CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 4

[Tempatan] Keluarga mangsa 30 tikaman ditakuti jiran- kakak syak suspek ummah jinjang

[Copy link]
Post time 20-6-2018 08:21 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR - Jiran mendakwa pernah menghubungi polis kerana terganggu dengan bunyi bising dari rumah diduduki keluarga kanak-kanak perempuan yang maut dengan 30 tikaman.

Jiran yang enggan dikenali itu berkongsi, rumah tersebut diduduki keluarga besar itu sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, polis pernah pergi ke rumah tersebut selepas menerima aduan kacau ganggu namun keluarga tersebut bertindak agresif memarahi jiran-jiran berhampiran.

Insiden tersebut jelasnya membuatkan jiran-jiran tidak lagi mencampuri urusan keluarga tersebut.
Rumah didiami keluarga kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditikam bapa saudara.

“Rumah tersebut selalu bising dan adakala sehingga menimbulkan pergaduhan.

“Difahamkan keluarga tiga generasi berkenaan pernah memiliki pusat karaoke dan ditakuti oleh jiran-jiran,” katanya.

Dalam kejadian jam 9.30 malam tadi, mangsa dihantar ke hospital swasta dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu ditikam oleh bapa saudaranya di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Kuang Gunung 4, Kepong.

Doktor merawat mangsa menemui kesan 30 tikaman pada badan mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.
Suspek dibawa ke unit forensik untuk jalani pemeriksaan dan ujian darah.

Susulan daripada kejadian itu, seorang lelaki berusia 21 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, keluarga mangsa yang berkumpul di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL bagi proses tuntutan mayat enggan ditemu bual media.

Malah, seorang juru gambar yang merakam gambar keluarga mangsa turut dikasari selepas dipukul di bahagian kepala.

Amaran turut diberikan kepada media lain tidak mengambil gambar keluarga yang menunggu di IPFN sejak jam 12.30 tengah hari.
Van mayat membawa mangsa keluar dari IPFN.

Van mayat keluar dari pekarangan IPFN jam 4 petang dipercayai membawa mangsa ke Pusat Pengurusan Mayat Jinjang Funeral Parlor Jalan) Jambu Arang 2, Jinjang Selatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek dibawa ke bahagian IPFN petang ini bagi menjalani pemeriksaan darah bagi DNA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Samsengnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 keluarga taiko ni, abes jiran , jurugambar dimarahi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
I can imagine.. maybe dah ade kes mengamuk yg menyebabkan bunyi bising.. tp family tk ambik tahu level kewarasan anak/adik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:38 AM | Show all posts
gila lah budak 3 thn jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059882 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list