CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 5

[Tempatan] Ibu kelar anak

[Copy link]
Post time 19-6-2018 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Ibu kelar anakOleh Shahrul Nizam Mohamad
cnews@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share


Tweet


Share






KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dikelar ibu kandungnya dalam kejadian di FELDA Jengka, dekat Maran, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak mengelar leher anak lelakinya itu.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental.

Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 malam tadi oleh kakitangan Hospital Jengka, yang menghubungi Balai Polis Bandar Pusat Jengka.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kami, dibantu Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu rumah keluarga terbabit bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan awal," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Othman berkata, suspek yang juga ibu mangsa berusia 31 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian disebabkan kesan kelar pada bahagian leher.

"Kita juga sudah merekodkan keterangan bapa mangsa. Berdasarkan maklumatnya, suspek dikatakan membawa mangsa ke bahagian dapur rumah mereka dan mengelar leher mangsa menggunakan pisau.

"Bapa mangsa sempat menolak suspek dan mengambil mangsa untuk dibawa ke Hospital Jengka."Namun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2018 01:31 PM | Show all posts
tak tau ade kt porem ke blum kalau dh ade sila delete or merge
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2018 01:33 PM | Show all posts
btw, ada hari tu org dtg beraya rumah aku. kebetulan mmg kejadian ni berlaku kt kg diorg. alkisahnye si bapak tgh tgk tv, anak yg kecik tu plak tgh melalak. si mak bawak pegi dapur kelar, si bapak plak bleh tak perasan. katenye si ibu ni mayb ada postpartum depression yg tak dirawat. wallahualam... #DoneMembawang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Si bapak pun patut kena siasat kot2 punca si emak mental
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 03:54 PM | Show all posts
DUNIA SUDAH MAKIN GILAK
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk berita pkl 5,bapa mangsa xde keje tetap. Belanja harian byk bergantung pada ibu suami. Mcm la si emak x depress
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.418190 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list