CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3126|Reply: 10

Tetap Hero, Di Usia 51 Faizal Hussein Masih Jadi Rebutan

[Copy link]
Post time 19-6-2018 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Faizal Hussein yang telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan sehingga kini tidak berminat untuk bergelar pengarah kerana dia merasakan dirinya tidak ada bakat dalam dunia pengarahan.


Dia yang kini berusia 51 tahun telah banyak kali menerima tawaran untuk menjadi pengarah namun mengakui hasilnya nanti tidak memuaskan para penonton.

Foto: IG Faizal Hussien


"Tawaran mengarah banyak tapi saya memang tidak berminat dan tiada bakat sebagai pengarah jadi lebih baik berlakon sahaja.


"Kalau semua benda nak buat tetapi tiada satu pun yang anda mahir susah juga.


"Saya tahu saya tiada bakat dan tak pernah menyesal menolak pelbagai tawaran mengarah yang diberikan," katanya pada Mstar Online.

Foto: IG Faizal Hussien


Apa pun dia bersyukur kerana masih diberi peluang dan kepercayaan untuk berlakon walaupun ada sahaja pendatang baru mewarnai industri dan memegang watak utama dalam pelbagai genre filem.


"Alhamdulillah saya masih diperlukan sebagai hero pada usia sekarang sudah memasuki 51 tahun.


"Saya lebih puas berlakon dan berada di hadapan kamera. Kalau tengok kebanyakan pelakon Hollywood pun tak ramai yang jadi pengarah.


Foto: Carian Internet


Dia juga menzahirkan rasa gembiranya apabila dapat bekerjasama dengan Nabil Ahmad untuk telefilem, The Hantus.


"Memang seronok kerja dengan Nabil kerana sebagai pengarah dia begitu teliti tentang apa yang dia mahukan.

Foto: IG Faizal Hussien


"The Hantus juga adalah sebuah filem unik dan berbeza membuatkan ia antara projek yang berbeza pernah saya lakukan," katanya.


Faizal Hussein antara pelakon senior yang masih relevan dalam industri. Mereka yang baru menceburi bidang ini harus mengutip ilmu untuk kekal lama dalam dunia hiburan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
FH ni pernah menang award apa2 tak???
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 19-6-2018 12:33 PM
FH ni pernah menang award apa2 tak???

Rasanya pernah menang best actor untuk filem Bunohan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 19-6-2018 12:33 PM
FH ni pernah menang award apa2 tak???

Bunohan...ffm best actor
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X jemu pandang manis je muka dengan tahi lalat atas bibir
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak tua FH ni. Muka sama je, tetap kurus tetap handsome =D
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2018 03:17 PM | Show all posts
dulu minat lihat faijal hussin sama bekas tunang si nasha ajis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
FH ni samer jer dari aku kecik smpi skrg.. lakonan pun best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 10:50 PM | Show all posts
apa petua rambut masih hitam?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 10:57 PM | Show all posts
azroy

hati kau mmg keras
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:43 AM | Show all posts
boleh x putihkan gigi skit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.063404 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list