CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 4

[Tempatan] Wanita maut kemalangan bas

[Copy link]
Post time 20-6-2018 08:14 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR 19 Jun - "Susah untuk saya ceritakan apa yang telah terjadi. Lagipun, saya sedang menahan sakit akibat kemalangan."
Emylia Md. Zaki maut di tempat kejadian selepas bas yang dinaiki bersama 40 penumpang lain terlibat
Emylia Md. Zaki maut di tempat kejadian selepas bas yang dinaiki bersama 40 penumpang lain terlibat kemalangan di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak, dekat Gombak, semalam.

Itu luahan Megat Laiman, 40, suami kepada wanita yang maut selepas bas yang dinaiki bersama 41 penumpang lain terbalik di Kilometer 33.3, Lebuh Raya Karak, Gombak, Selangor.
–– ADVERTISEMENT ––

Megat ketika ditemui di Hospital Selayang, Selangor masih berada dalam keadaan terkejut dan bingung dengan apa yang berlaku terhadap dia dan keluarganya.

Isterinya, Emylia Md. Zaki, 35, maut di tempat kejadian manakala dua lagi anak lelakinya, masing-masing berusia 13 dan 11 tahun cedera dan sedang mendapat rawatan di Hospital Selayang, Selangor.

Menurut sumber, wanita tersebut duduk di bahagian tengah manakala suami dan anak-anaknya di bahagian belakang kerusi penumpang bas tersebut.

"Bas yang dinaiki mereka bertolak dari Jerantut, Pahang dan menuju ke Shah Alam, Selangor.

"Bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya.

Sementara itu, operasi menyelamat mangsa di kawasan kemalangan difahamkan selesai kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Polis masih menyiasat punca kemalangan dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 019-392 5111. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya.bini mati depan mata plak tu
Takziah bang..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:20 AM | Show all posts
takziah buat keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:28 AM | Show all posts
Takziah untuk keluarga...kesian anak2 kecil yang ditinggalkan...mesti merindui ibu mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:49 AM | Show all posts
al fatihah salam takjiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060390 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list