Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
135765
View
127
Reply
Post time 27-12-2005 06:15 PM | Show all posts

Balai Seni Lukis Negara kesan lukisan hilang

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang mengesan sebuah lagi lukisan yang dipercayai hilang dari simpanan Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Oktober lepas.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sehingga kini, kesemua koleksi lukisan yang hilang dari simpanan BSLN berjaya ditemui semula termasuk sebuah lukisan antik yang dihasilkan oleh Mohamed Hoessein Enas.

Menurut beliau, kementeriannya kini sedang berusaha mendapatkan semula sebuah lagi khazanah seni negara, iaitu sebuah lukisan yang dianggarkan bernilai RM50,000.

``Semua koleksi lukisan yang didakwa hilang berjaya diperoleh semula, termasuk lukisan Hoessein yang bernilai kira-kira RM60,000.

``Hanya satu sahaja yang masih belum ditemui dengan nilai dianggarkan oleh pakar kira-kira RM50,000,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Malaysia 2005, di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini kehilangan 127 koleksi lukisan daripada rekod simpanan BSLN yang bernilai hampir RM1 juta, dipercayai berpunca daripada kelemahan sistem dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan prosedur pelupusan agensi terbabit.

Ekoran kejadian itu, kementeriannya mengarahkan pengurusan BSLN mewujudkan sistem penyimpanan data yang lebih selamat bagi memastikan semua lukisan yang disimpan tidak jatuh kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_07.htm
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 06:17 PM | Show all posts

Galeri Seni Maya ilham Rafizah untuk karyawan berbakat

Oleh ROSMAH DAIN


RAFIZAH bersama sebahagian koleksi kerja seni yang dihasilkan karyawan muda berbakat di Galeri Seni Maya.
--------------------------------------------------------------------------------




SEBELUM dijadualkan bertemu dengan wanita ini, sedikit sebanyak saya menjangkakan galeri kepunyaan beliau dipenuhi dengan hasil-hasil lukisan eksklusif mewah seperti galeri-galeri lain yang pernah dikunjungi.

Tetapi sangkaan saya nyata meleset. Terpegun saya seketika memerhatikan ruang galeri yang dipenuhi dengan hasil karya anak-anak muda yang sebahagian besarnya baru hendak bertatih dalam bidang seni lukis.

Di satu sudut, tempelan barang-barang terpakai yang diguna padan semula menjadi arca teguh berdiri selain beberapa keping gambar lukisan abstrak unik hasil idea anak-anak muda itu.

Begitu juga dengan replika kapal selam, bola, dadu, kepingan kuih dan sebagainya yang semuanya mempunyai maksud tersirat yang mahu dilahirkan oleh anak-anak muda berusia dalam lingkungan 20-an itu.

Ia bertepatan dengan hasrat tamu saya kali ini, Rafizah Abdul Rahman, 36, yang mempunyai misi dan visi sendiri kala menubuhkan galeri seni yang dinamakan Galeri Seni Maya.

Bagi Rafizah, Galeri Seni Maya yang terletak di No. 12, Tingkat Satu, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Kuala Lumpur itu dibangunkan bersandarkan kepada pengharapan sepenuh jiwa anak-anak muda yang mencintai seni.

Saya menubuhkan Maya Galeri bagi membolehkan karyawan muda hari ini yang baru sahaja menamatkan kursus atau diploma di institusi masing-masing mempamerkan karya mereka termasuk juga orang perseorangan.

Kita ada ramai karyawan muda yang bergiat dalam seni lukis atau pengkaryaan arca tetapi tidak mempunyai tempat untuk mempamerkan karya- karya mereka, justeru saya rasa di sinilah tempat paling sesuai untuk mereka mengembangkan bakat,
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 04:36 PM | Show all posts
Saya hendak tahu dimanakah terdapatnya....

deklamasi puisi

dan

teater

dalam bulan Januari 2006?

di Kuala Lumpur?

satu lagi soalan...

di Kuala Lumpur di manakah dan bagaimanakah saya boleh dapatkan kelas teater atau yg berkaitan seni utk kanak-kanak yang bersekolah rendah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by Akak_Siti at 28-12-2005 04:36 PM
Saya hendak tahu dimanakah terdapatnya....
deklamasi puisi
dan
teater
dalam bulan Januari 2006?
di Kuala Lumpur?
satu lagi soalan...
di Kuala Lumpur di manakah dan bagaimanaka ...


Sorry la Akak_ Siti... I terlepas pandang lak pertanyaan akak di sini.

Boleh semak aktiviti seni di KL di link ini...

http://www.kakiseni.com/events/

Utk kelas berkaitan dgn seni utk pelajar sekolah rendah ada kat National Art Gallery.  Cuba tanya jadual aktiviti di sana.  Website diorg tgh perbaiki, I tak boleh nak semak...

http://artgallery.gov.my/mod_com/index.php

harap membantu.. good luck
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 10:32 AM | Show all posts
Arts & Culture

Arts & Culture: Modern, Contemporary, Traditional, Performing Arts & Crafts

Adrenaline!
Malaysia's premier events, entertainment & theatre specialists. Creatives, production, management & media relations for events, entertainment & theatre in the Third Millenium
http://www.adrenaline.com.my/
226 Jalan H 7, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4107 6576, Fax: 03 4107 6576, Mobile: 012 322 2918 or 012 288 1693, E-mail: receptionist@adrenaline.com.my
Place your listing up here
Academy Industri Musik Malaysia - AIM
http://www.akademi.net/
8A First Floor, Jalan Pangkor, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03 4044 5388, Fax: 03 4044 7388

Akademi Seni Kebangsaan - National Arts Academy
http://www.ask.edu.my/
464 Jalan Tun Ismail, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Tel: 03 2697 1777, Fax: 03 2697 5513

Actors Studio
http://www.TheActorsStudio.com.my/
Level 3, New Wing, The Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan. Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Tel: 03 2094 0400, Fax: 03 2093 8400
Lot 2, Plaza Putra, Dataran Merdeka Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur
Tel: 03 2697 2797, Fax: 03 2692 4505

Alliance Francaise
http://www.alliancefrancaise.org.my/
Alliance Francaise de Kuala Lumpur
15 Lorong Gurney, 54100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2692 5929, Fax: 03 2693 0502

Artezan Decorative Painting
http://www.artezan.com/

ARTrageouslyAsia.com - about Sarawakian artist Ramsay Ong Liang Thong
http://www.artrageouslyasia.com/

Art Salon Kuala Lumpur - Contemporary Malaysian Art
http://www.artsalon.com.my/

Artseefartsee - An arts resource site by Vernon Adrian Emuang
http://www.artseefartsee.com/

Badan Warisan Malaysia - (Buildings) Heritage Tust of Malaysia
http://www.bwm.org.my/
2 Jalan Stonor, 50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2144 9273, Fax: 03 2145 7884

Bantus Capoeira Malaysia
http://www.bantus.com.my/

British Council, The
http://www.britishcouncil.org.my/
Ground Floor, West Block, Wisma Selangor Dredging, 142C Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2723 7900, Fax: 03 2713 6599

Dama Orchestra
http://www.damaorchestra.com/

Dance Malaysia
http://www.dancemalaysia.com/

Dewan Filharmonik Petronas DFP - Home of the Malaysian Philharmonic Orchestra MPO
http://www.dfpmpo.com/
Level 2, Tower 2, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Tel: 03 2051 7008, Fax: 03 2051 7599
Box Offfice Tel: 03 2051 7007, Fax: 03 2051 7077

Dramalab
http://www.dramalab.com.my/

Filem Melayu - Malay Films
http://www.geocities.com/SunsetStrip/Balcony/5275/

Filmnet Cafe
http://filmnet.com.my/

Galeri Petronas.
http://www.galeripetronas.com.my/
Lot 341-343, Level 3 Suria KLCC, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Tel: 03 2051 7770, Fax: 03 2051 7170

Gardner & Wife - Theatre, Musicals, Entertainment, Comedy
http://www.gardnerandwife.com/

Goethe Institut Kuala Lumpur
http://www.goethe.de/so/kua/
1 Jalan Langgak Golf, 55000 Kuala Lumpur
Tel: 03 2142 2011, Fax: 03 2142 2282

Haiku Garden
http://www.e-my.net.my/terengganu/chewly/

Ink Soup - Aimo (or Irma Suriani Ahmed), freelance illustrator and comic artist
http://www.aimostudio.com/

Instant Cafe Theatre
http://www.instantcafetheatre.com/

Istana Budaya Palace of Culture - National Theatre
http://www.istanabudaya.gov.my/
Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur.
Tel: 03 4025 5932, Fax: 03 4025 5975

Jetavana Cultural Resources (in Chinese)
http://www.asiapacific.com.my/jetavana/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2006 10:33 AM | Show all posts
Kakiseni - Arts & culture portal
http://www.kakiseni.com/

Kelab Seni Filem Malaysia
http://www.kelabsenifilem.com/

KL Symphony Orchestra - KLSO
http://www.klso.org.my/

Kraftangan - Perbadananan Kemajuan Kraftangan Malaysia
http://www.kraftangan.gov.my/

Kuala Lumpur Performing Arts Centre - KLPAC
http://www.klpac.com/
Sentul West, Jalan Strachan, off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4047 9000

Kumpulan Kebudayaan Mawaddah
http://www.mawaddah.com.my/

Lion Dance Groups in Malaysia
http://www.geocities.com/lionscave1/Int/MAL.html

Living Arts Malaysia
http://www.livingartsmalaysia.com/

Malaysian Culture Group
http://www.malaysianculturegroup.com/

Malaysian Dances
http://www.geocities.com/Tokyo/Garden/3865/

Malaysian Video Awards - MVA
http://www.mva.com.my/

Mak Yong - The Ancient Malay Dance-Theatre
http://www.angelfire.com/ga/Jannat/MakYong.html

Mat Dollah's Batik Paintings
http://matdollah.ontheinter.net/

Musical Malaysia
http://minni-ang.crosswinds.net/malaysia/

My Dance Alliance
http://www.mydancealliance.org/

My World of Ballet
http://www.geocities.com/zijin/

National Art Gallery - Balai Seni Lukis Negara
http://www.artgallery.org.my/
2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur
Tel: 03 4025 4990, Fax: 03 4025 4987

NN Gallery
http://www.nngallery.com.my/

Norhashimah's Hand Drawn Portrait Gallery
http://www.norhashimah.com/

PCCO - Professional Cultural Center Orchestra (formerly known as Zhuan Yi Chinese Orchestra)
http://www.pccorchestra.net/

Pantun.com
http://www.pantun.com/

The Penang Players - Drama & Music Society
http://www.penangplayers.org/

The Philharmonic Society Of Selangor
http://www.thephil.org.my/
P.O. Box 10968, 50730 Kuala Lumpur
E-mail: selangor_phil@lycos.com

Pusaka - Center for the Study & Documentation of Traditional Performance
(Wayang Kulit, Mak Yong, Manora, Main Puteri & Dikir Barat)
http://www.pusaka.com.my/

Rainforest World Music Festival 2005 - Kuching, Sarawak
http://www.rainforestmusic-borneo.com/

Reka Art Space
http://www.reka-art.com/

Rimbun Dahan - The home of architect Hijjas Kasturi and wife Angela
http://www.rimbundahan.org/
Km 27 Jalan Kuang, 48050 Kuang, Selangor
Tel: 03 6038 3690, 03 6038 1417

Rivergrass Dance Theatre - Mew Chang Tsing
http://rivergrass.com.my/
12, 1st Floor, Jalan 20 / 16A, 46300 Petaling Jaya
Tel/Fax: 03 7877 8706

Sarawak Music Society Online
http://www.geocities.com/Broadway/Balcony/1338/index.htm

Sobranie Classic Cinema
http://www.sobranie-classics.com.my/
The Stonor Centre, 3 Lorong Stonor, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 1 800 88 1380

Sutra Dance Theatre - Ramli Ibrahim
http://www.sutradancetheatre.com/

Tabs Creative Projects
http://www.tabscp.com/

Traditional Malay Culture
http://www.malayculture.com.my/

Traditional Malaysian Games
http://www.geocities.com/Hollywood/4256/index1.html

Upstart: The Nokia Creative Arts Programme
http://www.upstart.com.my/

Valentine Willie Fine Art
http://www.artsasia.com.my/

Victorian Theatre Company
http://www.victoriantheatre.com/

Watercolour World Of Chang Fee Ming
http://www.serve.com/chang/


queries: cultural, event, artist, dance, opera, theatre, jazz, play, stage, critic, playwright, acting, actors, performance, performers, community, poetry, history, language, literature, sastera, penulisan, kebudayaan, seni, kesenian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:32 AM | Show all posts

KAPTEN MAN: Insan Yang Kaya Seni

23 November 2004

Allah suruh kita berseni. Dia dah beri kita kepandaian dan keinginan. Sayang kalau dibiarkan berkarat. Lihat saja alam sekeliling kita. Indah kan? Maknanya Allah juga sukakan keindahan,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:37 AM | Show all posts

DATIN BARUPAWATI UTAMAJU: Seindah Bicara, Sehalus Budi

23 November 2004

Indah nama indah pekerti

Bahasa hidup mencurah di jari

Pena menulis tertari-tari

Maksud pasti menyusup hati

Syair dilagu indah berseri

Suara merdu menambah sari

Dia puteri, dia ibu, dia isteri
Dia insan berjiwa seni

Dia Datin Barupawati

Zainuddin Ab. Rahman



Kesenian pada umumnya harus membawa manusia ke arah kebaikan. Justeru, puisi sebagai salah satu cabang kesenian mampu merealisasikan matlamat tersebut dengan membawa tema-tema yang bermakna lagi benar. Puisi-puisi seumpama itu hanya mampu dihasilkan dari jiwa yang halus, ikhlas, benar dan bebas. Apatah lagi dari jiwa yang bertakwa kepada Allah S.W.T. FirmanNya dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:41 AM | Show all posts

USTAZ DR. UTHMAN EL-MUHAMMADY: Budaya Ilmu Dalam Wacana Bangsa

6 January 2005

Wacana ilmu dirancang,

Wacana Melayu dicanang,

KepadaMu dia bererti,

Kepada ilmu dia berbudi,

Itulah Ustaz Uthman El-Muhammady.

Kalam Mas



Dalam jiwa setiap manusia, sudah ada potensi terhadap seni dan juga ada satu kesedaran tentang keindahan. Justeru, alam sekeliling hanya menjadi perangsang untuk memahami al-Quran yang diturunkan sebagai panduan. Kepekaan manusia terhadap alam berbeza-beza dan ini boleh ditumpahkan melalui penulisan syair. Tidak hairanlah jika ada manusia yang menitiskan air mata kerana mengingati Allah S.W.T. dan mengenang nikmat syurga,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:46 AM | Show all posts

KHIR: Kiasan Suci Dalam Visi

Tak kenal maka tak cinta. Bila akar umbi sudah dikenali, betapa bangga rasanya menjadi sebahagian dari bangsa yang beridentiti. Bangsa Melayu menjadi semakin perkasa bila mempunyai jati diri. Bukan sekadar pada pakaian yang menghiasi diri namun termasuk juga rumah yang didiami serta masjid tempat beribadat pada Ilahi.

Walau bagaimanapun, bagi Encik Mohd Khir @ Hamim B. Ahmad, pengasas Syarikat Arkitek Ilham Karya, sebahagian dari masyarakat Melayu pada hari ini kurang memahami konsep sebenar pembinaan sesebuah rumah yang mencakupi identiti, falsafah dan ciri-ciri kesenian Melayu Islam. Orang-orang Melayu dahulu mereka bentuk rumah berdasarkan cara hidup mereka yang begitu mementingkan keperibadian, adab dan adat dalam semua perkara.



Keunikan seni bina Melayu

Beliau yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia jurusan seni bina menjelaskan bahawa rumah Melayu tradisional kebiasaannya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rumah serambi, rumah ibu dan rumah dapur. Ia dibina sedemikian rupa atas tujuan memelihara pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama apabila diadakan keramaian atau kenduri-kendara. Dinding yang memisahkan ruang-ruang tersebut turut diukir indah dan dikatakan juga pada masa dahulu golongan pemuda akan melihat-lihat calon isteri melalui kerawang dinding pemisah ini semasa keramaian berlangsung. Sebenarnya unsur pengasingan ini juga terdapat dalam ajaran agama Islam. Namun budaya ini tidak pernah dibincangkan dari sudut seni bina iaitu dikaitkan dengan struktur rumah Melayu itu sendiri.

Beliau turut menambah bahawa kebanyakan rumah Melayu tradisional terutamanya rumah Minang dan rumah Melaka mempunyai loteng. Dindingnya berukir indah. Loteng berfungsi sebagai tempat untuk memingit anak gadis mereka kerana apabila ada tetamu datang, anak gadis akan berlari naik ke loteng kerana malu.

Anak jati kelahiran Johor berketurunan Jawa dan Arab Yaman ini menjelaskan, seni bina rumah Melayu tradisional turut mementingkan soal keselamatan. Rumah sengaja dibina agak tinggi bagi mengelakkan gangguan binatang buas dan bencana alam seperti banjir kerana sebahagian lokasi kampung tradisional berdekatan dengan kawasan hutan dan sungai. Lantai rumah juga dibina agak jarang bagi memudahkan sistem pengudaraan dan menjadikan suasana rumah lebih selesa. Walaupun keadaan keselamatan pada hari ini sudah terjamin namun rekabentuk rumah yang tinggi masih dikekalkan.



Berjiwa Tempatan

Menurut Encik Khir, mempelajari ilmu seni bina di universiti tempatan memberi kelebihan kepadanya untuk lebih rapat dan mengenali elemen tempatan. Beliau terdedah kepada seni bina Melayu yang dapat disaksikan sendiri di merata tempat di negara ini. Justeru bagi mewujudkan bahan rujukan di masa hadapan, sumber-sumber ini perlu dikumpulkan, dikaji dan direkodkan dengan baik. Ia boleh dimanfaatkan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan malah menjadi rujukan masyarakat antarabangsa.

Sebagai langkah awal untuk merealisasikan harapan ini, beliau mengambil inisiatif menghasilkan buku bertajuk Kiasan Sufistik Dalam Seni Bina Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:51 AM | Show all posts

ABDUL HAMID: Cahaya Seni Dalam Kehidupan

3hb Februari 2005

Seni memerlukan definisi baru.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 12:34 PM | Show all posts

Dialog Seni: Dunia seni popular Ahmad Shukri Mohamed

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0603092230/Article/

Oleh Siti Nursuhada Masri


SEJAK bilakah Ahmad Shukri Mohamed bergiat dalam bidang seni?



Saya sudah lama terbabit dalam bidang ini tetapi mula serius dan secara formal pada 1987. Sebelum itu, melukis hanya kegiatan sampingan tetapi kini saya artis sepenuh masa.

Mengapakah Shukri memilih kerjaya sebagai artis sepenuh masa sedangkan sebelum ini berkhidmat sebagai pensyarah seni?

Saya berkhidmat sebagai pensyarah pada 1992 hingga 2003 di Jabatan Seni Halus dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Setelah hampir 11 tahun berkhidmat, saya mengambil keputusan berhenti untuk cergas sebagai artis sepenuh masa. Majoriti kita berfikir sekiranya sudah ada pendapatan tetap, sudah memadai untuk keperluan hidup. Bagi saya, sebaliknya. Apabila saya mengambil keputusan belajar bidang seni, inilah sebenarnya kerjaya yang diingini. Bidang seni tidak sama seperti pekerjaan lain kerana ia mempunyai disiplin tersendiri. Sekiranya disekat, kita tidak dapat mengembangkannya. Selepas berhenti, saya dapat melihat apa yang saya mahu selami, ada di luar dunia kampus.

Melalui karya yang dihasilkan, apakah sebenarnya yang ingin Shukri sampaikan?

Saya lebih menjurus kepada seni popular. Misalnya, gambar Harley Davidson dan Whitney Houston. Kedua-duanya adalah sesuatu yang popular dan menarik. Di sebalik gambar terbabit, ada makna tertentu. Saya selalu melihat anak saya bermain permainan dan mencipta watak baik dan jahat. Saya membuat kesimpulan setiap orang pasti ada permainan mereka sendiri. Bagi saya, barang permainan adalah benda yang kita sukai. Begitu juga lukisan, saya paparkan maksud di sebaliknya. Misalnya saya gabungkan peperangan dengan keamanan. Saya masukkan imej yang berbeza. Masyarakat Barat sering dipaparkan sebagai prihatin dan suka tolong-menolong tetapi Amerika suka berperang dan bermusuhan. Saya melihat ini sebagai permainan yang mempunyai pelbagai karektor dan ia realiti kehidupan.

Pada pendapat Shukri, adakah pelukis muda akan berjaya mengulangi kejayaan yang pernah dicapai Datuk Ibrahim Hussein, Latif Mohidin dan Datuk Syed Ahmad Jamal?

Bagi saya jika dibandingkan dulu dan sekarang, banyak perbezaannya. Dulu tidak banyak akademi seni tetapi kini kita ada UiTM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Seni Malaysia (AMI). Penggiat seni dulu belajar seni kerana minat dan kemudian akan bekerja di luar negara. Peluang untuk dikenali peringkat antarabangsa lebih luas. Kita kini lebih bergantung kepada keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seni adalah perkara subjektif. Persamaan akan menyebabkan tiada keaslian. Kita boleh berjaya seperti Ibrahim jika diberi sokongan dan diuruskan dengan baik.

Apakah Malaysia menyediakan iklim positif untuk pelukis sepenuh masa?

Bagi saya, kerja dalam bidang seni lebih mudah. Kita tidak terikat dengan peraturan pejabat. Untuk berjaya dalam bidang seni, kesabaran dan kegigihan diperlukan. Saya percaya setiap individu ada rezeki mereka. Kita perlu membuat keputusan tepat dan cepat untuk merebut peluang. Jika tidak, peluang itu akan direbut orang lain.

Adakah pihak terbabit seperti kerajaan dan organisasi tertentu menyokong perkembangan kerjaya seni artis?

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita tidak boleh terlalu mengharap bantuan daripada orang lain. Saya tidak menunggu bantuan daripada kerajaan. Saya menggerakkannya berdasarkan kemahuan. Selepas lima hingga enam tahun, saya berjaya memperoleh anugerah dan membuktikan kemampuan.

Shukri bijak memasukkan unsur kontemporari dalam karya seperti penggunaan cakera padat (CD) pada pertandingan Philip Moris Awards di Filipina, mengapakah demikian?

Karya saya pada 1999 itu berdasarkan isu semasa dan faktor persekitaran pada masa terbabit. Di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, lahir Cyberjaya dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Segala maklumat berada di hujung jari dengan adanya internet. Untuk mencari maklumat, kita tidak lagi menghayati deria rasa dan dengar, anugerah Ilahi. Kita hanya menggunakan deria mata. Jiwa kita kosong dan kita dilatih seperti robot. Melaluinya saya mendapat idea menggunakan CD yang ditampal ke kanvas bagi menggambarkan pemodenan teknologi maklumat (IT).

Siapakah tokoh pengkarya yang Shukri kagumi?

Tokoh dalam bidang seni yang saya kagumi ialah pelukis dan Pensyarah USM, Prof Madya Fauzan Umar. Beliau banyak mengajar saya bagaimana menilai karya seni, mencurahkan idea ke atas kanvas dan memperkenalkan saya dalam bidang ini. Saya juga menjadikan individu berilmu tinggi sebagai tokoh yang dikagumi. Dalam seni, kita perlu melangkau sempadan orang normal bagi mendapatkan idea yang bagus.

Pameran manakah yang memberi kepuasan dan memenuhi kehendak Shukri?

Bagi saya, kita tidak boleh meletakkan satu titik kepuasan dalam berkarya kerana kita akan berhenti mencarinya. Saya lebih suka memandang sesuatu tanpa titik penamat. Saya sentiasa mencari idea baru dalam berkarya. Kita jangan meletakkan diri dalam zon selesa kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Apabila selesa, kita akan mudah lupa diri.

Apakah karya Shukri yang paling berharga?

Dari segi harga, karya saya sama saja. Dari segi nilai, ia perkara subjektif kerana setiap individu bebas menilai. Karya ibarat satu cerita dan setiap satu ada kekuatannya.


Profil: Ahmad Shukri Mohamed
Tahun Lahir: 1969
Tempat Lahir: Kelantan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pameran solo: 939495969798 di Art Salon, Kuala Lumpur (1998), Ahmad Shukri di Art Salon (2001), Boy & Girl di Galeri Taksu, Kuala Lumpur (2002), Virus, Art Seasons, Singapura (2003) dan Fitting Room, Galeri Xoas, Kuala Lumpur (2005)
Anugerah: Anugerah Seni Asean Philip Morris, Kuala Lumpur (1999), Anugerah Seni Philip Morris Kuala Lumpur (2001) dan Artis Tamu Rimbun Dahan, Selangor (2002-2003)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2006 03:51 PM | Show all posts

Teater Tetamu Dari Medan Perang mulai

KUMPULAN Teater Elit yang pernah mewarna persada teater tanah air akan menemui khalayak seni pementasan negara dengan karya terbaru berjudul Tetamu Dari Medan Perang.

Teater karya dan arahan Dinsman ini merupakan buah tangan kepada penggiat teater terkemuka negara pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an.

Dinsman berkata, Tetamu Dari Medan Perang merupakan karya pertama beliau yang dipentaskan selepas hampir 20 tahun tidak bergiat di atas pentas.

Bagi saya kemunculan dengan karya ini sebagai nasib baik dapat mementaskan teater kecil selepas mendapat pelawaan daripada penganjur,
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2006 03:56 PM | Show all posts

Mata dari sudut pelukis

Oleh ANI AWANG

MATA. Ia mempunyai pelbagai pengamatan yang berbeza dalam usaha menterjemahkan pandangan tentang diri individu dan apa juga yang dilihat. Itulah yang ditampilkan oleh pelukis muda Mohd. Supian Dollah, 31, pada pameran solo Siri Mata yang sedang berlangsung di galeri Pelita Hati di Bangsar, Kuala Lumpur hingga 17 Jun ini.

Apa yang nyata 42 karya yang dipamerkan oleh pelukis kelahiran Kelantan ini menampakkan kematangan dari segi prestasi, gaya dan teknik yang digunakan.

Secara keseluruhan karya abstrak Mohd. Supian terpengaruh dengan gaya pelukis seperti Awang Damik, Ismadi Sallehuddin, Yusof Ghani dan banyak lagi.

Menurut Mohd. Supian, dia mengambil tema mata berdasarkan pengamatannya terhadap persepsi mata apabila ia menyelami pandangan sesuatu sama ada ia cantik, betul atau salah.

Beliau berkata, mata semasa melihat amat berbeza dengan pengamatan minda kerana ia memberikan pelbagai perbezaan terhadap apa juga yang dilihat sama ada dalam bentuk fizikal dan sebaliknya.

Katanya, objek dan perkara yang sama dilihat dengan mata yang berbeza oleh orang lain.

Jelas Mohd. Supian, mata seseorang tidak sama antara satu lain kerana minda dan kekuatan otak akan membantu menjana kejayaan proses tersebut.

Sebagai contoh karya Algojo merupakan salah sebuah karya menarik pada pameran ini. Saya tampilkan mata pada watak-watak tersebut kerana ia merupakan pembunuh di Palestin. Berdasarkan sifatnya sebagai pembunuh saya menggabungkan warna-warna merah dan gelap sebagai lambang kepada keganasan yang boleh dilihat pada mata itu.

Saya mengambil masa dua jam sahaja untuk menghasilkan lukisan mengenai kisah perang itu dan ia amat tragik kerana kisah perebutan di bumi Palestin telah mengorbankan banyak nyawa, kata Mohd. Supian ketika ditemui baru-baru ini.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Berhad, Datuk Nazir Razak.

Selain Algojo, beberapa buah lagi karya menarik Mohd. Supian turut dipamerkan seperti Doktrin, Batas, Jerih, Pupuk, Hijrah, Perah, Palestin, Sidang Pagi dan Gelodak.

Mohd. Supian menjelaskan, dia menampilkan pelbagai warna yang berbeza ke atas lakaran mata dalam usaha untuk menimbulkan reaksi khalayak terhadap perasaan dalam situasi yang berbeza.

Di sini akan berlaku pertemuan antara emosi dan rasional yang wujud pada setiap sudut pandangan tidak kira ia bersifat peribadi mahupun dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, tambah beliau yang menghasilkan karyanya sejak 1996.

Mohd. Supian yang merupakan pensyarah seni halus di Kolej Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP) di Kuantan, Pahang menambah, dia memilih mata sebagai karyanya kerana kebanyakan pameran yang dilakukan oleh pelukis sekarang menekankan motif beberapa objek seperti cawan, batu dan tumbuh-tumbuhan.

Sehubungan itu, beliau berharap generasi muda yang menceburi bidang seni itu dapat memandangnya sebagai satu usaha yang mempunyai prospek yang luas.

Menurut beliau, generasi muda ketika ini tidak begitu berminat dalam bidang seni kerana tidak mengetahui peluang-peluang yang ada dalam bidang tersebut terutama dari segi pemasaran.

Kita tahu seni itu luas, begitulah juga dengan peluang yang wujud dalam bidang ini. Saya harap golongan muda khususnya remaja akan berani mencuba bidang ini memandangkan ia boleh memberi pulangan yang besar,
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2006 04:01 PM | Show all posts

Teater Rimba UKM kapan ke Istana Budaya?

Oleh SOPHA SULAIMAN

SALAH satu babak dalam teater Perkahwinan yang dipentaskan oleh Teater Rimba Artisukma UKM di Taman Ismail Marzuki, Jakarta baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------




WALAUPUN demam pesta bola sepak Piala Dunia baru bermula, namun pementasan teater Perkahwinan oleh Grup Teater Rimba Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetap mendapat sambutan hangat ketika dipentaskan di Graha Bhakti Budaya, Taman Ismail Marzuki (TIM), Jakarta, Indonesia pada 8 dan 9 Jun lalu.

Walhal ketika Perkahwinan dipentaskan, penyair terkenal Indonesia W.S. Rendra juga sedang mendeklamasi puisi di pentas bersebelahan.

Namun para peminat teater di Jakarta tidak berganjak dari tempat duduk Perkahwinan. Setelah tirai dilabuhkan penonton tidak keluar panggung, malah terus memberikan penghormatan kepada pelakon dan tenaga produksi yang menjayakan pementasan tersebut.

Ini merupakan kali pertama Teater Rimba UKM melakar sejarah membuat persembahan di TIM, pusat kebudayaan dan kesenian yang popular di Jakarta itu.

Malah sejak 1974, dikhabarkan tiada teater Malaysia mengadakan pementasan di pusat kebudayaan tersebut.

Apa yang menarik ialah teater Perkahwinan ini menggunakan loghat-loghat daerah masyarakat di Malaysia dan Indonesia termasuk loghat Perak, Sarawak dan loghat Kuala Nerang, Kedah.

Walaupun penonton tempatan mungkin sukar untuk memahami loghat yang dipertuturkan itu, tetapi mereka ternyata terhibur.

Glokal

Bekas Timbalan Naib Canselor UKM, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga Ahli Parlimen Grik menyifatkan peluang yang diberikan oleh TIM untuk Teater Rimba mempersembahkan Perkahwinan mencerminkan bahawa teater dari Malaysia boleh mendapat tempat di hati rakyat di Indonesia.

Ia bukan sahaja akan menjalinkan hubungan kedua-dua negara melalui kesenian, tetapi lebih penting membuktikan UKM mampu melahirkan pelakon teater yang bersifat glokal walaupun mereka bukan dari kalangan penuntut jurusan kesenian.

Mungkinkah selepas ini Perkahwinan berpeluang dipentaskan di panggung seni bertaraf dunia iaitu Istana Budaya, Kuala Lumpur?

Teater Rimba yang ditubuhkan pada 1992 terus aktif hingga kini dan mencipta nama setelah menerima beberapa anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik (Yuhana Mohd. Yusof) melalui teater Abyss di Pekan Teater Peringkat Kebangsaan pada 1993, johan Pekan Teater Kebangsaan dan Selangor pada 2000 menerusi Patung-Patung serta Anugerah Pengarah Terbaik.

Salah seorang ahlinya, Noor Faliza Hanim pernah menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Selangor dan Pelakon Pembantu Terbaik pada 2004 dan 2005.

Media-media cetak utama di Indonesia turut memuji kemampuan Teater Rimba kerana berjaya mementaskan sebuah kisah yang unik. Kebolehan pelakon-pelakon Perkahwinan yang menjiwai watak-watak masing-masing dengan berkesan hingga masa dua jam persembahan itu dirasakan begitu cepat berlalu.

Syabas kepada Teater Rimba UKM dan pengarah Perkahwinan, Mohd. Diani Kasian (Bong Kancil) kerana berjaya mengibarkan semula bendera Malaysia di TIM.

Teater Perkahwinan karya Nikolai Gogol merupakan sebuah teater komedi romantik berbentuk realisme yang mengetengahkan isu kahwin sebagai pokok persoalan individu.

Apa yang menarik muzik latar yang diselang seli dengan lagu Apa Dah Jadi, Sampai Sekarang Tak Kahwin Lagi nyanyian Tan Sri S.M. Salim begitu menambat hati penonton hingga menggerakkan mereka bertepuk mengikut irama lagu itu yang dimainkan oleh para pemuzik Teater Rimba.

Kisah lelaki bujang terlajak

Perkahwinan mengisahkan seorang lelaki bujang terlajak bernama Ahmad yang pemalu dan begitu fobia dengan perkahwinan.

Keinginan Ahmad (Aulia Akbari), seorang lelaki keturunan Jawa, untuk menikah tetap meruntun jiwa walaupun dia seorang pemalu dan rendah diri.

Dia telah mengupah seorang ejen pencari jodoh bernama Che Kiah (Noo Faliza Hanim) untuk mencarikan wanita yang sesuai dengannya.

Bagaimanapun, Karim (M. Rajan) yang menjadi rakan baik Ahmad tidak bersetuju dengan cara Che Kiah. Dia turut menawarkan Rosefatimah (Syarifah Sakinah Hidayah Syed Ahmad) kepada tiga lagi lelaki lain, iaitu pegawai tinggi bernama Serunding (Anuar Mohd. Zulkifli), pelaut tampan dan gagah Dahlan (Haris Setia Bangsawan) dan Arjuna (Mohd. Hafiz Hasbullah), seorang pendandan rambut yang berwatak lembut.

Rosefatimah yang hidup mewah, bagaimanapun, sukar untuk membuat pilihan calon suaminya di kalangan empat lelaki yang diperkenalkan oleh Che Kiah.

Akhirnya Rosefatimah membuat keputusan untuk memilih Ahmad. Ketika persiapan pernikahan dijalankan, Ahmad terus dilanda perasaan takut untuk menghadapi kenyataan hidup. Dia akhirnya mengambil keputusan terjun melalui jendela dan hilang dalam kegelapan malam.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=sa_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2006 04:20 PM | Show all posts

Animasi 3D Malaysia boleh ke luar negara

Oleh Ihfayuliani Ibrahim

MENGAPAKAH Sharkawi Che Din berminat dengan dunia animasi 3D?

Latar pendidikan saya bermula dengan rekaan grafik tetapi hanya membuat rekaan untuk akhbar dan majalah. Saya memfokuskan kepada animasi 3D ketika menyambung pengajian pada peringkat sarjana kerana bidang ini kurang mendapat perhatian ramai. Dunia animasi tempatan semakin berkembang di Malaysia dan siri animasi terbaru, Saladin, membakar semangat saya untuk terus bergiat dalam bidang ini. Malaysia kini sudah ada animasinya sendiri tetapi dimonopoli sesetengah pihak dan perlu dikembangkan. Saya mengambil inisiatif menulis buku Animasi 3D yang sesuai digunakan kolej persendirian dan institusi pengajian tinggi sebagai rujukan.

Bagaimanakah timbulnya idea untuk menghasilkan buku Animasi 3D?

Pada mulanya, saya menulis buku asas fotografi ketika melanjutkan pelajaran di New Zealand pada peringkat ijazah pertama tetapi tidak dapat diterbitkan kerana ketiadaan pasaran di Malaysia. Peluang mengkhusus dalam bidang animasi di Amerika Syarikat dimanfaatkan dengan menulis buku animasi kerana kita perlu mempelajari asas animasi terlebih dulu sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan melalui buku ini?

Saya memfokus kepada animasi 3D dan mahu berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh. Buku ini dihasilkan dengan tujuan memperkenalkan bidang animasi pada peringkat awal, misalnya pada peringkat sekolah menengah. Pelajar dapat mengetahui hala tuju dalam bidang ini serta mengintai peluang untuk menyambung pengajian di luar negara. Saya menggunakan kaedah yang mudah agar generasi muda memahami isi kandungannya. Tambahan pula, tidak ramai Bumiputera yang menguasai bidang animasi kerana perbelanjaan pengajian yang tinggi meskipun bidang ini ada banyak sumber seperti cerita tradisi yang boleh dianimasikan. Malangnya, kita kekurangan generasi muda yang berbakat dalam animasi.

Bagaimanakah Sharkawi memahirkan diri dalam bidang ini?

Pendidikan formal dalam bidang rekaan grafik dan animasi 3D yang diperoleh memberi peluang untuk saya memahirkan diri selain belajar sendiri selama 16 jam sehari sama ada di makmal komputer atau di rumah. Saya juga banyak belajar dengan pakar animasi ketika di Amerika Syarikat.

Adakah Malaysia mampu bersaing pada persada dunia dalam bidang animasi?

Kita mampu bersaing dengan negara luar sekiranya kita bersedia mengubah sikap dan pemikiran dalam bidang animasi. Sikap suka mengambil jalan mudah perlu ditinggalkan untuk mendapatkan kepakaran dan kualiti yang setanding dengan dunia luar seterusnya diiktiraf. Penerimaan masyarakat dalam bidang ini juga positif kerana saya banyak mendapat e-mel daripada pelajar yang berminat mempelajari animasi 3D.

Apakah cabaran yang dihadapi ketika menghasilkan buku Animasi 3D?

Menyiapkan buku Animasi 3D bukan kerja mudah kerana memerlukan kesabaran tinggi. Saya berbesar hati kerana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sanggup menerbitkan buku Animasi 3D. Cabaran terbesar dalam menghasilkan buku ini adalah sikap masyarakat yang sukar berubah di samping tiada buku khusus animasi 3D di pasaran.

Berapa lamakah proses menyiapkan buku Animasi 3D?

Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan buku ini. Buku animasi saya yang pertama dapat disiapkan pada 1998 tetapi hanya diterbitkan pada 2006.

Selain Animasi 3D, apakah karya lain yang dihasilkan?

Saya pernah menjadi anak angkat DBP dan belajar dengan Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said dan SN Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang. Kebanyakan puisi dan cerpen dihasilkan ketika saya di New Zealand. Antara buku antologi puisi saya ialah Menyemai Kasih manakala cerpen yang dihasilkan pernah tersiar dalam majalah Bacaria.

Apakah ada cara untuk menyatukan rakyat Malaysia yang ada kepakaran dalam bidang ini untuk memberi lonjakan kepada perkembangan dunia animasi?

Kita tidak boleh terlalu mementingkan kebendaan dan hanya memikirkan keuntungan kerana sikap ini merugikan diri sendiri. Langkah memperkenalkan bidang animasi 3D sebagai subjek sekolah menengah pada 2008 adalah permulaan yang baik untuk membuka peluang lebih luas dalam bidang ini. Selain itu, kita juga perlu memikirkan sesuatu yang global dan boleh diterima walaupun cerita tempatan yang dianimasikan. Siri animasi 3D boleh dipasarkan ke luar negara tetapi konsep tempatan bersifat glokal perlu dikekalkan.

PROFIL
Sharkawi Che Din

Tarikh Lahir: 18 Mei 1970
Tempat Lahir: Kodiang, Kedah

Kerjaya: Animator profesional dan Pensyarah Komputer Animasi dan Multimedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komputer Grafik( Politeknik Wanganui/ Wanganui School of Design, New Zealand) 1993, Ijazah Sarjana Seni Halus, Kolej Seni Reka Savannah, Amerika Syarikat (1998)

Pencapaian: Anugerah Propes Fellowship (1998), Anugerah Metacreations Beyond The Canvas International Art And Design (1997/1998), Sijil Pencapaian Cemerlang Animasi (1998)

Penulisan: The Ray Dream Handbook (1998), The Electricimage Handbook (1999), Time Passage 1 (1997), Time Passage 2 (1998), Animasi 3D (2000), Animasi 3D: Asas Membina Model dan Teknik Animasi (2006), Aplikasi Media Digital (akan diterbit 2007), buku teks Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 dan 5 dan Pembinaan Multimedia Tingkatan 4 dan 5 (akan digunakan 2008), antologi puisi Menterjemah Pertarungan (1991) dan kumpulan puisi perseorangan Menyemai Kasih (1994)

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0622085307/Article/
Reply

Use magic Report

nicknickeyboy This user has been deleted
Post time 21-8-2006 05:55 PM | Show all posts

www.staronair.com

Hello semua,

You all ada dengar tentang staronair.com tak? ia adalah online TV malaysia yang baru. Banyak content yang interesting, macam talkshow, fashion show, event, short film, theater dll. Dan ia adalah percuma. Jom visitlah staronair.com!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 08:11 PM | Show all posts

salam

Tak pernah dengar.  Nampak mcm interesting.... thanks
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 12:31 AM | Show all posts

deviantART

:nyorok: *takut*

Oleh disebabkan board ni bertemakan ARTS ,

Iaye nak bagi satu website yang penuh ngan golongan artist (macam-macam ada)

Website ni kita boleh uploadkan hasil seni kita

dan orang dari negara lain dapat lihat akan kebolehan kita :cak:


:dia: Klik Di Sini


Bagi forumers yang dah ada ID kat website tu *tunjuk kat atas*

Postkan la page korang di sini :jeling:

:nyorok:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:39 AM | Show all posts

salam

Thanks Iaye, memang mcm2 ada he he he he
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090593s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list