CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 3

[Tempatan] Wanita terbunuh, anak cedera kereta dipandu jatuh gaung

[Copy link]
Post time 19-6-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MUKAH 19 Jun - Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia sembilan tahun cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 56, Jalan Mukah-Selangau di sini petang ini.

Jurucakap bomba berkata, dalam insiden kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Nuli Sulang, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, anak mangsa, Alexsion Madeng pula mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang melalui tempat kemalangan untuk dihantar mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Selangau.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Bezza dipandu wanita itu hilang kawalan secara lalu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian, mendapati mayat mangsa tercampak keluar dari kenderaan kira-kira 3 meter”, katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Beliau berkata, pihak bomba menggunakan pengusung untuk membawa mayat wanita itu dari gaung ke atas jalan raya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik ambulans. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 09:40 PM | Show all posts
kesiannya.....

mesti trauma anak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:02 AM | Show all posts
ada terbaca kat fb katanya kete baru keluar, arwah tak cekap lagi bawa..
kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 11:04 AM | Show all posts
tercampak keluar
pentingnya pakai seat belt
tp dah nk jadi
takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.684841 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list