Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
135793
View
127
Reply
Post time 7-5-2005 01:58 PM | Show all posts

Seni budaya dipulihara

``Kesemua aktiviti yang dirancang itu akan dilaksanakan di semua daerah kecuali aktiviti skala besar yang merupakan acara kemuncak selain memerlukan prasarana lengkap di TBN'' - Chua Tek Lui

Oleh ABDUL HALIM YAACOB

Matlamat kerajaan mahu mendekatkan kegiatan seni budaya dengan masyarakat setempat, wajar dipulihara. Sehubungan itu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah (JKKWNK) telah mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Budaya Negeri (TBN) Alor Star, Kedah baru-baru ini.

Pengarah JKKWNK, Chua Tek Lui menjelaskan pihaknya telah menyenaraikan tidak kurang 20 aktiviti seni budaya yang akan dilaksanakan dengan kerjasama badan-badan sukarela yang berkaitan di negeri itu.

Menurut beliau, setakat ini, Festival Nang Thalung dan Manifestasi Bangsawan 2005 telah diadakan di TBN pada Februari lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 02:02 PM | Show all posts

Keluarga seni - Di bawah satu galeri

Oleh ANI AWANG


NORAZMAL menunjukkan lukisan siri Black Area, mengetengahkan lukisan abstrak asperimental yang boleh dilihat daripada beberapa sudut.
--------------------------------------------------------------------------------

MENYEDARI memiliki bakat seni adalah anugerah yang tidak wajar disia-siakan, Datuk Mohd. Yusoff Jaafar, 58, tidak pernah melarang anak-anaknya melibatkan diri dalam seni lukis.

Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak ini boleh berbangga kerana hasil dorongannya itu, ketujuh-tujuh anak-anaknya kini bersatu di bawah satu galeri yang diberi nama Golden Palette (M) Sdn. Bhd., di Subang Square, Subang Jaya, Selangor.

Anak-anak beliau, Nurhayati, Nurhidayah, Nursyuhadah, Nurfahana, Nurazmal, Nursalihin dan Nursyuraya berkemahiran dalam lukisan menggunakan cat air, minyak dan akrilik.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 02:11 PM | Show all posts

Karya pelukis muda - Tidak dipinggirkan

Oleh ANI AWANG


Lima pelukis dari kiri Hairudin Nasir, Azmi S.H., Nur Azmi Mokhtar (duduk), Azmi Aris dan Khairul Azuwan Ishak pada pameran Art Through The Heart di City Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

PAMERAN seni tampak di ibu kota Kuala Lumpur sejak beberapa dekad lalu memberi tumpuan kepada paparan karya-karya pelukis veteran berbanding dengan karya pelukis muda.

Pun begitu tidak bererti karya pelukis muda dipinggirkan. Malah karya-karya mereka diakui dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan seni tanah air.

Baru-baru ini pelukis muda diberi peluang tampil mempamerkan seni tampak untuk mengisi Tabung Institut Jantung Negara (IJN)

Pameran Art Through The Heart di City Square, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghimpunkan kira-kira 63 karya catan dan lima arca oleh 22 orang pelukis dalam dan luar negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 02:13 PM | Show all posts

Abdul Latiff Mohidin - Kembali riuhkan dunia seni

PENYAIR dan pelukis, Abdul Latiff Mohidin kembali meriuhkan dunia seni setelah lebih 10 tahun mendiamkan diri. Anak kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan pada 1938 itu terkenal banyak mempengaruhi karya catan dan paparan tekstural dalam karya-karyanya seperti dalam siri pago-pagonya.

Abdul Latiff adalah pelukis abstrak ekspresionisme dan banyak melahirkan karya-karya eksperimental sejak 1970-an.

Beliau tampil menerusi warna, sapuan berus menggunakan medium cat minyak, arca dan goresan cetak yang berbeza dengan pelukis-pelukis seangkatannya.

Kini beliau kembali di persada seni dengan membuat kejutan pada majlis pelancaran antologi puisi Latiff Mohidin Kumpulan Puisi 1 1963-1972 yang diadakan di NN Gallery di Ampang Hilir, Ampang baru-baru ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 02:18 PM | Show all posts

Aku mahu hidup seribu tahun lagi...

Oleh AZMAN ISMAIL

DI SUATU senja pada 1943, seorang lelaki kurus berpakaian kemeja berlengan pendek lusuh dengan sebatang rokok terselit kemas di bibir, berjalan pantas antara gerbong-gerbong keretapi di Stesen Senen, Jakarta.

Akhirnya, kaki kurus itu singgah di sebuah pondok buruk yang dibuat daripada buluh dan berlantaikan tanah yang becak oleh hujan semalaman yang mengguyur kota itu.

Di pondok itu, pemuda kurus merebahkan tubuhnya di riba seorang gadis pelacur, Marsiti namanya sambil bercerita tentang puisi-puisi terbarunya, bercerita tentang buku-buku yang entah di mana dicurinya.

Pemuda tersebut adalah Chairil Anwar. Penyair dan pelopor penulisan puisi-puisi realisme Angkatan 45 di Indonesia. Gaya itu sama sekali berbeza dengan alur romantisme dan melankolik oleh sebahagian besar penyair Pujangga Baru ketika itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2005 02:21 PM | Show all posts

Gema Jiwa III - Pameran seni visual erat persahabatan

Oleh FAKHRUL ZAMAN MOHD. SAMBAS


GALERI Seni Johor dengan kerjasama Galerium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Skudai, menganjurkan pameran seni visual Gema Jiwa III. Membabitkan 10 orang pelukis dari Kumpulan Gema Jiwa Art Group di Galeri Seni Johor, pameran ini bermula pada 28 Mac hingga 30 April lalu.

Pameran karya seni tampak ini menampilkan 72 buah karya dengan pelbagai tema dan isu.

Ini merupakan pameran ketiga dianjurkan oleh bekas pelajar Seni Halus dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Johor.

Penulis turut menyertai pameran ini bersama pelukis-pelukis lain, Ifhamuddin Mohamed, Mohd. Kairul Abas, Sarman Mohamad, Rashid Buang, Rosli Othman, Zulkifli Lee, Arif Rozikin Razak, Ros Hayati Nawawi dan Firdaus Ramli.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_02.htm

[ Last edited by fleurzsa on 7-5-2005 at 02:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2005 11:29 AM | Show all posts

Dialog Seni: Teater perlu sokongan semua pihak

IRYANDA Mulya Ramli, penulis skrip teater Tok Rimau yang dipentaskan Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) tidak pernah jemu memartabatkan teater tanah air. Beliau pernah mengarah teater Perjalanan Bu Aminah, mereka set dan mencipta lagu Dari Bintang ke Bintang dan Opera Ayu Cendana. Ikuti wawancara wartawan Sastera dan Budaya, SHAIDAH SHAFIE, dengan beliau.

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0514092923/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2005 11:32 AM | Show all posts

Siapa Itu: Puisi berbingkai penghias dinding

Oleh Shaidah Shafie

PENYAIR dan penulis Dr Ibrahim Ghaffar antara individu yang rajin menunjukkan muka hatta mengacarakan majlis Baca Puisi Pena di Rumah Pena pada Jumaat malam setiap bulan dan sekali sekala menyumbang suara membaca puisi.

Pada awal kemunculannya dalam kegiatan seni, beliau akrab bersama Anak Alam dan berganding bahu dengan Latiff Mohidin dan rakan lain dalam usaha memperjuangkan seni catan.

Selain gemar menghadiri majlis apresiasi seni, Dr Ibrahim juga rajin berbudi kepada tanah hingga mengusahakan tanaman serai, limau nipis, pisang dan terkini beliau mencuba menanam pokok nagasari sebagai hobi.

Bagaimanapun satu lagi kegilaannya yang jarang dilakukan insan lain ialah membuat salinan pendua setiap puisinya dan lebih memeranjatkan karyanya itu dibingkaikan serta dihadiahkan kepada individu yang menjadi inti puisinya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2005 06:15 PM | Show all posts
Muzikal Rubiah - Kembali di pentas Istana Budaya
Oleh ANI AWANG


SEBAHAGIAN pelakon yang menjayakan pementasan teater muzikal Rubiah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.
--------------------------------------------------------------------------------

ISTANA Budaya (IB) yang kering dengan pementasan teater tempatan kembali menggegar teater tanah air apabila pementasan teater Muzikal Rubiah dipentaskan di Panggung Sari IB, Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

Rubiah pertama kali dipentaskan di IB pada September 1999 sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agung ke-XI.

Penampilan kembali Rubiah yang telah enam tahun tidak dipentaskan itu sudah pasti meriuhkan khalayak teater.

Rubiah arahan pengarah dan pelakon Ahmad Tarmimi Siregar yang sebelum ini memperlihatkan wibawa yang tinggi terus mendominasi wanita dalam persembahan tersebut.

Skrip Rubiah ditulis oleh Samoza. Pementasan tersebut menelan kos RM1.5 juta.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hive
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 08:06 PM | Show all posts

Festival Muzik Kuala Lumpur - Merakyatkan seni dan budaya

FESTIVAL Muzik Kuala Lumpur (FMKL) yang berakhir baru-baru ini telah berjaya merakyatkan seni dan budaya apabila berjaya menggabungkan peralatan muzik dan persembahan pelbagai kaum dalam satu festival.

Festival pertama kali anjuran kementerian itu, bukan sekadar berjaya mengetengahkan kekayaan warisan seni dan budaya di negara ini. Malah festival lima hari itu telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengembangan kesenian bertaraf antarabangsa apabila ia turut mengundang pemuzik luar negara menyaksikan persembahan yang ditampilkan oleh pemuzik tempatan.

Persembahan pemuzik dalam suasana meriah dan berwarna warni pada festival itu juga jelas telah menjadikan muzik sebagai medium untuk berinteraksi dengan semua kaum.

Persembahan Kumpulan Ghazal Taman Seni Budaya Negeri Johor, Kumpulan Gema Gangsa serta Orkestra Cina telah ditampilkan kepada khalayak.

Salah satu yang menarik pada festival ialah permainan gendang dalam tarian Singa telah diberikan nafas baru dengan daya kreatif yang tinggi menyebabkan penonton terpegun dengan pukulan pemain-pemain gendang itu.

Begitu juga dengan pemain gambus, Farid Ali turut mendapat tepukan penonton kerana berjaya menggabungkan irama hasil bunyian peralatan muzik moden dan tradisional dengan begitu mantap.

Persembahan

Kumpulan pemuzik Prana turut menghiburkan penonton dengan alat muzik tradisional seperti sitar, tabla, gitar dan gitar nylon akustik.

Kumpulan Tuku Kame dan himpunan muzik dari Sarawak pula berjaya mengubat rindu peminat dengan mendendangkan beberapa buah lagu.

Penampilan Kumpulan Kalaminda, Anika Entertainment, Sarasa, Ying Yang Art Centre, Rasiga Arts dan AJ Duo.

Persembahan bergerak itu selain di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) ia turut diadakan di Sungei Wang Plaza, Berjaya Times Square, Pasar Budaya dan BB Park.

Konsert dijayakan oleh kumpulan muzik profesional seperti Kopratasa, Aseana Percussion Unit, Alonso & Jazz Latino, Steve Thornton Quartet, Prana, Amir Yusof, Farid Ali Band, Tuku Kame dan Kumpulan Hands Percussion.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2005 08:07 PM | Show all posts

Tanah Bernanah - Uji kematangan generasi muda

Oleh ANI AWANG

PEMENTASAN teater Tanah Bernanah oleh para pelajar Akademi Seni Kebangsaan (ASK) di Auditorium Pusat Penerangan Pelancongan (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi medan pelajar berjinak-jinak dalam pengarahan pementasan dan seterusnya menjadi generasi pelapis penggerak dunia teater.

Mengarah dan bermain teater bukan satu perkara mudah kerana usaha untuk mengetengahkan teater di kalangan generasi muda amat mencabar.

Rata-rata mereka kini tidak begitu berminat dengan pementasan secara langsung itu. Mereka lebih senang menonton wayang atau menonton drama televisyen.

Namun, pementasan Tanah Bernanah membuktikan tidak semua generasi muda tidak meminati teater. Penuntut tahun akhir Jabatan Teater ASK telah membuktikan mereka mampu menghasilkan pementasan yang baik melalui teater Tanah Bernanah.

Teater tersebut dilakonkan oleh Mohd. Adika Zainal sebagai Anjah dan Jamaliah Azman sebagai Minah.

Kedua-dua mereka dilihat benar-benar diuji kematangan sebagai generasi muda pelapis untuk aktif sebagai penggiat teater.

Tanah Bernanah merupakan manifestasi terhadap sekelompok penduduk setinggan yang mendiami tanah pemerintah secara haram.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 09:55 AM | Show all posts

Konserto Puisi Gempita Alam: Manifestasi insan seni

Oleh Amirul Fakir

Acara anjuran Persatuan Kesenian Sanggar Teras Pusaka Perak (STeP) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Persembahan gerak 'GAIA' oleh Kumpulan Tari SteP memaparkan 'ketakutan' alam terhadap kegelojohan dan kerakusan manusia dalam percubaan mereka 'menakluki'nya tanpa mengira padah yang mungkin menimpa.

Penyair muda dari Ipoh lewat puisi, 'Serahkan Rimbun Pada Pohon', melontarkan suara alam yang memohon pengertian kelestariannya dibela dan mengharapkan manusia tidak berselindung atas nama pembangunan.

Dekon kumpulan Astaka memperlihatkan rintihan anak yang sedih lantaran tidak dapat menikmati keindahan dan kesegaran alam akibat pencemaran sungai serta hutan yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini.

Azmi Ismail, deklamator yang acap kali muncul sebagai johan deklamasi puisi peringkat negeri, mengingatkan penonton betapa besar budi alam terhadap manusia lewat Alam, Jasa dan Perubahan.

Visual janin dan ritma dari degup jantungnya yang jelas kedengaran, dipaparkan di sudut kanan pentas serta kemunculan dua makhluk berbalut, mengundang persoalan kepada penonton pada malam itu.

Kumpulan Elektroprimitif dari Yayasan Kesenian Perak menuntut mata fikir penonton menterjemah segala simbol lewat bauran muzik keras, degup jantung dan aksi dua makhluk di pentas yang cuba memboloskan dirinya bersama raungan kata-kata puitis.

Penyair dari Tanjung Malim, Chai Loon Guan, dengan kelembutan suaranya meruntun hati penonton ketika mendeklamasikan, Dunia Ini, Amanah dan Wasiat Kita dan berjaya meredakan seketika kegalauan ekoran persembahan Elektroprimitif.

Yusry Edoo bersama dua temannya pula mengharmonikan lagi situasi ketika melagukan Berita Kepada Kawan ciptaan Ebiet G Ade sebelum disusuli selingan gerak tari kumpulan SteP.

Mislina Mustafa yang mengeksploitasikan seluruh bahasa tubuh, gerak yang mantap dan lontaran suara tatkala menampilkan persembahan monolog berjaya meyakinkan penonton dengan aksinya di pentas.

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0531081203/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 10:01 AM | Show all posts

Usaha memelihara warisan Melayu serumpun

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad

SEMINAR dan Dialog Pertemuan Pemimpin Adat Melayu Serumpun ketiga di Bengkalis, Riau, Indonesia, baru-baru ini, mencapai lapan resolusi dalam usaha memastikan warisan Melayu serumpun dapat dihayati, dikembang dan dimartabatkan di kalangan bangsa Melayu.

Beberapa lagi resolusi yang dicapai pada Pertemuan Pemimpin Adat Melayu Serumpun yang menghimpunkan lebih 800 peserta dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia itu termasuklah:

l Majlis Pemuafakatan Adat Melayu Serumpun (MPAMS) dibentuk bagi menyelaras dan menjalankan kegiatan berkaitan adat serta seni budaya Melayu serumpun di bawah Biro Sosio Budaya Sekretariat DMDI.

l Perencanaan dan pelaksanaan pembangunan di kawasan rumpun Melayu perlu mengarah kepada nilai asas kebudayaan dan adat Melayu di kawasan masing-masing.

@ Kepimpinan adat hendaklah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembabitan generasi muda menghayati adat Melayu dengan mengadakan program pada peringkat daerah, kabupaten, negeri, provinsi dan negara Melayu serumpun.

l Majlis Permuafakatan Adat Melayu sewajarnya menganugerahkan kepimpinan adat dan anugerah adat serta seni budaya di kalangan generasi muda Melayu serumpun dengan memilih tokoh seperti Siti Nurhaliza umpamanya sebagai model contoh dalam adat.

l Dalam usaha memartabatkan adat dan seni budaya Melayu serumpun, setiap negeri/kabupaten dan provinsi melahirkan Muzium Khazanah Melayu manakala Kabupaten Bengkalis akan menzahirkan Muzium Ketuanan Melayu yang mengutamakan baju, tanjak dan keris dalam Rumpun Melayu.

l Biro Sosio Budaya DMDI bertanggungjawab menentukan lokasi Pertemuan Pemimpin Adat Melayu Serumpun ke-4.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 10:23 AM | Show all posts
Bakat Siri Neng Buah sebagai tok dalang


SIRI (dua dari kiri) menimba ilmu jadi tok dalang dengan duduk memerhatikan pemain wayang kulit di belakang kelir.

APAKAH yang menyebabkan Siri meminati wayang kulit?

Saya dibesarkan di Kampung Keluang, dalam daerah Besut, Terengganu. Kampung Keluang adalah perkampungan tradisi Melayu Kelantan dan masyarakat Siam yang terpencil dan bersifat tradisional serta segala tukang menghuni di situ. Bunyinya seperti dongeng tetapi tok dalang, tok selampit, tok minduk dan pelbagai orang seni kebetulan adalah penduduk Kampung Keluang. Saya yang bersekolah dalam darjah tiga ketika itu mewah menonton pertunjukan tradisi secara percuma. Setiap malam saya menikmati persembahan wayang kulit. Begitu juga dengan menora dan main puteri.



Persembahan tradisi manakah yang paling Siri minati?

Minat saya lebih bertumpu kepada wayang kulit. Kebolehan tok dalang melarikan wayang kulit memukau saya. Justeru setiap kali ada persembahan wayang kulit, saya akan menempatkan diri di kalangan pemain instrumen wayang kulit. Mereka langsung tidak ambil pusing siapa saya dan mengapa saya duduk di kalangan mereka. Tetapi sebelum itu saya sudah berkenalan terlebih dulu dengan tok dalang. Bermula dari situ saya tidak menoleh ke belakang lagi dan merebut peluang mendalaminya.



Pada zaman itu, tok dalang manakah yang mendapat perhatian Siri dan kumpulan manakah yang sering mencuri perhatian ramai?

Antaranya Dollah Baju Merah, Pak Hamzah, Pak Berahim, Tok Cek Ngoh atau Tok Deka Cek Ngoh. Tokoh wayang kulit ketika itu ialah Pok Leh Kokot dan tok minduk pula ialah Che Sulong Mat. Selalunya setiap kali ada pertunjukan, saya akan menunggu sehingga selesai dan apabila orang lain usai, saya masih lagi duduk memerhati pemain berkemas dan berbual dengan mereka. Zaman dulu pertandingan wayang kulit tidak sama dengan sekarang. Kalah atau menang ditentukan dengan kehadiran penonton. Jika persembahan tidak ada mutu sekalipun tetapi orang ramai bertumpu maka kumpulan terbabit dikira menang.

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0604102628/Article/

[ Last edited by fleurzsa on 6-6-2005 at 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2005 11:28 AM | Show all posts
Si Tanggang kembalikan kegemilangan bangsawan kepada khalayak

Oleh: ANI AWANG


MOHAMAD Shajiry Damery (kanan) dan Watie Elite (kiri) sebagai Puteri Intan Baiduri pada pementasan bangsawan Si Tanggang.

sejarah bangsawan yang berkembang sekitar tahun 1950-an telah memperlihatkan sambutan yang menggalakkan di kalangan khalayak yang dahagakan pementasan tersebut.

Namun langkah yang diambil oleh Kumpulan Teater Anak Seni Warisan (ASWA) dengan mementaskan kisah legenda itu mampu menyemarakkan seni persembahan bangsawan.

Apa yang menarik dari satu aspek, pementasan tersebut membuka peluang kepada khalayak dan masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat pelakon bangsawan.

Selain membuktikan dengan kemudahan dan peralatan yang minimun, pementasan bangsawan yang baik dapat ditampilkan oleh Azmi Zainun (Aminzai).

Oleh kerana itu, mesej yang diketengahkan hendaklah mudah difahami kerana ia dapat menarik khalayak untuk menonton bangsawan.

Kostum dan aksi silat Melayu yang ditampilkan oleh Amzi juga menceriakan latar warna pada pementasan tersebut.

Pementasan bangsawan Si Tanggang merupakan sebuah pementasan yang berjaya menarik penonton.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 09:56 PM | Show all posts

Nafas Teaterikal: Perkahwinan longgar, bebankan penonton

MENONTON teater Perkahwinan seolah-olah melihat kerja yang penuh kebuntuan. Keadaan struktur pentas di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam yang sedia padat tidak memberi bayangan kreatif pengarahnya apabila ruang antara bibir pentas dan bangku barisan pertama yang terlalu dekat jaraknya digunakan sebagai ruang lakon sebahagian babak awal Perkahwinan.

Nilai kreatif bukan bermakna fungsi pengarah dalam pengarahan semata-mata. Ia merangkumi bagaimana memberi warna terhadap pentas persembahan itu sendiri. Tirai masih ditutup semasa persembahan sudah dimulai di bawah kanan pentas. Di situ juga ada pemuzik mengiringi sebahagian permainan yang ditempatkan di sisi kiri pentas.

Kenapa di bawah pentas dengan membiarkan tirai pentas masih tertutup? Permainan di bawah pentas membabitkan watak Ahmadin Ahmad, Che Kiah, Karim dan Meon. Keluasan jarak antara bibir pentas dengan kerusi penonton tidak memungkinkan pemain beraksi selesa. Bahkan ia menyempitkan senario pementasan itu sendiri, ditambah pula sebilangan pemain melintas di hadapan tirai yang masih tertutup, keluar dan masuk melalui celah tirai di tengah pentas, bagaikan cuba membangkitkan suspen penonton mengenai apa di sebalik tirai.

Akhirnya tirai dibuka apabila adegan dalam rumah bermula. Rosefatimah bersama Mak Su dan orang gajinya tinggal di situ. Kehadiran beberapa lelaki Serunding - Dahlan dan Arjuna, selain Ahmadin Ahmadi yang memiliki keinginan memperisterikan Rosefatimah melalui fungsi agen perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 10:54 PM | Show all posts

Secret of Nature

Oleh: ANI AWANG

ALAM adalah suatu yang indah. Bentuk muka bumi, flora dan fauna, awan, deruan air dan warna-warni yang menghiasi alam, memang cukup unik dan indah.

Apa yang dapat dilihat dan dirasai dalam alam ini akan menjadikan seseorang kagum dan menghargai keindahannya.

Kesemua itu ditampilkan sebagai satu visual oleh pelukis Syahrul Niza Ahmad Zaini dari Ipoh, Perak. Melalui bahasa seni tampak yang tersendiri Syahrul telah mengambil kira ekspresi dalamannya mengenai alam dan persekitaran.

Fenomena ini menjadikannya sebagai suatu elemen dan mempunyai nilai estetik tersendiri melalui karya yang terhasil.

Ia boleh dilihat dalam siri Secret of Nature yang dihasilkan berdasarkan kepada pemerhatian pelukis semasa menyertai ekspedisi di Tasik Banding tahun lepas.

Syahrul telah mengetengahkan suatu penghayatan tentang suasana, keadaan, perkembangan dan kekuatan yang digambarkan dengan alam dan hidupan sekeliling.

Menurut Syahrul, beliau mengetengahkan warna hitam, kuning dan coklat pada setiap lukisan mixed media pada kanvas.

Menerusi lukisan Secret of Nature 2 yang menggunakan mixed media, Syahrul menggambarkan alam dan hidupan adalah pelengkap kepada keindahan.

``Seperti takungan, ia seumpama gelodak perasaan yang menghimpunkan berbagai rahsia terhadap alam sekeliling.

``Bagaimana hubungan manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia serta hubungan kita dengan makhluk lain,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menerusi Secret of Nature 13, Syahrul menggambarkan kehidupan dalam air akan musnah jika persekitaran tidak dipelihara.

Syahrul Niza membuktikan kebolehannya berkarya dengan menyertai berbagai pameran solo dan berkumpulan sejak tahun 1996.

Beliau pernah memenangi hadiah tempat pertama bagi Life Drawing Competition (Orchid), di Shah Alam Selangor pada tahun 2000 dan tempat ketiga pada World Orchid Exhibition di Seri Kembangan, Selangor pada tahun yang sama.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 11:37 PM | Show all posts

Patah Sayap Terbang Jua - Nyalakan api perjuangan

Antara karya sastera yang berteraskan perjuangan kebangsaan itu adalah novel Patah Sayap Terbang Jua. Novel karya tokoh wartawan, Tan Sri Samad Ismail ini dengan panjang lebar menceritakan tentang peranan yang dimainkan oleh golongan penulis dalam menyemarakkan api perjuangan kemerdekaan terutamanya ketika penjajahan Jepun.

Justeru ketika negara menghadapi pelbagai cabaran, dan ketika sebahagian daripada kita hampir melupakan sumbangan sebahagian pejuang kemerdekaan ini sewajarnya kisah dalam novel berkenaan diterjemahkan semula.

Lalu lahirlah teater Patah Sayap Terbang Jua arahan Othman Haji Zainuddin yang ketika ini dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Meskipun berada di tangan pengarah veteran, teater ini dipersembahkan dengan gaya yang cukup pantas dan tidak membuatkan khalayak mampu meneroka suatu masa yang lampau.

Othman bijak mengadun setiap babak untuk tampil segar dan berkesan dengan banyak unsur kejutan yang tidak terduga selain memberi penekanan kepada kesan humor melalui beberapa watak.

Teater ini dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hingga 8 Julai ini.

Tiket berharga RM10 sahaja. Antara pelakon lain yang terbabit dalam teater ini ialah Shaharuddin Thamby, Sabri Yunus, Rasdi Daud, Abon, Ahmad Busu, Fazmidiawati dan Bohari Ibrahim.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_04.htm
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2005 08:31 PM | Show all posts

Teater pendidikan di UPSI

FAKULTI Seni dan Muzik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program Teater Pendidikan, bermula semester lalu bertujuan meningkatkan kreativiti pelajar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, di samping memperluaskan skop pemikiran di kalangan pelajar.

Penyelarasnya, Profesor Madya Dr Zainal Abidin Abdul Latif, berkata buat permulaan, kursus itu ditawarkan sebagai program minor kepada pelajar di fakulti FSM mengandungi lapan kursus, termasuk:

o Teater dalam pendidikan

o Lakonan

o Vocal untuk pelakon

o Penulisan kreatif

o Pergerakan kreatif

o Cinografi

o Produksi teater

o Kepengarahan.



Objektif program ialah bagi melengkapkan pelajar dengan idea kreativiti dalam pelbagai aspek lakonan, pergerakan kreatif, termasuk pemikiran dari segi estetika pementasan dan penerbitan drama.

Kurikulum Pendidikan teater ini merentasi pelbagai bidang ilmu dan boleh diterapkan sebagai wahana bagi pengajaran dan pembelajaran (p&p) kreatif mengadunkan gerakan kreatif, nyanyian dan seni tari.

Program ini pertama kali diperkenalkan di negara ini dan UPSI menjadi pelopor dalam bidang pedagogi kreatif,
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 08:54 PM | Show all posts
Ungku Farrah - Luahkan perasaan wanita dalam lukisan
Oleh ANI AWANG


MAHANI (kanan) kagum dengan lukisan Ungku Farrah selepas merasmikan pameran solo I Exit di Balai Seni Maybank di Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

PELUKIS kelahiran Johor, Ungku Farrah Ungku Abdul Rahman mampu menhasilkan karya seni tampak setanding dengan pelukis mampan negara.

Ini terbukti apabila beliau mengadakan pameran solo kedua di Balai Seni Maybank di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pameran solo pertama diadakan pada 2004.

Melalui pameran tersebut jelas mendekatkan dirinya dengan lukisan yang diceburi sejak beberapa tahun lalu.

Beliau yang menghasilkan lukisan My Face yang pertama di kanvas tidak jemu-jemu melukis bagi mengisi masa lapangnya.

My Face merupakan karya pertama yang menampilkan sapuan lembut seorang wanita yang bermain dengan warna biru, hijau dan kuning pada karya di atas kanvas.

``Sentuhan jari jemari wanita dan disulami dengan hati dan perasaan, mampu melahirkan karya seni yang kreatif.

``Saya melukis menggunakan medium akrilik, warna air dan pen warna.

``Saya selami kehidupan nelayan dan persekitaran wanita termasuk burung dan rama-rama dalam seni tampak,'' kata Ungku Farrah ketika ditemui selepas perasmian pameran I Exist di Balai Seni Maybank di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pameran tersebut dirasmikan oleh Pengasas dan Pengerusi Yayasan Seni Berdaftar (YSB), Toh Mahani Daim.

Sebanyak 60 buah lukisan dipamerkan pada pameran itu. Ia dijual pada harga RM1,500 hingga RM4,000 setiap satu.

Walaupun Ungku Farrah tidak mendapat pendidikan dalam bidang seni tetapi kemampuannya untuk mendekatkan diri khalayak seni dengan lukisan membolehkan karyanya menjadi tatapan khalayak.

Menurut Ungku Farrah, suaminya, Abdul Malik Sabki sentiasa memberikan galakan untuknya berkarya.

Melalui karya Feeling Blue, beliau meluahkan perasaan yang bergolak ketika itu.

Sapuan warna yang digunakan begitu menarik kerana perasaan menjadi tenang apabila bermain dengan warna pada lukisan kanvas.

Beliau kini mempunyai lebih 300 buah lukisan.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
3.305361s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list