CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2978|Reply: 31

[Tempatan] Kak Hasanah Minta Derma Uouls:Cikgu, Tolong Belikan Pizza Untuk Kami”, Guru Seba

  [Copy link]
Post time 18-6-2018 10:20 AM | Show all posts |Read mode



Ketika Syawal tidak lama lagi akan menjelma dan kita kini sudah berada di dalam mood hari raya, sebenarnya masih ada lagi insan-insan yang tidak berkemampuan yang mungkin tidak pernah memikirkan pun tentang keseronokkan menyambut hari kemenangan umat Islam itu.
Ketika kita ligat mencongak wang di mana mahu dibelanjakan untuk memenuhi kelengkapan berhari raya, masih ada dalam kalangan kita yang terpaksa bersusah payah mengumpul wang, hanya semata-mata untuk makan.
Mereka yang tidak bernasib baik itu mungkin rakan sekerja, mungkin jiran kita atau barangkali dalam kalangan saudara terdekat dan ahli keluarga kita sendiri.
Begitulah apa yang dikongsikan oleh seorang cikgu tahfiz yang dikenali sebagai Quinn Jell di laman Facebooknya mengenai tindakan sekumpulan anak-anak tahfiz yang teringin untuk menjamu selera dengan Pizza.
Mereka sanggup mengumpul wang bersama-sama dang menyerahkan wang tersebut kepada guru mereka sekali gus menyatakan hasrat yang terbuku di hati.

“Cikgu, belikan Pizza untuk kami”

Ujar Cikgu Quinn Jell, dia menerima sebuah sampul surat yang berisi dengan wang, dua keping not RM 50 beserta satu nota yang menyatakan hasrat mereka.

”Terima sampul ni dari anak-anak tahfiz saya. Mereka teringin nak makan Pizza. Kumpul duit sendiri nak makan sama-sama dengan kawan-kawan,” katanya.

Bagaimanapun duit yang dikumpul dengan susah payah dalam kalangan anak-anak tahfiz itu tidak mencukupi untuk membeli makanan yang diidamkan oleh mereka.
”Mereka bukan banyak duit.  Sayang, duit ni tak cukup. Gaji cikgu baru separuh dapat sebab ramai ibu bapa tak bayar yuran. Tu pun dah guna bayar PTPTN dengan kutu. Cikgu nak raya pun fikir panjang. Kalau ada lebih cikgu boleh tambahkan.

”Maafkan cikgu. Balik umah korek tabung la gamaknya kalau macam ini. Tak sampai hati sebab mereka sudah usaha sungguh-sungguh belajar bulan ni.


”Apa yang perlu saya buat?. Pesan ke tak pesan?” katanya lagi.

Sehubungan itu, dia turut berkongsi satu nombor akaun di atas namanya bagi mana-mana pihak yang berhajat untuk memberikan sumbangan bagi memenuhi hasrat anak-anak tahfiz di bawah jagaannya.
‘‘Atas permintaan semua sahabat saya letak nombor akaun saya kat sini ya. 7050746692 CIMB Sharifah Anida,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 10:42 AM | Show all posts
hasanah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
X elok laa cikgu pamer no akaun gitu
Org cam iols akn kata cikgu saja nk duit cara mudah
Baik cikgu iklankn nama pusat tahfiz tu, dan sarankn sapa2 pemurah mai belanja pizza sorg satu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 18-6-2018 10:44 AM
X elok laa cikgu pamer no akaun gitu
Org cam iols akn kata cikgu saja nk duit cara mudah
Baik cikg ...

Kan...
Kira.mohon.sumbangan gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tabung Harapan RM74.6 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm kaki kelentong.. kosser la, dahlah duit tak cukup, masih main kutu lagi.. bayangkan kalau turn dia, dapat ke bagi balik duit kutu tu? dahlah bagitu duit gaji cuma dapat setengah.. btw, kurang adab iya pelajar tahfiznya.. nak tulis perkataan "tolong" pun tak boleh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 18-6-2018 02:44 AM
X elok laa cikgu pamer no akaun gitu
Org cam iols akn kata cikgu saja nk duit cara mudah
Baik cikg ...

betul.. takde hal kalau dia publickn amount dalam akaun dia.. kiranya public dah tahu amount tu dah cukup beli pizza..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tahfiz. makan pizza ka?  makanan syubhah tu
nanti lupa quran habis.... kawan2 aku budak2  masjid... bukan tahfiz pun tak makan burger,  sushi,  pizza,  fries dll... diorang ckp nanti jd benak.. lupa ilmu agama.. apatah lg budak tahfiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama drama drama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
btw, miskinnya cikgu.. takkan feeling satu pelajar satu kotak pizza?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak budak kumpul duit boleh bagi note rm 50 ?
Nampak seperti 2 budak jah yang bagi duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Menipu sgt..makan pizza manalah bdk2 Tahfiz mkn.
Bdk2 Itali yg Blaja Bible..makan pizza pun xhafal2 satu kitab Bible tu Smpai skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:14 AM | Show all posts
sekolah tahfiz benarkan ke cikgu soh org derma masukkan akaun sundirik?
baik bg alamat, mungkin ada insan2 bermurah hati sponsor pizzaataupun beli jah jenis frozen, lebih kurang jah rasanya.




Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mak bapak yg kemaruk sangat nak masuk suruga ni antar anak gi Tahpiz, tapi duit yuran list nak bayau, tipikel mulayu lah ..... operator tahpiz plak Jenis lobai2 kopam penunggang igama ... elok ler tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit gaji dah tinggal separuh sbb byr ptptn? Ke itu yg nak dihighlight?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah sgat kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 08:38 AM | Show all posts
Piza tu cheese tak halal tau. Renet. Tau tak dari apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:49 AM | Show all posts
sedih mmg sedih..cikgu nya pun 1 hal..personal pizza dominos hari selasa br $3.90 ..kdg2 aku menyampah jgk spesis cikgu x panjang akal ni...kalau nak murah lg beli pizza frozen tu.. xyah nak complicated kan sgt keadaan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:54 AM | Show all posts
baik ko letak nama pusat tahfiz tu. untung2 domino ke pizza hut ke sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 09:03 AM | Show all posts
xpernah dgr pun budak2 tahfiz nak makan pizza
kawan yg anak bljar kat sekolah tahfiz, memg jaga makan minumnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075539 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list