CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 5

[Tempatan] Belangkas di pengacau

  [Copy link]
Post time 20-6-2018 08:24 AM | Show all posts |Read mode



PASIR PUTEH - Darah biru belangkas yang dikatakan bernilai lebih RM17,000 seliter di Amerika Syarikat seakan tidak memberi apa-apa makna apabila projek penternakan yang dirancang di Semerak, di sini, beberapa tahun lalu menemui kegagalan.

Nelayan sungai, Muhammad Arif Zulkifly, 20, berkata, belangkas atau nama saintifiknya, limulus polyphemus itu dianggap sebagai ‘pengacau’ kerana sering tersangkut pada jaring nelayan hingga menyukarkan mereka menangkap ikan.

Menurutnya, dia mengkaji belangkas tetapi tidak nampak sejauh mana artropod itu memberi manfaat atau mampu menjana pendapatan kepada nelayan.

“Belangkas ini spesies wujud sejak zaman Triasik lagi, haiwan prasejarah yang masih wujud sehingga ke hari ini.

“Sekalipun ia dianggap pengacau, kita tidak boleh membunuhnya, lepaskan ke sungai jika ia tersangkut pada jaring atau bubu kerana ia merupakan khazanah alam,” katanya.

Ketika mengangkat bubu di Sungai Semerak semalam, Muhammad Arif mendapati sekawan belangkas tersangkut termasuk yang mempunyai tag yang menunjukkan belangkas itu dalam kajian pihak tertentu.

“Saya dah kerap kali jumpa belangkas yang ada tag, saya tak tahu pihak mana yang memasangnya. Saya harap ada usaha menjaganya daripada pupus,” katanya.

Menurutnya, ada kajian yang mengatakan belangkas berpotensi dalam sektor perubatan dan kosmetik tetapi dia tidak pasti kenapa projek penternakannya suatu ketika dahulu tidak berjaya.

Katanya, agensi berkaitan perlu melakukan sesuatu agar haiwan itu tidak pupus atau setidak-tidaknya ia memberi manfaat kepada nelayan sungai.

“Saya tidak menyalahkan nelayan kerana membiarkan belangkas mati kekeringan. Pihak tertentu wajar membangkitkan kesedaran menjaga haiwan purba ini.

“Sebagai nelayan muda, saya berbangga keran masih terdapat belangkas di sungai berhampiran rumah saya. Generasi baru ramai yang tidak mengetahui keunikannya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols.takut tgk belangkas neh
Cm terasa dia berlari lari kejor.iols.n.panjatsampai.kepala...gigit iols
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 08:31 AM | Show all posts
Di USA pun ada belangkas. Perlu ke dia orang beli dari Malaysia? Tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:52 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:59 AM | Show all posts


Khasiat Darah Belangkas
•••••••••••••••••••••••••••
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.
Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:00 AM | Show all posts
@Syd makan belangkas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068156 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list