CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3440|Reply: 11

Lepas Cuba Pakaian, Longgok Saja Dalam Fitting Room. Teruknya Perangai!

[Copy link]
Post time 18-6-2018 10:06 AM | Show all posts |Read mode




Setiap kali hendak menyambut hari raya, seakan wajib membeli pakaian baru. Jadi, pusat membeli belah, pasar raya dan kedai-kedai pakaian sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin membeli pakaian. Kesesakan yang berlaku kadang-kala menyebabkan pemilik premis dan pekerja tidak dapat mengawal keadaan.



Seorang pengguna Twitter memuat naik status mengecam sikap netizen berserta gambar longgokan pakaian yang ditinggalkan di dalam fitting room selepas dicuba pelanggan di salah sebuah pusat beli belah. Dia berasa kesal dengan sikap sesetangah rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.








Rata-rata netizen mengecam sikap buruk pengunjung pusat beli belah tersebut yang mencuba pakaian, tetapi tidak meletakkan pakaian ke tempat asal atau tempat sepatutnya.











Ramai yang terkejut dan mendakwa pertama kali melihat situasi seperti ini. Mungkin mereka tidak menyangka begitu teruk sekali sikap rakyat negara ini. Mereka sendiri mengakui akan meletakkan semula pakaian yang telah dicuba di tempat asal agar tidak menyusahkan pekerja.











Netizen yang pernah bekerja di bahagian jualan amat memahamai perasaan staf yang terpaksa mengemas dan melipat kembali pakaian untuk diletak kembali di tempat asal. Ada antara mereka yang tidak sempat berbuka puasa gara-gara menyiapkan kerja yang terlalu banyak.








Bukan setakat di bahagian pakaian sahaja, bahagian kasut juga kelihatan bersepah. Apa nak jadi ni?






Foto: Twitter





Tahulah masing-masing sibuk hendak memilih pakaian raya, tetapi jangan biarkan pakaian bersepah hingga  menyusahkan pekerja bahagian jualan. Kita kenalah mempunyai sikap bertimbang rasa dan bertanggungjawab. Betul tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampehhnya.. kita as parents zaman skang, dah kena didik anak2 dari rumah.. dari kecik.. supaya dah besar perangai x serupa beruk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarukhan replied at 18-6-2018 05:23 PM
Hampehhnya.. kita as parents zaman skang, dah kena didik anak2 dari rumah.. dari kecik.. supaya dah  ...

pagi td baru membebel ke mak aku sbb die pi kemas tmpat tido anak2 sedara aku yg umur dh belasan tahun.dgn alasan diorg tu lelaki..hampes..adoii...mentality
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 18-6-2018 07:43 PM
pagi td baru membebel ke mak aku sbb die pi kemas tmpat tido anak2 sedara aku yg umur dh belasan t ...

Kan? Geram betul.. sbb dia lelaki la kena ajar buat kerja rumah. Lelaki zaman atok moyang kita lain la sbb bini tak kerja. Zaman skang laki bini kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:48 AM | Show all posts
felinecat replied at 18-6-2018 07:43 PM
pagi td baru membebel ke mak aku sbb die pi kemas tmpat tido anak2 sedara aku yg umur dh belasan t ...

aunty ai tengah sakit tak larat bangun, masa tu anak2 kerja, kelaparan sheols kat rumah sebab tok laki makan kat kedai dah bini takleh masak..
nasib boleh capai henset gitau ws group tengah lapar & uncle yang lain pergi hantar makanan..
hanya sebab diajar berajakan lelaki so laki tak pernah masuk dapur.. !%#@^&
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 09:47 AM | Show all posts
aa ni mentalilti sorang kawan aku la ni. perangai diva sgt. kalau cuba baju .. tak jadi beli main longgok2. atau pun kalau kirai2 baju tak bahagian yang lipat tu .. tak berkenan .. longgok je gitu. bila kita pesan suruh susun elok2 balik, jawabnya .. alaa kan sales girls tu ada. nanti aku kemas elok2 dia tak de keja pulak, dah tu keja dia kan. macam nak tampar la dahi org cam tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2018 10:50 AM | Show all posts
hazabnya perangai memasing..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 03:40 PM | Show all posts
felinecat replied at 18-6-2018 07:43 PM
pagi td baru membebel ke mak aku sbb die pi kemas tmpat tido anak2 sedara aku yg umur dh belasan t ...

selayaknya anak2 sedara pegi tido hotel
jgn tido rumah org


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau shopping paling elak kedai yg salu buat sale mcm fos ka,factory outlet or padini.. Ummah  tak kira bangsa shopping mcm esok nak kiamat. Kesian i yg ayu lg lemah lembik ni..asyik ditolak2 saja. Skrg online je.. Tayah berebut
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hazabedah nya perangai. Aku harap balasan setimpal la dgn perangai hangsuang gini haysss
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni punya gaya kalau queue untuk fitting room pun panjang memang la aku kensel je nak try baju, apa lagi nak shopping
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 04:58 PM | Show all posts
apa punya mentaliti la yg teruk sangat nih..
mmg la ada sales girl/boy yg bekerja kat situ..
tp bersimpati la sikit kat dorg..
klu dah selongkar tu, pandai2 la susun elok2 balik..
atau klu rasa tak nak susun, minta jer tolong sales girl/boy tolong carikan..
aku paling menyampah jumpa spesis jilake mcm ni kat pasaraya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060046 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list