Syawal sudah masuk hari keempat. Ada yang sudah mula bekerja hari ini. Bagaimana dengan raya anda? Seronok dengan baju baru serta kuih raya?
Atau penat dengan status masih 'single' di kala orang lain sudah berkeluarga? Itu raya kita. Bagaimana pula dengan raya selebriti yang dikatakan penuh glamor itu? Bagaimana dengan pilihan busana mereka? Sedondon ke biasa-biasa sahaja?
Jom kita lihat OOTD (outfit of the day) pilihan selebriti kali ini.
10) Raya orang bujang - Zul Arifin, Syafik Kyle, Nelydia Senrose dan Mira Filzah
Warna lembut dan pastel jadi pilihan mereka.
9) Raya orang baru - Nora Danish/Nedim dan Jep/Sari Yanti
Bersama cahaya mata kesayangan.
8) Raya pasangan sepadan - Fattah Amin/Fazura dan Aeril Zafrel/Wawa Zainal
Lebih kurang saja pilihan warna mereka. Tidak banyak gambar yang dimuat naik di laman sosial mereka, mungkin sibuk beraya agaknya. Apapun, kedua-dua pasangan ini memang serasi bersama.
7) Raya sedondon - Hanis Zalikha dan Hairul
Keluarga ini sentiasa tampil sedondon dalam apa jua gaya.
6) Raya 'Nur' yang 'Meletup' - Amyra Rosli/Amar Bahrin dan Nabil/Zira
Comel betul famili kecil ini kan?
5) Raya Nazam Lebaran - Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K
Selepas 11 tahun menunggu cahaya mata, raya kali ini pastinya sangat bermakna dengan kehadiran Aafiya
4) Raya serasi dan harmoni - Lisa Surihani dan Yusry Kru
Sentiasa bersama anak-anak, namun bila ada masa potret pasangan ini sangat bermakna dan 'lovely'.
3) Raya 'siblings' - Neelofa
Semuanya lawa, muda dan cantik belaka.
2) Raya 'hot family' - Scha Al Yahya dan Awal Ashari
Tiada siapa menafikan kehadiran mereka bertiga di media sosial sangat meriah dengan rakaman pelbagai aktiviti harian. Nampak 'real' dan 'enjoy' sangat.
1) Raya paling vogue setiap tahun - Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Setiap baju dan 'pose' anak-beranak akan diatur sebaik mungkin. Tidak hairanlah hasilnya sangat mengagumkan. Che Ta ntara selebriti yang paling rajin mengemas kini akaun Instagramnya dengan pelbagai aksi.
Ada lagi artis kegemaran anda yang tampil menawan raya ini? Kongsikan di bawah, ya. - CARI