican dan Joe Hasham (depan) bersama para pelakon dan tenaga produksi Rashomon.

BERSANDARKAN kepada filem pengarah Jepun, Akira Kurosawa, Rashomon, Faridah Merican membawa kisah di sebalik kejahatan manusia ke atas pentas teater.

Tertarik dengan filem yang melonjakkan nama pengarahnya, beliau memberikan dimensi dan pemahaman baru di sebalik tragedi dan kisah manusia di atas pentas.

Persoalannya kelak, bagaimana beliau mengangkat Rashomon di atas pentas tanpa dibayangi oleh kehebatan pengarah Jepun, sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dibayangi oleh Rashomon dalam filem Semerah Padi.

Walaupun pernah mementaskan naskhah yang sama sebelum ini, tugas mengarah teater ini tetap menuntut sesuatu daripada Faridah selaku pengarah.

Beliau mengakui hakikat bahawa keadaan pentas yang lebih besar di Istana Budaya berbanding di dewan pementasan di The Actors Studio turut memberi perubahan kepada teater tersebut nanti.

Perubahan tersebut termasuklah pertambahan watak-watak tambahan dan juga pergerakan serta penguasaan ruang lakon oleh watak-watak.

Malah beliau turut menggunakan sepenuhnya kemudahan dan kemampuan teknikal Panggung Sari dan petugasnya untuk mempersembahkan babak hujan.

Teater Rashomon pastinya akan menyajikan kepada khalayak pertembungan nilai baik dan jahat yang dibuat berdasarkan persepsi yang pelbagai.

Ia memaparkan suatu pertembungan nilai bagaimana suatu tindakan atau perbuatan ditafsir sama ada oleh pelaku dan orang lain sebagai saksi.

Tentunya tafsiran paling mudah ialah apabila seseorang yang melakukan jenayah seperti rogol dan membunuh dianggap sebagai penjenayah yang bersalah dan sewajarnya menerima hukuman.

Persoalan dan polemik dalam teater ini ditimbulkan oleh pertikaian apakah pelaku jenayah benar-benar bersalah atau sebaliknya lantaran para saksinya mempunyai persepsi masing-masing.

Rashomon merupakan karya adaptasi Joe Hasham daripada cerpen Ryunosuke Akutagawa yang menampilkan para pelakon seperti Ramli Hassan, Merissa Teh, Aris Ratos, Lee Swee Keong, Caeser Chong dan gan Hui Yee.

Tenaga produksi pementasan selama 10 hari (mulai esok) ini antara lainnya terdiri daripada Bernard Goh, Deborah Tee & Hands Percussion (muzik), Mac Chan (tata cahaya), Cinzia Ciaramicoli dan Shingo Tokihiro (pakaian) dan Caeser Chong (pereka set).

Tiket-tiket berharga RM35, RM55, RM75 boleh diperolehi di The Actors Studio@Bangsar Shopping Centre (talian 03-20940400/1400) atau mel elektronik ticjet@theactorsstudio.com.my atau Box Office Istana Budaya di talian 03-40255932.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2004 04:50 PM | Show all posts

Kuala Lumpur dalam cat minyak

DUNIA realiti dan tafsiran kreatif memberikan persepsi yang berlainan apabila ia diterjemahkan dalam bentuk karya berupa seni lukis.

Perbezaan itu juga menjadi kekuatan kepada sesuatu karya kerana seniman bertanggungjawab memberikan sentuhan kreatifnya untuk memberikan daya tarikan kepada realiti nyata.

Tentunya, andaian ini menepati kreativiti Chong Hon Fatt apabila beliau memberikan tafsiran visual baru kepada pemandangan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Pengalaman hidup sejak lahir yang bergelumang dengan suasana hiruk-pikuk kehidupan kota besar ternyata tidak menjadikan kreativitinya berada pada tahap beku, sebaliknya, menggerakkan suatu daya naluri untuk memberikan perspektif lain.

Ternyata beliau berjaya menggunakan kekuatan kreatif pada gaya catan dengan teknik alla prima dengan berkesan dan meyakinkan.

Pemandangan lazim di kota raya, bangunan pencakar langit, bangunan lama era sebelum perang dunia, laluan yang sibuk manusia dan gerai-gerai yang menjadi tumpuan ramai menjadi pengisi visual yang amat tipikal.

Malah karya-karya beliau yang bersifat spontan itu memberikan kesan visual yang langsung menyatakan pengaliran kreativiti yang bersifat fasih.

Karya Hon Fatt juga menyatakan keindahan terdapat di kota-kota besar walaupun ianya persekitaran ciptaan manusia, suatu yang kontradik dengan keindahan yang dikaitkan dengan alam semula jadi.

Tidak sekadar bauran rasa nostalgia, keindahan kreatif beliau juga akan menjadi peringatan apabila persekitaran bandar berubah mengikuti perkembangan zaman.

Kekuatan sebenar karya beliau terletak pada hubungan intim seniman dengan persekitaran bandar yang membesarkan dan mematangkannya serta kemampuan mengaplikasikan kreativiti di atas kanvas dengan gaya catannya sendiri.

Pameran Street Scenes of Kuala Lumpur sedang berlangsung sehingga 30 Jun ini di NN Gallery, 53A & 56, Jalan Sulaiman 1, Taman Ampang Hilir, Ampang. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-42706588 atau melayari laman web www.nngallery.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2004 01:33 AM | Show all posts
Moving to Indonesia
Art & Culture of Indonesia



http://www.escapeartist.com/indonesia/art.html
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
 Author| Post time 20-6-2004 07:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
 Author| Post time 20-6-2004 07:20 AM | Show all posts
aku pelik la za...nape thread ni tak buat sticky..so..camane nak jd reference..;)


http://www.geocities.com/ezatul_cute/pagea11.html
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2004 07:24 AM | Show all posts
Fuyoo, ada nama manja lah, cute gitu aku dengar ko panggil dia za. hihihi, aku rasa kalau nak stickykan, kumpul sebanyak link yg ada, kemudian buat thread baru, dan kat sana cuma kasi link dan closedkan thread tersebut. New contribution hendaklah dibuat kat thread nie....
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
 Author| Post time 20-6-2004 07:41 AM | Show all posts
hahhaha :lol


pasal kalau tak sticky , bila ada topik baru , topik ni lama2 akan tertolak ke

bawah..so camane nak jd panduan, kalau sticky , akn dia akan kekal kat atas..kan

senang..tu yg aku cadangkan tu..hehe..untuk kebaikan seni dan negara..:bgrin:

sekian, terima kasih:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2004 07:49 AM | Show all posts
hihi kat thread tu kasilah link ke thread ini untuk memberi sebarang tambahan baru.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2004 12:06 PM | Show all posts

Utk pengetahuan sema forumners...

Anda digalakkan utk berkongsi apa2 link mengenai seni dan budaya di sini.

Anda juga boleh berbincang di thread ini.  Bagaimana pun saya akan delete perbincangan2 kosong di sini dr semasa ke semasa.  Harap jangan marah la ye...

Kita lebih kurang je udah la...


Terima Kasih..
Love u all :nerd:

[ Last edited by fleurzsa on 21-6-2004 at 12:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090836s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list