LIMA pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dirakam memukul seorang pelajar lelaki lain dalam video yang tular, semalam akhirnya ditahan polis untuk siasatan, 10 pagi hari ini.
Sumber berkata, siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu berlaku Isnin lalu, disebabkan perebutan seorang pelajar perempuan di sekolah berkenaan.
“Menerusi video berdurasi 19 saat itu, pelajar lelaki (mangsa) yang memakai baju sukan ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh lima pelajar lain.
“Bertindak atas penyebaran video berkenaan sejak semalam, sepasukan anggota polis mengunjungi sekolah itu untuk menahan mereka untuk siasatan, hari ini," katanya.
Katanya, dalam kejadian berkenaan, seorang pelajar yang memukul mangsa patah tangan kiri selepas tergelincir dan terjatuh atas lantai di tingkat tiga sekolah menengah di Nilai terbabit.
"Pelajar yang patah tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari wad. Mangsa pula tidak cedera serius," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, pihaknya tidak menerima laporan kejadian daripada mana-mana pihak.
“Pihak polis hanya mengetahui pergaduhan itu menerusi video yang tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp," katanya
Post time 19-6-2018 10:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Minami2013 at 19-6-2018 02:34 PM
Kat sekolah dah pandai berebut awek.. nanti tak abih spm dah kahwin pregnant beranak byk2 dok kat flat 2 blk.. pas tu anak2 terbiar tak blk rmh, tido tepi jln, tak sekolah.. sakit hati I tgk jenis mak bapak yg selfish.. kat fb ebit lew tu cube lah tgk bdk umur 10-12 thn merayap mlm2.. geram rase...