CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1147|Reply: 10

[Tempatan] Budak maut ditikam saudara

[Copy link]
Post time 19-6-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 19-6-2018 05:52 AM

KANAK-KANAK berusia tiga tahun maut ditikam saudara yang bertandang ke rumahnya di Taman Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian 9 malam itu, kanak-kanak itu dipercayai ditikam 30 kali oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten R Munusamy mengesahkan kejadian itu dan suspek berusia 21 tahun sudah ditahan.

Mayat kanak-kanak terbabit pula di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Berita selanjutnya menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 10:29 AM

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati di stor rumahnya di Taman Kepong di sini dengan 30 kesan tikaman dipercayai ditikam oleh saudara lelakinya dalam satu kejadian kira-kira pukul 9 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek lelaki yang berusia 21 tahun itu datang ke rumah mangsa yang berusia tiga tahun itu untuk melawat ahli keluarganya.

“Suspek datang dan mengetuk pintu rumah dengan kuat sebelum dibenarkan masuk oleh nenek mangsa sebelum neneknya keluar dari rumah dan ibu mangsa serta adik mangsa yang juga bayi pergi ke tingkat atas untuk tidur.

“Suspek pada mulanya bermain dengan mangsa namun setengah jam kemudian ketika neneknya pulang ke rumah, dia menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan ditutupi kain berwarna putih yang berlumuran darah di dalam bilik stor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Munusamy menambah, nenek mangsa yang terkejut segera memaklumkan kepada ibu mangsa yang sedang berada bersama suspek di tingkat atas rumah tersebut sambil bermain dengan adik mangsa.

“Ibunya terus meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke Hospital Desa ParkCity di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Doktor yang membuat pemeriksaan menemui kira-kira 30 kesan tikaman di tubuh mangsa dipercayai menggunakan objek tajam,” ujarnya.

Beliau berkata, pada malam yang sama juga kira-kira pukul 9.45 malam, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah pergi ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang masih berada di rumah itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 11:58 AM | Show all posts
ya alllahhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:09 PM | Show all posts
cam tu je beritanya?

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:26 PM | Show all posts
kemon kaka mod..pic takde ke? dah knp makin ramai org gila skrg ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:26 PM | Show all posts
Kanak-Kanak Perempuan Maut Ditikam Saudara

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam saudara yang bertandang ke rumahnya di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, dan terdapat kira-kira 30 kesan tikaman pada badan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan lelaki yang juga saudara kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian, 9.45 malam tadi.

“Suspek yang berusia 21 tahun tidak tinggal bersama mangsa dan keluarganya. Dia datang ke rumah berkenaan dan ketika itu hanya emak, nenek dan adik mangsa yang masih bayi berada di rumah.

“Mangsa bermain dengan suspek di tingkat bawah rumah, manakala ibu mangsa tidur di tingkat atas bersama bayi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu nenek mangsa keluar sebentar sebelum pulang kira-kira 30 minit kemudian dan menemui mangsa di dalam stor dengan keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

“Keluarga berkenaan meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital swasta dan doktor yang memeriksa menemui kira-kira 30 kesan tikaman menggunakan objek tajam pada badan.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts

Cubaan mencabul sekali ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah
Mendadah ke budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahh..adakah ummah2 tertentu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Shocking! Kepong toddler dies after uncle stabs her 30 times

By Kalbana Perimbanayagam, Hasbi Sidek - June 19, 2018 @ 12:56pm

KUALA LUMPUR: A 3-year-old girl died after she was stabbed 30 times by a relative at her home in Taman Kepong at 8.30pm yesterday.

The toddler was brutally attacked by her 21-year-old uncle who was allegedly high on drugs.

It is learnt that the suspect murdered the girl while he was playing with her in the double-storey terraced house without supervision, as her mother and 1-year-old sister were sleeping upstairs.

The toddler’s body was discovered by her great-grandmother when she returned home after visiting friends for Hari Raya.

“She found the child unconscious and covered in blood in the store room, and called out for help.

“At the time, the suspect was still in the house, but was playing with the 1-year-old baby then,” Sentul police chief Assistant Commissioner R. Munusamy said.

The toddler’s mother and great-grandmother rushed her to a private hospital in Desa Park City, where she was pronounced dead.

Munusamy said the examining doctor found about 30 stab marks on the child’s body, before alerting the police.

“The suspect is a relative, but does not live with the victim and her family there.

“He (was at) the house to visit them,” he added.

The child’s body was sent to the Kuala Lumpur Hospital (HKL) for a post-mortem.

Neighbours NSTP spoke to described the family as very private, and that they rarely mixed with the community.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tikam 30x dalam store, lepas tu aman-aman je pergi main pulak dgn adik si baby. All the while mak tak perasan langsung atau terfikir mana si kakak? sampai nenek balik and jumpa arwah dlm store
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:39 PM | Show all posts
high on drugs
agaknya tengah bermain dengan mangsa
budak-budak tengah aktif
ada kot yang mangsa buat dan suspek triggered
tak ada kesan darah pula pada badan suspek bila pergi bermain dengan adik mangsa
ke siap tukar baju, mandi , basuh segala

takziah pada keluarga
banyak betul kes melibatkan kanak-kanak sekarang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.093139 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list