CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 3

[Tempatan] Omma dipatuk katam tebu

  [Copy link]
Post time 20-6-2018 08:10 AM | Show all posts |Read mode




BEKAS pemain gitar utama kumpulan rock Laksamana, Omma Akira, 50, berdepan pengalaman ngeri apabila dipatuk spesis ular berbisa, katam tebu ketika membersihkan kebun di belakang rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.

Omma atau Omar Aziz berkata, kejadian berlaku terlalu pantas ketika dia sedang mengangkat daun-daun kering dengan tangan sekitar jam 9 pagi.

“€œKetika itulah ular itu muncul dan mematuk di bahagian kiri jari tengah tangan kanan. Saya memang terkejut dan tak sempat mengelak.

“€œKesan patukan buat tangan saya rasa pedih kemudian disusuli kebas. Beberapa minit selepas itu, saya berasa pening kepala tetapi tiada rasa nak pengsan.

“€œSaya sempat bertindak balas dengan memukul ular sebesar jari kelingking itu sehingga mati,”€ katanya kepada Harian Metro.

Omma pada mulanya menyangka ia spesis ular tedung seterusnya mendapatkan rawatan di Klinik 1 Malaysia berdekatan rumahnya.

“€œDoktor beri suntikan antivenom dan menyuruh saya segera ke Hospital Sungai Buloh (HSB) namun saya sebaliknya pulang ke rumah.

“Ingatkan tiada apa-apa serius tetapi tiba-tiba terasa seperti hendak demam dan isteri terus membawa saya ke HSB.

“€œSaya ditahan selama 24 jam dan kebetulan isteri sempat ambil gambar ular menggunakan kamera telefon ditunjukkan kepada doktor. Mereka mengesahkan ular terbabit spesis katam tebu,”€ katanya.

Omma dibenarkan keluar dari HSB pada jam 9 pagi tadi selepas pemantauan doktor mendapati keadaannya semakin pulih.

“€œAlhamdulillah saya amat bersyukur kerana terselamat daripada bahaya. Jari saya pun sudah tidak terasa pedih dan boleh kembali aktif bermain muzik.

“€œEsok saya akat mengiringi persembahan Nizam Laksamana secara akustik untuk program raya anjuran radio THR.

“€œSaya berterima kasih terhadap doktor yang merawat serta rakan-rakan melawat ketika menerima rawatan di HSB,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 6:52 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 08:13 AM | Show all posts
ayooo..ambik reringan sesangat lepas kena patuk ulor ...
ingat racun ulor tu cam racun kala jengking .. or labah labah ker ....
lepas sapu ubat leh heal sendiri ...

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols.igt.ketam
Ruoanya namamular tu katam.tebu
Kecik je kan ularnya
Maybe sebab kecik tu dia x sangka berbahaya sampai begitu skali...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:24 AM | Show all posts


jgn main2 dgn ulo ni ye...bleh jalan ooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072712 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list