CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7244|Reply: 35

Suami suka bagi kawan pinjam duit

[Copy link]
Post time 17-6-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam,
Aku nak minta pendapat forumer berkenaan masalah yg aku hadapi. Aku nak pendapat korang, adakah masalah ini masalah remeh & aku yg besar-besarkan isu kecil.

Aku & suami dah berkahwin 10 tahun. Kitaorang dah berkawan dari sekolah menengah. Suami aku ni ada kawan baik, aku namakan sebagai A. Dulu sebelum berkahwin, suami aku tanggung makan minum A ni. Masa ni A tak kerja, tapi tak nak duduk kat kampung. So kehidupan dia di KL ditanggung (makan & minum) oleh suami aku. Sampai ke tahap, kalau dia lapar & suami aku takde kat rumah, dia akan pergi makan kat kedai & akan tunggu sehingga suami aku datang untuk bayar. Selalu sangat masa kitaorang keluar tetiba dia call supaya suami aku dtg bayar makanan dia.

Bila aku & suami kahwin, A balik kampung. Yelah, takkan nak duduk serumah dengan dia pulak. Alhamdulilah, bila balik ke kampung, A memulakan bisnes taska & tadika. Bisnes taska&tadika boleh dikatakan berjaya (menurut cerita dialah). Tapi yang menjadi masalah kepada aku adalah, dia suka pinjam duit suami aku. Boleh dikatakan setiap bulan. Paling sikit RM1000, paling banyak RM4000. Benda ni dh berlarutan selama 5 tahun.

Setakat ni cepat atau lambat dia bayar, tapi aku tak suka dengan perangai suami aku yang senang sangat bagi pinjam. Aku tak suka, sebab aku tengok kehidupan A & isteri agak mewah. Sambut birthday anak pun dh mcm kenduri kahwin. So pada pendapat aku, dia ada duit, tapi tak pandai uruskan kewangan & dia jadi naik lemak bila suami aku tak pernah menolak setiap kali dia nak pinjam.
Latest yang pinjam bulan 3 hari tu, sampai hari ni tak bayar lagi. Tapi, tengok2 dah beli ford ranger baru. Mcm 3 tahun lepas, pinjam 3k, tetiba tgk2 dtg dengan kereta baru. So masalah aku sekarang, aku tak suka suami aku bg pinjam duit kat A, walhal gaya hidup bukan main mewah lagi. So, sehari sebelum raya aku ungkit yg A tak bayar lagi hutang. End up kitaorang gaduh & still tak ok sampai dh raya ketiga. Dia marahkan aku, anak2 pun dia tak pedulikan. So aku buat kesimpulan yg dia memang pentingkan kawan dia dari aku & anak2. Apa pendapat korang? Aku ke yg membesarkan masalah yg remeh (since A selalu bayar)? Untuk pengetahuan korang, perbelanjaan rumah tangga kitaorang share.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tt...elok lps ni ttckp kat laki yg semua perbelanjaan rumah anak dia kna tanggung.tt jgn kuarkn duit langsung.duit tt masuk savings acc je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
iols mmg jenis kedekut dlm bab duit ni..so i tak rase bab ni remeh temeh..dan i xmo rosakkn hubungan semate bgaduh psl duit..i rela nmpk miskin dimate org aman idop xde org dtg nk minjam2 lg dh..serik tau..

selame kwn husben u meminjam..kire setiap sen tu die bayor blk la? cube tnye husben u xnmpk ke si sudin tu nmpk mewah tp sengkek? jadah ape rajin minjam duit org..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
No tt, i pun x rasa yg benda ni remeh. Lain la kalau laki u memang banyak duit sampaikan u tak perlu share belanja rumah dengan dia.

Plus, kalau disebabkan kawan sampai dia nak bermasam muka dgn u berhari2, memang gonjol la tu.

Try diskas dgn dia bila angin dia baik. Kalau x, u buat bodo je la jgn share duit rumah dgn dia. Eh kalau dgn kawan boleh x berkira pasal duit, takkan dgn anak bini nak berkira khennnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba chuols sound laki u, kalau kawan lagi penting dr anak bini sampai duk serumah tak bertegur sapa tak jaga hati bini pergi kawin ngan laki tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya tt.. tp apa yg buat dia beria sgt bg pinjam kawan tu? ada hubungan sulit yg tt tak tau ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
TT mintak husband tanggung expenses family in full lepas ni memandangkan dia nampaknya mmg mampu kan. Maybe dgn cara tu dia akan lebih berhati-hati nak bagi kawan pinjam duit sbb ada serious commitment. Ada orang jenis selagi dia ada duit tak reti nak say no bila orang mintak pinjam, tambahan kawan baik. Bila dia tanggung family expenses sorang-sorang, kuranglah sikit duit dia nak bagi pinjam orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan suami aku ni lelaki. Memang berkawan dari tadika lagi. Aku pun sedang terfikir utk mintak dia tanggung semua perbelanjaan keluarga lepas ni. Aku ni bukannya berkira/kedekut. Tapi menda ni dah bertahun.

Sebelum ni aku sakit hati sebab dia asyik bagi pinjam duit je. Tapi sekarang tambah sakit hati bila tengok action dia yang sanggup bermasam muka dengan aku sebab kawan dia. Nampak gayanya kawan dia lagi penting dari aku & anak-anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2018 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, laki aku mmg tak kedekut bagi kwn2 pinjam duit. Cuma A ni kiranya peminjam tetap setiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 17-6-2018 06:34 PM
Cuba chuols sound laki u, kalau kawan lagi penting dr anak bini sampai duk serumah tak bertegur sapa ...

Chuols..nak tau x..iols baca cerita tt masa dia sebut kawan nama A. Iols terfikir..kalau lelaki, adakah suami tt kunyitan dgn A..? huhu

Ampun tt..terburuk sangka orientasi seks suami uuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls setuju. 1st step tt list out all expense dan bagitau clear dekat husband tt this is the amount dia kena ada. Kalau dah lepas semua benda tu dia nak buat charity kat kawan dia ko punya pasal la asal hidup tt dan anak2 tak terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu laki TT tahap Alip Syukrie xpe kasi minjam... tp branikah org nk minjam dr alip syukrie? Mau xbayo dihauknya viral 7 kturunan x hbis.. padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya suami you. Most guys memang ada soft spots kat kawan2 lama apatah lagi kawan2 depa sejak kecil.

Saya setuju dengan cadangan forumers lain yang suruh dia tanggung keluarga sepenuhnya. Kalau berjaya, baru boleh pinjamkan duit pada kawan2. Dia maybe tak sedar pasal ni sebab you pun baik, share tanggungan dengan dia. Kalau ikut cerita you ni, he obviously can afford tanggung keluarga senang2 bagi kawan pinjam ribu2 bulan2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah berlebih sangat duit lepas buat kiraan perbelanjaan, ambik je maid untuk jaga anak2..

tt boleh la jadi tai tai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2018 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde lah kaya macam Alif Syukri. Tapi alhamdulilah cukuplah makan pakai. Maybe sebab kitaorg jenis hidup sederhana je. Memang perbelanjaan bulanan byk dihabiskan utk anak2 shj.

Sekarang ni, xde masa lg nk berbincang sebab masih di kampung. Isu ni agak besar, sebab family aku pun tahu. Aku tak bercerita, tapi diaorang  dengar masa kitaorang tengah bercakap pasal benda ni. Sampai family aku pun cakap yg dia lebihkan kawan dari family (bila dia xpedulikan aku & anak2). Mak aku ckp semalam. Aku terkejut. Sebab ingatkan diaorang semua tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada lelaki begitu tt. Suami akak salah satunya tapi lepas kahwin lama2 kurang dah sebab akak dengan cara selembut mungkin.
Mungkin kawan2 dia ingat akak kontrol suami, ada akak kisah lebih2 pada yang berhutang tak reti nak bayar2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
thyme2 replied at 18-6-2018 07:50 AM
Takde lah kaya macam Alif Syukri. Tapi alhamdulilah cukuplah makan pakai. Maybe sebab kitaorg jenis  ...

Lbh baik jgn  bg family masuk campur...benda ni tt kena selesaikn dgn cermat, ibarat menarik rambut dlm tepung, jgn selerak.
Tt ckp dgn laki, tt dah tak dpt nk share duit gaji utk perbelanjaan rumah, anak2. Kalau dia tanya knp, ckp saja tt kena berjimat utk masa depan sendiri. Sbg pompuan bila2 je laki blh tendang, so tt nk protect diri dan anak2. Jgn bertekak slow talk je dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau A ni jenis bayar ok je akak rasa. Cuma perlu ada rules la contohnya, bayar dlm 2 bulan or kena selesaikan hutang lama sebelum boleh buat hutang baru. tp better somi yg setkan.

Jantan kalau dgn bff diorang mmg mcm ni. kata somi akak, tidur sebantal makan maggi sebaldi. bergaduh sampai lebam mata lepas main bola esok pagi elok je balik share towel. mandi sekali pun ade.

lagipun dah tua2 ni kawan2 lama ni la yg kenal somi kut. kawan2 somi samala mcm kawan kite pun kalau mintak tolong tak sampai hati nak kat tak. berpuluh taun kawan. ada sekali tu bff dia posting obersea berbulan die tolong jagakan anak bini org tu siap bawak anak2 kawan tu sekali join tengok wayang. ai tanya kenapa baik sgt dia ckp kalau apa2 jadi kat die, kawan2 die tu la yg akan jaga i n anak2. hmm...

apa2 pun ai rasa tt kena buat excel file lepas tu bentangkan kat somi. kalau tak mmg somi tak nampak financial situation.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak..i rasa biar je laki u yg tanggung semua bayaran dlm rmh. Dan satu lagi minta elaun khas tiap2 bln untuk u. I takut kalau u sound direct laki u, dia sakit hati. Ye la, si A tu kawan dia drp kecik sebelum kenal u lagi. So dia lg kenal si A berbanding u. Plus, duit yg dia bagi pinjam tu duit dia sendiri, xkacau duit u kan? So laki u mesti fikir kenapalah bini aku sibuk nak kacau cara aku tlg kawan aku...nnti lama2 dia menyampah pulak kt u kakak. Bak kata org lain, kena slow2 nk kurangkan duit yg laki u bagi pinjam pada A ni. Xboleh suh abruptly stop. Kena buat secara halus. Halus2 pon jgn smpai ko santah si A plak kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Doakanlah supaya aku kuat utk slow talk. Sebab mmg dh rasa mcm meletup je dgn perangai dia yg tak pedulikan anak2. Dahlah raya, aku dlm masih dlm pantang. Boleh pulak keluar tetiap mlm. Kalau ye pun marahkan aku, ambil tahulah hal anak2. Memang menguji kesabaran betul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.268147 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list