CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 2

[Tempatan] Rakyat perlu beri masa kerajaan PH selesaikan masalah kewangan

[Copy link]
Post time 19-6-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA 19 Jun - Rakyat diminta memberi masa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara terlebih dahulu sebelum dapat memenuhi kesemua manifesto pilihan raya umum parti itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan komited dalam memenuhi manifesto berkenaan bagaimanapun keadaan kewangan semasa perlu distabilkan terlebih dahulu.

“Kita memang hendak buat manifesto itu tetapi perlu menunggu keadaan mengizinkan. Kita kini terbelenggu dengan isu hutang negara RM1 trillion serta masalah-masalah kewangan, kita perlu menstabilkan keadaan ini dahulu.

“Jadi, bagilah kita masa. Kita sudah mensifarkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi tetap memberi Bantuan Sara Hidup, jadi bagi masa kita hendak selesaikan masalah kewangan negara terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang peserta pada sesi soal jawab sempena pelancaran Global Accelerator Programme Cohort 2 anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di sini hari ini.

Guan Eng menjawab soalan berkaitan peruntukan khas untuk program keusahawanan sepertimana digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE
Tag Berkaitan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mengaku je la duit mmg tak cukup nak cover manifesto babi terbang tu. tak payah nak divert ke isu hutang 1 trilion ke hulu ke hilir la. hutang bkn 1 trilion, yg satu trilion tu liabiliti. komitmen nak bayar hutang bkn 1 trilion, mampu je nak bayar sambil2 buat projek2 mega tp sbb dah takde gst lg nak tanggung manifesto gila babi tu mmg tak mampu la.

bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ph pt diberi masa 60 taun perintah...cam bn....baru adil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.144027 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list