CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 16

[Tempatan] Amirudin serah kepada kepimpinan PH jawab dakwaan Idris

[Copy link]
Post time 19-6-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari enggan menjawab dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad berhubung pelantikannya sebagai menjadi Menteri Besar tidak mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pucuk kepimpinan PH untuk menjawab segala dakwaan Idris terhadapnya.

"Saya fikir biarlah kepimpinan PH yang menjawabnya. Tugas saya adalah untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Idris mendakwa dirinya adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan majoriti daripada empat parti komponen PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara ini dan biarlah kepimpinan Pakatan Harapan yang menjawab dakwaan beliau (Idris).

"Saya tidak mahu terjebak dalam polemik ini. Perbincangan (pelantikan Amirudin) berjalan dengan baik demi memastikan kesinambungan kemajuan dan kestabilan Selangor," kata mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Idris itu. - K! ONLINE  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 05:54 PM | Show all posts
Ni puak2 keadilan bergaduh sesama sendiri rebuttt jawatan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila kuasa mcm perelih ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:03 PM | Show all posts
pls lar...

kalau mcm ni better azmin jd MB balik...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
PKR ni memang umno 2.0 rupanya, pelik2 perangaiii dorg. Aku baru tahu kak wan jijah lps jah menang election tulis surat belakang taberr kat soltan kedah lantik org da jd mb...adoiiiii kat wan jijahhh oiiii dah tentu ummah kedah tertunggu2 mukhriz. Tp yg paling tak sangka perangai pkr di belakang taberr diam2 main belakang kawan2. Adusss tak sangka lebih teruk dr yg kita sangka perangaii gila kuasanya
http://m.utusan.com.my/berita/politik/tak-tahu-kenapa-ditularkan-8211-johari-abdul-1.690544
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
#selangorissosmall?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2018 06:19 PM | Show all posts
Tak sangka wan jijah dlm diam2 perangai mcm tu. Ke anwar yg suruh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 19-6-2018 10:13 AM
PKR ni memang umno 2.0 rupanya, pelik2 perangaiii dorg. Aku baru tahu kak wan jijah lps jah menang e ...

Johari kan dah jawab.
Ni mesti proses nak laga2 kan...
Biasa la..
Kalau ikut pkr nanti tgklag deoa wat lek 2at pis wat cool..

Later2 lain lak jadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 06:32 PM | Show all posts
aireen24 replied at 19-6-2018 06:25 PM
Johari kan dah jawab.
Ni mesti proses nak laga2 kan...
Biasa la..

Iya surat tersebarr satu hal, tp yg tak disangkanya suratt tu dihantarr
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 19-6-2018 10:32 AM
Iya surat tersebarr satu hal, tp yg tak disangkanya suratt tu dihantarr

Surat tu dihantar sebelum mukhriz dipilih...

Si Ajijah dgn Azmin pun macam tu.. Inikan pulak anak Mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 06:49 PM | Show all posts
aireen24 replied at 19-6-2018 06:35 PM
Surat tu dihantar sebelum mukhriz dipilih...

Si Ajijah dgn Azmin pun macam tu.. Inikan pulak an ...

Iya tapi perangai buat di belakang taberr tu yg tak best...lagi pun takkan dia tak tahu ummah kedah tertunggu2 Mukhriz. Mohon pkr ubah perangaiii...jgn lah dgn perangai gila kuasa ni habis kejayaan manis kita tumpaskan BN, bukan senang dulu kita nak jatuhkan BN. Letakkan kepentingan rakyat paling atas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 07:11 PM | Show all posts
geng umngok try nak laga napak?
sori ye.
try harder next time.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 07:37 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 19-6-2018 02:13 AM
PKR ni memang umno 2.0 rupanya, pelik2 perangaiii dorg. Aku baru tahu kak wan jijah lps jah menang e ...


My oh my!

Jahat betul Kak Jijah. Tak kan dia tak tau orang2 Kedah semua nak anak Tun jadi MB? Yang pi hantar nama lain tu buat apa?


Bagus jugak ada yg bocorkan kalau tidak kita ingat PKR under Wan Jijah sarung tangan sebelah ni orang yang tak tau apa apa.


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 07:44 PM | Show all posts
DARSITA replied at 19-6-2018 07:37 PM
My oh my!

Jahat betul Kak Jijah. Tak kan dia tak tau orang2 Kedah semua nak anak Tun jadi MB? ...

Tu lah mmg tak sangka jugak kak wan jijah dlm diam2 mengalahkan ahli politik asli lol. Surat tu pun dihantar secara belakang taberr tanpa perbincangan, mukriz pun tak tahu wan jijah ada hantar surat ke istana suggest calon pkr jd mb. Mmg tak disangka....bak kata pepatah ayer yg tenang jgn disangka tiada buaya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:06 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 19-6-2018 03:44 AM
Tu lah mmg tak sangka jugak kak wan jijah dlm diam2 mengalahkan ahli politik asli lol. Surat tu pu ...



Itu yang dah kena dedah yang belum kena dedah?

Tak sangka cempedak menjadi nangka you!

Weh Selamat Hari Raya

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 08:19 PM | Show all posts
DARSITA replied at 19-6-2018 08:06 PM
Itu yang dah kena dedah yang belum kena dedah?

Tak sangka cempedak menjadi nangka you!

Surat yg kena dedah tu lah...mmg tak disangka, elok jugak terdedah supaya kak jijah tak buat lagi tanpa perbincangan.

Thanks sis, selamat hari raya juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
UMNO jua dipersalahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.468760 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list