CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 11

[Tempatan] Debat terbuka: Biar Najib pertahan 1MDB

  [Copy link]
Post time 18-6-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
SIASATAN ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal pengalihan dana awam melalui 1MDB sedang berlangsung. Sepanjang tempoh ini rakyat dihidangkan dengan laporan-laporan media yang bersumberkan daripada siasatan polis, kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan sekali-sekala muncul juga jawapan balas daripada Najib.

Apa yang jelas, Najib masih memiliki ruang untuk menjawab atau membuat kenyataan balas terhadap segala dakwaan yang dibuat terhadap beliau, baik melalui media arus perdana mahupun alternatif. Penjelasan Najib boleh dibaca oleh semua orang yang membaca media-media baharu mahupun yang menonton TV1, TV2, TV3 dan Astro Awani.

Najib perlu bersyukur kerana kerajaan BN sebelum ini tidak pernah melayan atau menghormati pembangkang sebagai salah satu komponen penting yang diiktiraf dalam sistem demokrasi berparlimen. Sebelum ini, ramai pemimpin Pakatan Harapan yang digari dan dilokap terlebih dahulu walaupun belum ada pertuduhan yang jelas.

Apa yang nyata ialah Najib masih bebas walaupun seluruh dunia sudah maklum dengan dakwaan salah laku berpuluh bilion ringgit yang dibuat beliau. Hakikatnya ini adalah kaedah yang betul mengikut prinsip keadilan sejagat yang selama ini diabaikan oleh BN. Seseorang itu tidak boleh disekat kebebasan asasinya selagi dia belum dibuktikan bersalah dalam satu perbicaraan yang adil dan terbuka di mahkamah.

Ini meletakkan garis perbezaan yang ketara di antara kerajaan hari ini dan kerajaan dahulu. Namun begitu, tidak salah untuk kita melahirkan sedikit rasa bimbang dengan pelaporan media khususnya media kawalan kerajaan mengenai perkembangan semasa siasatan isu 1MDB oleh pihak berkuasa.

Media perlu memainkan peranan seimbang dalam memberi pelaporan yang adil untuk dinilai oleh rakyat. Budaya kerajaan terdahulu yang mengawal dan mempergunakan media arus perdana untuk menghukum seteru politik perlu ditinggalkan. Mengambil contoh bagaimana kerajaan BN menggunakan RTM dan TV3 untuk menggambarkan Himpunan Bersih 3 sebagai ganas, walaupun mahkamah tinggi pada tahun 2015 akhirnya membuktikan sebaliknya.

Untuk merealisasi perubahan yang lebih berani, kerajaan Pakatan Harapan perlu memulakan budaya baharu. Justeru, saya ingin membangkitkan semula cadangan lama agar kerajaan melalui RTM, mengadakan satu debat terbuka yang mempertemukan antara Najib dan pemimpin kerajaan kini, khusus bagi membedah isu 1MDB.

Dari kaca mata politik, isu ini mungkin sekadar menjadi perbahasan akademik kerana BN telah pun tumbang. Dari perspektif undang-undang pula, perdebatan ini tidak boleh dianggap subjudis kerana pendakwaan di mahkamah belum pun bermula. Apa yang pasti ini akan membentuk suatu budaya baharu yang sukar sekali dapat dilihat semasa pentadbiran BN.

Cadangan ini tidak terhad hanya untuk Najib dan 1MDB, tetapi lebih daripada itu, budaya debat dan wacana ini sememangnya perlu menjadi tradisi bagi memastikan rakyat sentiasa terhidang dengan budaya perbincangan yang kritikal dan adil. Saya kira tidak terlalu sukar untuk kerajaan memastikan ada slot tetap sekali seminggu bagi debat ini diadakan secara langsung di RTM pada waktu perdana.

1MDB mungkin boleh menjadi topik untuk debat episod pertama dengan membariskan Najib, Arul Kanda dan Eric See-To sebagai pendebat di Meja B. Manakala Tony Pua, Wong Chen dan Rafizi Ramli sebagai pendebat di Meja A.

Jika dahulu pelawaan debat pihak Pakatan Harapan sering diabaikan oleh BN semasa mereka menjadi kerajaan, maka hari ini rakyat perlu melihat apakah pemimpin BN masih mengelak dan lari apabila mereka dicabar sebagai pembangkang.

Program debat terbuka ini akan menjadi platform untuk pemimpin kerajaan tampil secara berdepan dalam menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Mungkin perdebatan ini tidak akan berlaku sekiranya kita menunggu pihak Najib atau pembangkang yang memulakan cabaran. Oleh itu, tidak ada salahnya jika pihak kerajaan pula yang terlebih dahulu membuka gelanggang. Jika ini berlaku, maka Najib sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mempertahankan diri beliau dan membuktikan bahawa 1MDB bukan bencana seperti yang diperkatakan semua orang.

Apa yang lebih penting ialah kita mengharapkan bahasa pemimpin hari ini perlu berbeza daripada laras bahasa yang sering digunakan pemimpin BN suatu ketika dahulu. Jawapan seperti ‘debat bukan budaya kita’ atau ‘pemimpin kerajaan banyak kerja lain’, tidak boleh lagi ada dalam kamus jawapan pemimpin kerajaan hari ini.

* Penulis ialah Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Pengarah Strategi Pemuda Harapan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib tak berani beb.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul...aku sokong...maybe tobby blh join jgk utk berlaku adil , sb aku tgk tobby tu mcm dh teruk benau
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nak debat apanya. siasatan tengah berlangsung apanya. kertas siasatan dah pass bg ag pun dgn recommendation utk didakwa. tunggu nak keluar kertas pertuduhan je.

tak payah nak divert2 isu sgt la. tunggu je najib naik mahkamah.

katanya blh confirm mmg duit src ada masuk akaun ats nama najib. katanya dpd 42 juta tu tolak csr apa semua termasuk transfer kpd 3 parti, jumlah yg mmg terbukti najib guna utk diri sendiri adalah usd100. ulang lg sekali, usd100 ie +-rm400.





Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Debat bukan budaya kita...eh bukan budaya najib.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 18-6-2018 02:45 PM
nak debat apanya. siasatan tengah berlangsung apanya. kertas siasatan dah pass bg ag pun dgn recomme ...

Haa tau pon siasatan tgah dijalankan tpi geng2 bodoh kau jugak menyalak tanya kenapa x tangkap najib lgi. Bangang betul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2018 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 18-6-2018 03:20 PM
Haa tau pon siasatan tgah dijalankan tpi geng2 bodoh kau jugak menyalak tanya kenapa x tangkap naj ...

Kalau tak bangang, bukan Umno namanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahlawan Bugis perlu berani pertahankan maruah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2018 03:54 PM | Show all posts
Selama ni duk sub je keje kat Anal Kanda tu explain kan ke serata corok Malaysia. Skrg baru terpikir kaaaa kena explain sendiri supaya org paham? otak very the lembab
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 04:03 PM | Show all posts
nothing to hide 3.0
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi pembangang pun umno bn masih takut nak berdebat... Dah kalh pun still tak bleh nk move on umno bn ni... Parti yg So loser.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tunggu je kes  kemahkamah. mungkin selasa depan atau selasa tahun depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.092208 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list