|
|
Percaya atau tidak, anda boleh menyediakan resepi Udang Madu Mentega ini hanya dalam 20 minit. Boleh diratah begitu sahaja atau makan bersama nasi!
Kami pasti resepi ini bakal jadi resepi kegemaran anda! Resepi ini sesuai untuk empat hingga lima orang. Jadi, anda boleh menikmati ia bersama mereka yang tersayang.
Foto: The Recipe Critic
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 20 minit.
Bahan-bahan
•½ cawan madu
•¼ cawan sos soya (kicap cair)
•3 ulas bawang putih, dicincang
•Jus lemon kecil
•1 paun udang besar, dibuang kulit
•2 sudu besar mentega
•Daun bawang, dicincang sebagai hiasan
Foto: The Recipe Critic
Arahan
1. Gaul madu, sos soya, bawang putih dan lemon dalam mangkuk kecil. Gunakan separuh daripada sos dan perapkan udang selama 30 minit.
2. Tambahkan mentega dalam kuali bersaiz sederhana. Letak udang dan tos sos perapan tadi. Perisakan dengan garam dan lada hitam. Ubah api kepada sederhana tinggi. Masak udang selama 2 minit pada kedua-dua bahagian. Letakkan lebihan sos tadi ke atas udang. Masak sehingga kuah menjadi pekat melitupi udang. Hiaskan dengan hirisan daun bawang.
3. Siap dihidang!
Enak dan mudah. Tak perlu habiskan masa lama di dapur. Selamat menikmati!
Jom cuba hari ini! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|